Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 24 Ogos 2013

DI PERKENALKAN






Salah satu kaedah dalam mendapatkan bakal pembeli atau pelanggan adalah dengan membuka mulut dan bertanyakan tentang referral (perujuk). Kebiasaannya pelanggan yang memberikan referral ini adalah terdiri daripada nama seseorang, apakah nombor untuk dihubungi, mungkin tempat pekerjaannya dan alamat e-mel jika ada. Apa juga kemungkinan berlaku boleh diberikan itu pun antara fakta atau auta. Bergantung kepada kejujuran seseorang untuk memberikan satu maklumat yang betul ataupun palsu. Kalau bernasib baik legalah tapi kalau tidak punah terus harapan kita hilang begitu sahaja.

Andai kata memohon referral boleh kita lakukan kenapa tidak kita lakukan lebih daripada itu? Mohon kepada siapa juga dari kenalan, jiran, networking mahupun pelanggan agar memperkenalkan diri kita pula terus menerus kepada kenalan, rakan sekerja, jiran, adik beradik atau saudara maranya  yang mungkin mereka rasakan produk yang kita tawarkan ini boleh juga diguna pakai oleh mereka juga. Inilah yang sepatutnya kita lakukan dengan sebaik yang mungkin. Terdapat banyak kelebihan dan keuntungan yang bakal kita peroleh andai kata kaedah perkenalkan dapat dilakukan ke atas bakal pembeli atau pelanggan-pelanggan kita. Minta jasa baik mohon pertolongan agar mereka sudi menghulurkan bantuan dan pertolongan untuk perkenalkan siapa pun juga yang mereka kenali di hadapan mereka tentang kewujudan diri dan produk kita di pasaran. 

Antara kelebihan-kelebihan dan keuntungan yang dimaksudkan ini adalah

i.             Lebih mudah bersua muka terus tanpa perlunya kita melakukan pengenalan diri terlebih dahulu.

ii.           Dapat menjimatkan masa, wang  dan tenaga kita kerana dapat bertemu dan melakukan promosi terus-terusan kepada orang yang di perkenalkan kepada kita.

iii.          Bersiap sedia sentiasa tidak kira dalam apa juga keadaan sekalipun.

iv.          Orang yang diperkenalkan lebih mudah mempercayai dan menerima kehadiran diri dan produk kita memandangkan kenalan mereka sendiri yang memaklumkan dan perkenalkan pada dirinya.

v.            Kesulitan dalam memilih prospek dan mendapatkan temu janji boleh dielakkan sama sekali.

vi.          Kepercayaan seseorang dalam menerima kehadiran diri kita amat tinggi dan peluang untuk mendapatkan penutupan jualan juga agak memudahkan asalkan orang yang perkenalkan kenalannya itu terlebih dahulu sudah pun menerima tawaran yang dikemukakan.

vii.        Kurang memberi presentasi kerana pelanggan pasti turut membantu memaklumkan dan mempromosikan produk yang kita tawarkan. Lebih baik mengambil tindakan per banyakkan mendengar dari banyak bercakap.

viii.       Walaupun baru bertemu dan bersua, kemesraan mudah dijalinkan hanya kerana kita diperkenalkan oleh rakan baik atau kenalan dari orang yang dikenalinya.

ix.         Ikatan kepercayaan mudah terjalin hanya disebabkan ukhwah dan silaturahim yang terjalin antara mereka berdua. Bila kepercayaan telah diperoleh bermakna jualan juga semakin mudah untuk dilakukan. 

Inilah peluang terbaik yang tidak perlu dilepaskan sama sekali. Terus sahaja bertemu dan bersua dengan bakal pembeli atau pelanggan tanpa perlu melakukan sebarang temu janji terlebih dahulu. Jimat masa, tenaga dan wang. Tapi kena ingat sentiasa buka mulut memohon agar diperkenalkan diri kita kepada kenalan mereka pula. Memang sukar dan memang payah di peringkat permulaan tapi kalau dibiasakan dan menjadi satu tabiat yang positif sudah pasti ianya tidak akan mengecewakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan