Bakat yang ada pergunakan dengan sebaik yang termampu.
Jangan sama sekali dibiarkan sahaja tanpa boleh menjana sesuatu pendapatan yang
berguna buat diri kita sendiri. Satu anugerah terbaik dari Allah SWT yang
pastinya jangan dirasakan begitu merugikan buat diri kita sendiri dan di sia-siakan.
Jangan sama sekali disalah gunakan. Gunakan ke arah kebaikan agar rezeki yang
diperoleh bertambah keberkatannya. Apa yang penting pada bakat yang ada ini
jangan pula jadi pemalu atau segan diri mempamerkan yang terbaik untuk
melakukan jualan yang sepatutnya.
Satu lagi pengalaman yang dilalui ketika berada di Kota
Jakarta ini. Sedang melepak minum air bersama teman-teman turut mengalami
nyanyian secara ‘Live’ di gerai sate Pak Heri, Jakarta ini. Mempesonakan dengan
alunan suara yang menghiburkan dan mengasyikkan. Mohonlah apa juga lagu sudah
pasti akan didendangkan asalkan wang sagu hati diberikan tanpa mengira berapa
banyak yang diberikan. Yang penting lagu yang diminta itu sudah diketahui bagaimana
lagunya untuk dinyanyikan pula kepada pendengarnya.
Jualan berbekalkan air liur berserta gitar ‘kapok’ yang
dibawa bersama menjaja suara lunaknya demi mencari pendapatan dan perolehan
buat kehidupan dirinya. Masih muda dan bergerak aktif demi menghiburkan
pengunjung-pengunjung yang hadir. Apa yang beliau tunjukkan bahawa dengan bakat
yang ada di tambah dengan keberanian dan
kesungguhan yang ditunjukkan sudah pasti apa yang di matlamat kan pasti berjaya
juga akhirnya. Tabah dan tenang sentiasa agar kerenah dan gelagat orang yang
ditemui bersetuju untuk mendengar suaranya. Hafalan lagu-lagu terkini dan
popular perlu diingati agar setiap permintaan orang ramai sudah pasti dapat
dipenuhi dengan jayanya.
Inilah yang sikap yang perlu ada pada seseorang yang ingin
melakukan jualan. Tanpa ada sikap keluh kesah, mudah kecewa dan putus asa pasti
akan memberikan kekuatan dalaman untuk melakukan jualan. Jangan di kira dengan cabaran,
halangan dan dugaan yang mendatang tapi fikirkan secara positif yang kita juga boleh
melakukannya dengan sebaik yang termampu. Mungkin buat pertama kalinya kita akan
gagal untuk melakukan tapi kalau dah lima enam kali pasti beransur-ansur akan menampakkan
kejayaan seperti yang kita mahukan. Sesungguhnya pengalaman akan mematangkan lagi
tindakan kita untuk memberikan persembahan pada diri kita sendiri melakukan jualan.
Sentiasa fokus dan bersungguh agar apa juga yang kita lakukan sudah pasti kejayaan
mengiringi setiap apa yang kita sendiri lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan