Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 21 Julai 2013

Mudahnya merasa KECEWA



Amat merisaukan jika akhir jualan sesuatu yang sepatutnya menggembirakan akhirnya bertukar kepada kekecewaan, putus asa, sedih, risau atau marah pun boleh berlaku dan terjadi. Semua tanda-tanda negatif ini pasti boleh mempengaruhi diri kita andai kata kita biarkan sentiasa dalam diri kita. Selagi berada dalam diri kita selagi itulah akan menjadi sukar buat diri kita mendapatkan jualan seperti mana yang dimahukan.

Banyak sebabnya kenapa berlaku sebegini. Antara kegagalan berlakunya kekecewaan tersebut berlaku adalah disebabkan

i.             Terlalu mengharap
Nak menjual tolong pastikan jangan terlalu mengharap. Teruskan sahaja usaha kita lakukan jualan dengan sebaik yang mungkin. Mereka terima ataupun tidak semuanya berdasarkan  kepada apa yang telah kita persembahkan sama ada produk kita benar-benar dapat membantu selesaikan masalah mereka ataupun tidak. Bukan mudah sama sekali mendapat keputusan yang penuh bermakna walaupun tunduk kepala tandanya setuju, mendongak kepala tandanya melawan.

ii.           Ghairah
Terlalu gelojoh membuatkan tindakan tergesa-gesa boleh berlaku dan terjadi. Ghairah pada tindakan seolah-olah memaksa seseorang untuk menerima tawaran yang dikemukakan tanpa memikirkan adakah ia nya memenuhi apa yang mereka cari dan mahukan selama ini. Kita jadi syok sendiri sahaja tapi malangnya bagi bakal pembeli atau pelanggan semuanya adalah dari keputusan di tangan mereka sendiri bukannya kita.

iii.          Terlalu yakin 
‘Confident’ sangat ini yang menyusahkan kita balik. Belum apa-apa lagi dah terlalu yakin. Bila dah terlalu yakin apa yang kita lakukan tiada kesungguhannya kerana kita merasakan bakal pembeli atau pelanggan yang berada di hadapan kita sudah pasti menerima tawaran yang dikemukakan. Ini yang susah ni, belum apa-apa lagi dah merasa terlalu yakin. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Begitulah juga kita manusia , jangan dok rasa syok sendiri yang kita boleh melakukannya setiap masa. Lain orang lain ragamnya, semuanya sama sekali tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. 

Tenang dan tabah sentiasa dalam melakukan jualan. Apa yang kita lakukan sudah pasti ada cabaran dan dugaan yang menanti sama ada kita suka ataupun tidak. Semuanya satu ujian hidup. Tiada satu pun yang Allah jadikan untuk kita begitu senang dinikmati dan diperoleh begitu sahaja. Hadapi dengan sebaik mungkin. Mungkin akan ada sedikit sebanyak rasa kekecewaan tapi jangan di fikir dan dibawa sangat. Bertindak semula cari yang lain bagi mendapatkan penawar dengan secepat yang mungkin. Siapa tahu, sekali gagal Allah balas semula dengan sepuluh kejayaan pula. Yang penting teruskan usaha kerana tanpa usaha sudah pasti tidak ke mana tindakan kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan