Kadang-kadang terasa bagaikan satu debaran ketakutan mahupun kerisauan
tatkala mahu dan hendak melakukan jualan. Seolah-olah seperti yang serba tidak
kena, menakutkan dan risau jika apa yang kita lakukan ini adalah suatu yang
betul ataupun tidak. Walaupun kadang-kadang perasaan gemuruh dan susah hati
berjaya kita hindari dan takluki namun apa yang merisaukan tindakan melakukan
jualan masih terpancar akan keresahan berdegap degup jantung dibuatnya.
Tak tahu macam mana nak dilakukan namun mungkin kita boleh jadikan kisah
ini sebagai satu iktibar dan pengajaran. Kisah di mana betapa hebatnya Imam
Bukhari semasa hidupnya diuji dengan begitu hebat dan kuatnya tekanan ke atas
diri beliau sendiri. Pernah semasa hayatnya perawi hadis yang cukup terkenal
hingga ke hari ini pernah dituduh membawa ajaran sesat sehingga beliau di dakwa
sebagai seorang pengikut fahaman Muktazilah. Fahaman Muktazilah ini adalah satu
fahaman di mana amat mempercayai Al-Quran itu adalah makhluk. Kesan dari
anggapan tersebut, Imam Bukhari pernah di halang dari memberi kuliah dan
sebaran ilmu oleh Gabenor yang ketika itu bernama Khalid Bin Yahya.
Walaupun Imam Bukhari telah dihalang dari menyampaikan ilmu kepada orang
ramai, Imam Bukhari sama sekali tidak berkecil hati dan marah. Apa yang Imam
Bukhari mohon kepada Gabenor tersebut adalah agar Gabenor tersebut menulis
surat kepada beliau kenapa tidak di izinkan dan dibenarkan untuk mengadakan
majlis ilmu. Itu sahaja harapan beliau kepada Gabenor Khalid bin Yahya. Apabila
ditanya kepada Imam Bukhari lantas Imam Bukhari menjawabnya agar diri beliau
semasa berlakunya Hari Kiamat nanti kalau di soal oleh Allah menanyakan kenapa
beliau sendiri tidak menyampaikan ilmu sudah pasti Imam Bukhari dapat
menjawabnya bahawa beliau telah diberikan surat oleh Gabenor supaya tidak dibenarkan
untuk menyampaikan hadis-hadis Rasulullah SAW.
Lihatlah betapa hebatnya Imam Bukhari. Walaupun telah disekat dan tidak
dibenarkan sama sekali melakukan dakwah, di tuduh sebagai pengikut Muktazilah
yang salah namun lihatlah sehingga kini kitab-kitab karangan Imam Bukhari
adalah antara yang dihormati dan dipelajari oleh seluruh pelosok Muslim di dunia
hari ini. Begitulah betapa hebatnya Imam Bukhari yang sanggup melakukan apa
juga asalkan orang-orang Islam benar-benar jujur dan ikhlas untuk mendapatkan ilmu
daripadanya.
Biarlah apa juga tanggapan dan anggapan mereka yang pastinya tidak
melakukan jualan, lakukan dengan sebaik yang mungkin walaupun mungkin terseksa
hanya disebabkan pandangan dingin, cemuhan dan sangka buruk mereka kepada kita.
Berniat dengan baik, ikhlas dan bertanggungjawab agar pada akhirnya mereka
menerima akan kehadiran dan kemunculan diri kita di hadapan mereka. Tiada apa
yang perlu ditakuti dan dirisaukan asalkan apa yang kita lakukan benar-benar
untuk menghulurkan bantuan dan pertolongan menyelesaikan permasalahan mereka
menerusi produk yang kita tawarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan