Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 3 Julai 2013

Kopi Kapal Api di Jakarta




Antara perkara yang diperhatikan di Jakarta ini adalah terdapat terlalu banyak gerai-gerai ataupun kios-kios yang menjual rokok dan minuman panas atau sejuk ditawarkan. Memerlukan ruang yang kecil sahaja dengan penjagaan oleh seorang sahaja penjualnya. Kebiasaannya diletakkan di tempat-tempat yang agak strategi dan mudah dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di tempat tersebut.

Bukan sahaja mudah bagi mendapatkan sekotak rokok atau kretek yang di jual tetapi menikmati kopi kapal api (Nama kopi yang diberikan) juga amat menyelerakan. Cukup murah, mampu beli dan boleh melepak sahaja menikmati aroma dan ke enakkan minuman panas di situ sambil melihat panorama di Jakarta dan kesesakan lalu lintas yang terlalu hebat di sini. Inilah Jakarta, cukup unik dan hebat.

Menurut peniaga di situ, bagi mendirikan perniagaan yang di jalankan ini ia memerlukan

i.             Tempat yang strategik dan menjadi tumpuan

ii.           Modal permulaannya adalah sekitar RM1,500

iii.          Memastikan setiap produk yang ditawarkan mempunyai stok yang mencukupi sentiasa dan jangan dibiarkan kehabisan

iv.          Membayar lesen kepada Majlis Tempatan mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Rupa-rupanya peniaga tersebut juga bukanlah seorang usahawan tetapi turut sama menerima gaji dari tuan punya gerai tersebut. Menurut beliau bagi satu hari perniagaan, hasilnya agak lumayan juga antara perolehan antara RM300 hingga RM600 sehari. Wang perniagaan kebiasaannya akan dikutip oleh tuan punya gerai sama ada semasa penutupan gerai ataupun pada ke esok kan harinya. Semuanya bergantung pada kepercayaan antara majikan dan pekerjanya.

Begitulah yang terdapat di sekitar Kota Jakarta ini. Bermodalkan amaun yang kecil tapi mampu menghasilkan pendapatan dan perolehan yang besar. Di samping membuka beberapa lagi gerai atau kios yang banyak di serata tempat, kepercayaan kepada penjaga gerainya amat-amat dititik beratkan agar setiap orang yang menjaga gerai tersebut amanah dalam kewangan dan stok perniagaan di samping mempunyai skil jualan yang baik. Tidakkah ini juga amat diperlukan dalam melakukan jualan?   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan