Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 16 Julai 2013

TABIAT YANG POSITIF



Memastikan kejayaan dalam melakukan jualan perlu mempunyai tabiat yang perlu diwujudkan dalam diri siapa pun juga demi mencapai apa yang dihajati. Fikiran yang positif akan merangsang tindakan yang positif juga. Kedua-dua kena selari agar apa yang dilakukan pasti diterima baik oleh orang lain. Kerana itu bagi mendapatkan tingkah laku yang terbaik, tabiat yang baik perlu dikekalkan agar keutamaan kita dalam melakukan jualan akan lebih disenangi oleh orang lain di samping akan memudahkan lagi melakukan tugasan dalam jualan.

Bagi memastikan tabiat yang diingini ini sentiasa tersemat dan dilakukan setiap masa adalah dengan 

i.             Sistematik kan tugasan harian
Lakukan tugasan dengan lebih bersistematik. Merancang dan fikirkan setiap tindakan akan apa yang perlu dilakukan perlu disemat dalam dada dan fikiran. Lakukan tindakan dengan apa yang dirancang dan bukannya mengikut apa yang orang lain lakukan. Perancangan yang baik akan menghasilkan satu keputusan yang baik seperti mana yang kita mahukan.

ii.           Berani mencuba
Kalau orang lain boleh melakukannya kenapa kita tidak. Kerana itu perlukan perancangan agar apa yang dirancang kita lakukan tindakan ikut apa yang dirancang. Jangan main hentam kromo sahaja. Kena berani mencuba untuk dapatkan hasil yang diingini. Yang penting terus berkehendakkan untuk mencuba tidak kita apa juga keputusan yang mendatang.

iii.          Peroleh 80/20
Konsep yang dikenali sebagai nisbah Pareto di mana 20 peratus kerja yang dilakukan menghasilkan 80 peratus pulangan yang diingini. Bukan omongan kosong tapi satu tindakan yang perlu dan baik untuk dilakukan. Bukan mengajar diri menjadi seorang yang pemalas tapi memikirkan bagaimana tugasan yang sedikit tapi boleh menghasilkan impak tugasan jualan yang memberikan pulangan lumayan buat diri kita. Fikirkan sebaik yang mungkin agar apa yang kita lakukan sememangnya dapat menghasilkan apa yang kita idamkan selama ini.

iv.          Daripada merancang baik dilakukan sahaja
Kenapa perlu lebih banyak merancang dalam melakukan jualan? Sepatutnya tindakan yang perlu banyak agar dapat menghasilkan apa yang dimahukan. Asyik merancang sahaja dikhuatiri nanti akan terabai pula tindakan yang sepatutnya dilakukan. Rancang yang tepat sahaja agar tindakan yang sepatutnya kita lakukan sebaik yang mungkin. Setiap tindakan pasti memerlukan kesungguhan untuk melakukannya. Bila ada kesungguhan sudah pasti keputusan yang diingini boleh diperoleh dengan jayanya.


v.            Lihat setiap oportuniti
Peluang yang datang bukannya ada terhidang di depan mata begitu sahaja. Perlu dicari dan dikesan. Kadang-kadang yang berada di depan mata pun tidak kita sedari hanya disebabkan tamak haloba risaukan pada orang lain mendapatkannya. Bak kata pepatah, nyamuk di seberang boleh kelihatan gajah di depan mata langsung tidak disedari. Inilah yang perlu kita sedari dan fahami agar setiap oportuniti dan peluang yang ada tidak sama sekali hilang begitu sahaja.

vi.          Per banyak kan pertemuan dengan networking
Jalinan kemesraan dengan siapa pun juga perlu ada agar mereka semua akan menjadi duta atau agen kepada jualan kita bagi membekalkan prospek kepada kita tanpa perlu upah dan bayaran yang sepatutnya. Inilah keistimewaan networking dalam tugasan kerana sedikit sebanyak mereka pasti akan membantu tugasan jualan kita walaupun sedikit. Lagi banyak networking dapat dibina lagi mudah tugasan dan urusan kita dalam melakukan jualan.

vii.        Jangan sisihkan Allah
Per banyak kan berdoa kepada Allah. Penyerahan secara total kepada Allah perlu ada bukan setakat solat sahaja tapi kehidupan kita secara keseluruhan perlu ada hanya pada Allah. Mohonlah apa yang kita mahukan dan perlukan hanya pada Allah, lakukan sebaik mungkin terutama yang tidak bercanggah dengan Agama dan tawakal pada Allah per mudah kan urusan kita ke atas setiap apa juga yang telah kita lakukan. Carilah keberkatan dalam hidup sebagai matlamat kita untuk berjaya di dunia dan di akhirat nanti.

Binalah tabiat yang positif dan yang terbaik agar kita sentiasa konsisten dalam melakukan jualan. Bukan paksaan tapi dengan rela hati melakukan setiap tugasan jualan dengan yang terbaik. Fikiran yang baik pasti akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Berilah apa yang ada untuk diri kita bentuk kan menjadi yang positif agar kita sentiasa disukai oleh siapa juga yang kita jumpai atau berdampingan dengan kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan