Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 28 Ogos 2013

PILIH KASIH




Musim bola meriah semula dengan semua liga-liga utama di Eropah telah bermula. Tidak dinafikan lagi tumpuan macam mana pun lebih terarah kepada Liga Perdana Bola sepak England. Masing-masing akan mengaku menjadi peminat setia kepada satu-satu kelab yang digemari dan disokong tanpa berbelah bagi. Majoriti penduduk di Malaysia amat menyokong kelab-kelab seperti Mancester United, Liverpool, Arsenal, Manchester City, Chelsea atau sebagainya. Kerana sokongan yang diberikan menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi sehingga ada yang sanggup memakai dan menyarung baju kelab yang diminatinya, meletakkan pelekat lambang kelab pada cermin kereta, memakai topi kelab kesukaan dan pelbagai ragam lagi asalkan orang yang melihatnya mengetahui bahawa mereka adalah peminat setia pada kelab yang disokongnya. 

Apabila menang apatah lagi kalau menjadi juara bukan main di sembang kan seolah-olah kelab yang ditewaskan tiada kehandalannya langsung. Tidak setara hebatnya untuk melawan dan menentang kelab yang dipuja-puja dan dipuji-puji. Mudah memandang rendah keupayaan kelab lain. Kalau menang itu dikira handal dan tiada istilah menang nasib. Tapi apabila kalah sahaja kelab yang disokongnya sudah pasti akan memberi jawapannya tidak mengapa, belum ada rezeki walaupun dah mencuba, bagi peluang pada kelab lain pula, mereka dah bermain bersungguh-sungguh tapi nasib tidak menyebelahi mereka dan pelbagai alasan dan ulasan yang diberikan oleh fanatik dan ekstremis peminat kelab tersebut.

Inilah yang ingin saya kaitkan dalam melakukan jualan, ini yang merisaukan andai kata amalan sebegini kita lakukan. Kita terlalu memilih pelanggan mungkin atas dasar dan status kekayaan, kedudukan atau keadaan diri seseorang. Kita merupakan seorang yang pilih kasih dan pilih bulu. Kita layan orang yang kita suka dan yang kita gemarkan sahaja seolah-olah bakal pembeli atau pelanggan tersebut bagaikan seorang VIP yang amat sangat. Manakala orang yang tidak digemari antara hendak tak hendak sahaja kita melayannya. Seolah-olah ada jurang dan ruang pula yang berlaku apabila kita melakukan jualan pada seseorang.

Sedangkan Rasulullah SAW, seorang pemimpin negara dan agama tidak mengira siapa pun yang ditemuinya sanggup melayannya siapa pun juga tanpa mengira darjat, kedudukan dan pangkat. Inilah contoh dan teladan yang perlu dijadikan satu iktibar dan pengajaran yang perlu kita lakukan dan serapkan dalam melakukan jualan. Jangan pilih bulu pada siapa pun juga asalkan seseorang bakal pembeli atau pelanggan yang disasarkan layanlah dengan sebaik yang mungkin. Kita orang yang menjual sebenarnya kita lah orang yang memerlukan mereka dan mereka sama sekali belum lagi hendak memerlukan kita lagi walaupun disedari produk yang ditawarkan terhangat di pasaran.

Layanlah dengan sepenuh hati dan berikan yang terbaik pada siapa pun yang kita temui. Jangan ada rasa mudah pilih kasih atas siapa pun kita tawarkan produk yang hendak kita berikan. Sekali kita pilih kasih pada orang-orang tertentu apabila orang lain ketahui sudah pasti kehadiran kita sama sekali tidak dilayan sama sekali. Berhati-hati dan ambil sikap yang terbuka agar dengan siapa sekalipun kita layan sama adil saksama tiada berat sebelah dalam memberikan layanan dan  mereka yang kita temui pasti merasa puas dengan apa yang telah kita berikan kepada mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan