Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 8 Julai 2013

Menjual di bulan Ramadhan



Nampak semuanya sudah bersedia. Bukan setakat hendak berpuasa di bulan Ramadhan tetapi juga persiapan mental dan fizikal juga agak tersedia menanti kehadiran Ramadhan pada tahun ini. Paling tidak sabar menantikan kehadiran bulan Ramadhan ini adalah peniaga-peniaga baik bagi Pasar Ramadhan, Tapak Ekspo dan jualan sepanjang bulan Ramadhan dan gerai-gerai yang disediakan bagi tujuan kedatangan bulan Ramadhan ini.

Segala persiapan seperti mana yang di rancang kan sudah semestinya dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Tapak perniagaan telah ditetapkan hanya menunggu stok baru dan terkini dimasukkan bagi tujuan promosi dan penjualan. Bagi peniaga-peniaga pasar Ramadhan sudah semestinya persiapan awal juga akan dilakukan agar setiap masakan yang dimasak mendapat sambutan setiap hari sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Ramadhan adalah satu-satunya bulan yang penuh dengan keberkatan dan bulan untuk kita pulun habis-habisan mendekatkan diri kita kepada Allah, beramal ibadat dan melakukan yang terbaik mengambil kesempatan kehadiran Ramadhan ini. Walau sesibuk mana sekalipun dalam kita melakukan jualan dan perniagaan mengaut keuntungan setinggi dan semaksimum yang termampu lakukanlah dengan sebaik yang mungkin. Jujur pada Allah jujur juga kepada pelanggan. Berniagalah pada produk-produk yang halal mengikut syariah tetapkan. Amanah dan bertanggungjawab pada produk yang dijual agar setiap jualan dan perniagaan yang kita lakukan diberkati Allah sentiasa.

Jangan kerana sibuk berniaga sehingga ibadah puasa pun sanggup kita tinggalkan apatah lagi dalam melakukan solat. Jaga lah dengan sebaik yang mungkin agar setiap perolehan dan pendapatan yang diterima mendapat keberkatan dan halal di sisi Agama. Jangan sama sekali leka dari mengingati Allah walau sesibuk mana kita melakukan jualan. Rugi rasanya kalau dunia sahaja yang kita kejar tapi akhirat tidak ke mana. Ambillah tindakan bijak agar kedua-duanya boleh kita peroleh sama hebatnya baik di dunia mahupun di akhirat.
 
Lakukan yang terbaik. Jangan ditunggu-tunggu dan ditangguhkan lagi. Berikan yang terbaik buat karier dan harapan dalam melakukan jualan dan perniagaan. Inilah masanya untuk mengaut keuntungan dan perolehan setinggi yang termampu agar pendapatan yang diperoleh sekurang-kurangnya mampu untuk menampung setahun pendapatan kita menunggu Ramadhan yang baru pula muncul sekali lagi. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Cuma pastikan agar ibadah puasa, solat dan zikir kita terhadap Allah jangan sama sekali diabaikan dan lakukan sebaik mungkin sebagaimana tumpuan kita dalam melakukan jualan dan perniagaan pada pelanggan kita nanti. Berjaya di dunia berjaya di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan