Tiada siapa pun yang ingin kesukaran dan kepayahan dalam melakukan jualan.
Semuanya kalau boleh nak yang senang-senang sahaja. Lagi mudah lagi bagus
asalkan tidak memeningkan atau berserabutnya kepala itu sudah mencukupi dan
memadai. Memang manusia dijadikan untuk tidak mudah menghadapi setiap masalah
yang timbul dan berlaku. Mahu tidak mahu, suka ataupun tidak kena hadapi juga
dengan hati dan perasaan yang terbuka.
Jualan akan menjadi lebih sukar, payah dan tidak memudahkan sama sekali
andai kata kita tidak mengetahui apa yang bakal pembeli atau pelanggan mahu dan
cari selama ini. Kena tahu dan ambil
berat apa yang bakal pembeli atau pelanggan hadapi masalah yang ditanggungnya
selama ini. Antara yang menjadi halangan dan kesukaran buat bakal pembeli atau
pelanggan adalah
i.
Belanjawan mereka yang lebih ketat
Kedudukan kewangan
seseorang akan menjadi masalah utama dan penentu buat seseorang. Masa kan
seseorang boleh hidup berlebih-lebihan andai kata terlalu mudah berbelanja
tidak tentu hala dan fasal. Semuanya mesti ditentukan dengan sebaik yang
termampu agar di hujung bulan nanti tidak kering kontang dibuatnya pula. Kerana
itu setiap bakal pembeli atau pelanggan sudah pasti menjadikan kewangan sebagai
masalah utama buat diri mereka sendiri tidak kita mereka itu hidup senang
ataupun susah.
ii.
Masa yang ada pada mereka terlalu terhad
Mereka juga
seperti mereka. Ada masanya mereka terlalu sibuk sehinggakan tidak mahu
diganggu oleh sesiapa. Masing-masing ada masa yang telah diperuntukkan dalam
diri mereka masing-masing. Pengurusan masa mengikut keperluan dan kemahuan diri
mereka. Jangan terlalu difikirkan masa sibuk kita sahaja tapi mengambil tahu
masa sibuk mereka. Kerana itu apabila terdapat masa untuk bertemu dengan mereka
fikirkan tentang betapa terhadnya masa mereka untuk bersama dengan kita.
Pergunakan dengan sebaik yang termampu tanpa adanya wujud pembaziran masa yang
berlaku dan terjadi.
iii.
Terlalu banyak pilihan di pasaran yang ada
Walaupun
persaingan itu sihat tapi kadang-kadang sesak nafas juga dibuatnya pada kita.
Apa tidaknya bakal pembeli atau pelanggan mempunyai pelbagai pilihan dan opsyen
untuk mereka pilih mengikut apa yang bersesuaian dengan mereka. Tiada siapa
boleh melarangnya apa tah lagi mereka bebas sebebasnya untuk membuat keputusan.
Siapa yang terbaik dengan tawaran yang mengagumkan sudah pasti menjadi pemenangnya.
Itulah kekangan yang dihadapi oleh setiap bakal pembeli atau pelanggan yang
mahu kita lakukan tawaran ke atas produk yang kita tawarkan kepada mereka. Mesti
ada jalan penyelesaian atau solusi bagaimana untuk memberikan satu jawapan
kepada permasalahan yang mereka tanggung selama ini. Tidak lain dan tidak bukan
dalam menangani permasalahan ini jawapannya adalah satu sahaja iaitu dapatkan
dan tarik perhatian mereka. Itulah tindakan sewajarnya dari kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan