Seperti sudah menjadi satu adat kepada kita yang melakukan jualan bahawa perkara
yang telah berlalu atau sejarah memainkan peranan penting dalam menentukan
seseorang tersebut berprestasi tinggi ataupun tidak. Sebagus mana seseorang itu
pada masa kini sudah pasti sejarah lama akan dikenang semula. Adakah ini satu
tindakan yang penting atau tidak dalam sesebuah tim jualan yang disertai oleh
kakitangan jualan?
Ada kebenarannya kenapa bahan sejarah lampau perlu dilihat dan direnung
semula. Menjadi seperti satu kenangan lama yang perlu di imbau semula dan menjadi
satu permainan tugasan terutama dalam menyentuh prestasi terkini atau semasa
jika dibandingkan dengan yang lampau. Mungkin perkara-perkara berikut bahan sejarah
atau apa yang telah berlaku sebelum ini perlu di lihat semula iaitu seperti
i.
Sebagai satu pengukur prestasi
Banding pencapaian
lampau dengan terkini sudah pasti akan diketahui di mana prestasi kita sekarang
ini. Kalau pencapaian dapat mengatasi prestasi yang lepas sudah pasti ia nya di
kira kejayaan. Kalau berkurangan dari prestasi lepas bermakna ada sesuatu yang
tidak kena dengan diri kita yang perlu kita kenal pasti di mana salah dan
silapnya yang perlu diperbetulkan dan diperbaiki dengan cepat dan segera.
ii.
Akhlak dan kesungguhan boleh dinilai
Perbandingan masa
kini dan lampau akan membuatkan diri kita di bandingkan sama ada elok atau
tidak tingkah laku dan adab kita semasa bertugas. Sama ada ketua memberi
teguran atau nasihat sudah pasti latar belakang dan pencapaian yang lepas akan
disemak semula memberikan maklum balas di mana salah dan silapnya diri kita. Baik
perangai pasti berdisiplin orangnya tapi kalau perangainya teruk sudah pasti keputusan
tugasan jualan tidak ke mana jua jadinya.
iii.
Bahan lama yang berfakta tidak boleh ditipu
Dah menjadi bahan
sejarah sudah pasti ada fakta dan kebenarannya. Sukar untuk ditipu atau berselindung.
Kena ambil tahu agar bahan sejarah kita tidak sama sekali dipergunakan oleh
sesiapapun juga dengan sewenang-wenangnya. Kerana itu prestasi terkini perlu di
jaga kerana tidak lama lagi masa terkini sudah pasti akan bertukar menjadi
sejarah pula.
iv.
Mencari alasan kukuh
Katalah apa
sekalipun, prestasi lepas boleh mengatakan sesuatu tentang tugasan kita pada
masa kini. Apa alasan yang diberikan sudah tidak relevan lagi kerana prestasi
masa lepas telah memberitahu segala-galanya. Bersedia untuk menghadapi agar
segala teguran dan kekecewaan yang diterima sudah pasti tidak akan terasa gagal
lagi hendaknya dilakukan hentaman dan kecaman oleh siapa juga ketua dalam tim
jualan kita.
Kerana itu kita cukup di saran agar perbaiki diri dan prestasi dari masa ke
semasa. Kena ada semangat untuk perbaiki mana-mana kelemahan yang ada diberi
prestasi yang terbaik setiap masa dan ketika. Bila melihat graf sudah pasti
satu kedudukan menaik dapat diperhatikan dan bukannya graf dalam bentuk
mendatar atau menurun. Sekurang-kurangnya ketua tim jualan pasti sudah
mengetahui akan keupayaan kita melakukan tugasan maklumlah sasaran yang diberi
setiap tahun bukannya semakin menurun tapi semakin bertambah-tambah pula.
Kerana itu persiapan mental dan fizikal kena ada ditambah pula dengan tumpuan
dan fokus bagi melakukannya dengan baik, cemerlang dan kegemilangan sama
sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan