Menghadapi persaingan sememangnya cukup mengah untuk ditentang. Pasaran
yang ada sememangnya terbuka luas dan berkongsi sama dengan siapa pun yang
menceburinya. Mungkin akan terdapat pelbagai helah dan tipu muslihat kelihatan
sama. Tidak terkecuali juga kejujuran dan bertindak sama dalam pasaran mungkin
akan berlaku juga. Semuanya ada tidak kira taktik kotor atau bersih
dipermainkan dengan senang hati oleh persaingan demi mencapai matlamat jualan
boleh diperoleh.
Siapa kita untuk mengubah pesaing yang ada di pasaran. Kena hadapi dengan
tenang dan sabar serta tidak menjadikan sesuatu yang mencelarukan diri kita.
Kerana itu tingkah laku yang baik perlu disemai dalam diri kita serta membuka
hati dan perasaan menerima dengan baiknya tentang bersaing dengan
pesaing-pesaing yang ada. Jangan mudah mengalah tapi hadapilah dengan sebaik
mungkin dengan cara
i.
Hormati pesaing yang ada
Setiap orang yang
menjadi pesaing jadikan kawan dan hormati kehadiran mereka. Bukan musuh yang
dicari tapi perkembangkan mereka menjadi kenalan terbaik kita. Sememangnya
merisaukan dan kadangkala menyusahkan tapi kena redha dengan kehadiran mereka.
Mungkin masa kini mereka akan berusaha menentang kita tapi mana kan tahu di
masa hadapan satu hari nanti akan menolong kita pula. Semuanya kerja Allah
asalkan hati dan naluri kita tetap berkawan dengan siapa pun juga pesaing yang
kita kenali.
ii.
Jangan mudah percaya apa yang kita dengari
Apa juga berita
dan cerita nilai kan dengan sebaik yang mungkin. Mungkin ada kebenarannya
mahupun mungkin ada kepalsuannya. Sebaik-baik tindakan dapatkan cerita dan
berita yang betul dan sahih terlebih dahulu tidak kira dari mana puncanya.
Allah berikan akal fikiran pada kita lakukan dengan sebaik yang mungkin bukan
menerimanya dengan membuta tuli. Di mana ada kemahuan pasti di situ ada jalannya.
Carilah dengan apa yang ada pada kita dan bukan untuk menerimanya sesuka hati.
iii.
Tetapkan matlamat
Jangan sama sekali
mengabaikan matlamat utama kita hanya kerana begitu cepat mengalah dalam pasaran
yang ada. Dalam Islam pun amat menggalakkan bersaing secara sihat. Terima kenyataan
ini agar kita redha dengan apa yang berlaku dan terjadi. Bersaing secara sihat bukannya
berdengki dan berhasad pada pesaing yang lain. Pergunakan dengan sebaik yang mungkin,
lakukan perancangan yang terbaik dan hulurkan bantuan membantu dan menolong orang
yang kita temui selesaikan permasalahan mereka dengan bersungguh-sungguh.
Terima dengan hakikat dah dinamakan pasaran terbuka. Kena bersaing dengan hati
yang penuh ikhlas dan terbuka. Berikan perkhidmatan yang terbaik agar siapa juga
yang kita temui cukup merasa senang dan mudah menerima kehadiran kita. Bersaing
secara sihat agar jualan yang kita lakukan sentiasa mendapat berkat dan sambutan
dari mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan