Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 25 Julai 2013

2 Dalam 1



Beruntung kepada sesiapapun juga yang kehidupannya hanya melakukan kebaikan. Tanpa mengira apa yang dilakukannya kesemuanya menjurus kepada menolong dan membantu seramai yang termampu agar setiap apa juga masalah yang di hadapinya dapat diselesaikan dengan sebaik yang mungkin. Inilah amalan orang yang menjual iaitu kena beri bantuan dan pertolongan menerusi produk yang ditawarkan untuk selesaikan bersesuaian dengan apa juga masalah yang mereka hadapi.

Tapi adakah hanya dengan menghulurkan bantuan dan pertolongan ini di kira sebenar-benar yang perlu difikirkan dalam melakukan jualan? Ini adalah kerana majoriti penjual semuanya memikirkan tentang berapa banyak komisen atau perolehan yang sepatutnya mereka terima pada bulan ini. Inilah gangguan pemikiran yang perlu diberi penjelasan yang mana perlu diberi perhatian. Sememangnya wang adalah segala-galanya. Semua orang pasti akan mengejar wang ringgit yang ada demi untuk menampung kehidupan diri setiap hari. Dengan wang seseorang boleh merubah kehidupannya menuju apa yang dikehendakinya. 

Wang adalah sumber motivasi dan perangsang diri yang terbaik untuk berusaha bagi mencapainya. Tapi kena ingat sentiasa bahawa wang bukanlah satu kemudahan buat diri kita tetapi sebenarnya adalah satu kelalaian. Adakah matlamat kita hidup untuk mencapai apa yang ada di dunia ini sahaja? Kerana itu selain mendapat ganjaran wang ringgit kehidupan di dunia kita peroleh dalam masa yang sama keistimewaan mendapat ganjaran pahala pula untuk kehidupan di akhirat perlu untuk kita nikmati secara serentak sekali gus. Secara realitinya memang sukar untuk set kan dalam fikiran kita kena tolong orang, kena bantu orang untuk mendapatkan jualan. Wang ringgit dan komisen adalah satu perkara yang cukup kuat mempengaruhi kita. 

Sememangnya tak boleh nak buat apa. Cuma jalan terbaik agar perbuatan kita suka membantu dan menolong orang selari dengan pendapatan yang diterima kerana penutupan jualan berjaya dilakukan adalah dengan menjadikan niat kita terlebih dahulu untuk bantu dan tolong orang dahulu. Berniatlah di awal hari sebelum melakukan jualan agar kita sering dipermudahkan untuk menghulurkan tangan memberikan segala bantuan dan pertolongan yang diperlukan oleh mereka bagi tujuan menyelesaikan segala permasalahan yang mereka tanggung selama ini. Nawaitu betul tindakan juga betul sudah pasti akan menghasilkan keputusan yang dikehendaki. Lagi banyak kita bantu orang selesaikan masalah mereka sudah pasti dan tentunya wang secara automatiknya mengalir mengikut apa yang kita bantu dan tolong kepada orang. Itulah hebatnya orang yang menjadikan karier dirinya melakukan jualan kerana bukan setakat duit boleh diperoleh tetapi ganjaran pahala juga boleh diterima secara serentak. Ini baru betul-betul 2+1. Satu pekerjaan yang menghasilkan dua  sumber perolehan tanpa kita sedari ataupun tidak. Jagalah niat dengan baik agar restu dan berakah Allah sentiasa diterima sentiasa hendaknya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan