Cuba
dipraktikkan secara kiraan matematik di mana satu pengenal satu hari bekerja
dilakukan. Memanglah dalam mengikut kiraan matematik semuanya boleh berlaku
kerana semua pengiraan tersebut tidak langsung mengambil kira setiap cabaran,
halangan, dugaan dan masalah yang timbul. Di sinilah terletaknya disiplin diri
yang perlu diterapkan dalam diri seseorang yang melakukan jualan sebagai satu
tabiat kekal yang perlu diteruskan tanpa rasa malu dan rendah diri.
Bayangkan
andai kata dalam satu hari berjaya memperoleh seorang pengenal, ini bermakna
dalam tempoh seminggu kita telah berjaya memperoleh seramai lima orang pula.
Dalam tempoh setahun pula bermakna sudah tentu seramai 260 orang berjaya pula
kita mendapatkan pengenal. Angka yang meningkat secara mendadak walaupun
pengenal yang kita temui hanya seorang sehari sahaja.
Ambil
sekadar 50% sahaja dari 52 orang tersebut yang menerima tawaran yang
dikemukakan, ini bermakna seramai 26 orang telah berjaya menjadi pelanggan kita
bagi tempoh setahun. Ini baru dalam pengiraan seorang pengenal setiap hari,
bagaimana pula hasilnya jika kita berjaya mendapat pengenal dalam sehari mampu memperoleh 3, 5 ataupun 10
orang sekali gus. Bukankah ini kerja mudah yang perlu kita lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan