Mengambil
iktibar dan pengajaran apa yang berlaku ketika Nabi Adam yang telah di jatuhi
hukuman oleh Allah untuk turun ke bumi. Kisah menjadikan sebagai seorang
manusia pertama dimuka bumi ini yang didapati bersalah yang akhirnya telah
bertukar menjadi seorang manusia atau insan yang dimuliakan semula oleh Allah
SWT. Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengampun, buat jahat macamana sekalipun
hanya sekali sahaja kita bertaubat sebelum roh sampai ke halkum insyaAllah akan
diterima juga taubat tersebut kerana Allah amat menyayangi akan hamba-hambanya yang
suka melakukan kebaikan dan sedar untuk kembali semula ke jalan Nya.
Sememangnya
manusia tidak pernah dan sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Sama ada
besar ataupun kecil pasti ada kerana manusia yang dijadikan Allah tidaklah
sesempurna sepertimana yang diketahui. Allah telah berikan pada kita satu kisah
bagaimana Nabi Adam yang diwujudkan dahulu telah melakukan kesalahan hanya
dengan memakan buah yang dilarang dalam syurga. Nabi Allah Adam telah dihukum
dan diturunkan ke muka bumi ini dipisahkan dengan isteri kesayangannya ditempat
yang lain pula. Nabi Adam akur dengan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan
dan telah merubah dirinya tidak berhenti-henti memohon kemaafan terhadap Allah
sehinggakan pada akhirnya Allah telah memuliakan semula Nabi Adam ketempat yang
sepatutnya.
Terdapat 5
tindakan yang Nabi Allah Adam lakukan sehingga Allah menerima taubatnya dan
dimuliakan semula yang patut kita lakukan demi mencapai kemuliaan bukan sahaja
di muka bumi ini tetapi juga bila berhadapan dengan Allah SWT nanti. Tindakan
Nabi Adam amat relevan dengan tanggungjawab kita yang melakukan jualan semoga
kita juga turut sama diterima amalan kita bukan sahaja didunia tapi juga
diakhirat sama. Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Nabi Adam ini adalah
i.
Takut
Takut kepada Allah bukan pada yang
lain. Inilah yang perlu kita lakukan dalam jualan. Takut pada hukuman Allah
hanya kerana kita sanggup menipu dan permainkan orang lain bagi memastikan
penutupan jualan boleh dan mudah diperoleh. Apa yang dilakukan semuanya dihalalkan
walaupun perkara yang dilakukan bercanggah dengan jalan Allah. Kerana itu kena
ada perasaan takut pada Allah disertai dengan tindakan yang jujur dan amanah
pada siapapun juga kita menjual.
ii.
Tidak
mengulangi
Nabi Adam as tidak berhenti-henti
menyesali perbuatan yang dilakukan semasa di syurga. Kerap menangis dan
berdukacita akan apa yang pernah beliau lakukan. Memohon keampunan dari Allah
tidak berhenti-henti walaupun sedetik. Begitulah juga dengan kita, andai kata
telah diketahui telah melakukan kesalahan dan kesilapan jangan sama sekali
diulangi. Mohon kemaafan pada Allah dan pelanggan yang telah kita lakukan
penipuan dan pembohongan keatasnya. Berjanji dengan bersungguh-sungguh agar
tidak diulangi lagi di masa hadapan dan akan datang. Biarlah malu di dunia ini
dari kita menanggung malu di akhirat kelak.
iii.
Lakukan
dengan bersungguh-sungguh
Tidak mengenal erti putus asa dan
kecewa, Nabi Adam terus memohon keampunannya kepada Allah tidak henti-henti
tidak kira waktu siang ataupun malam. Walaupun dalam keadaan bersedih hati
disebabkan hukuman yang diterima namun Nabi Adam tetap terus melakukan memohon
keampunan Nya dan rahmat dari Allah.
Inilah juga yang perlu kita lakukan ketika dalam melakukan jualan, kena ada
semangat untuk bersungguh-sungguh melakukannya bukan main separuh jalan sekejap
bersemangat sekejap lagi layu pula. Elakkan ia sama sekali. Nak buat jualan
buat bersungguh-sungguh seolah-olah kita seorang sahaja yang melakukan jualan
dalam dunia ini. Bila diberikan masa gunakan sebaik yang mungkin apabila
berehat supaya bila mula melakukan tugasan semula tetap bersemangat untuk
melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan kegigihan yang ada.
iv.
Budaya
ilmu diutamakan
Walaupun Nabi Allah di hukum namun
Allah sentiasa mencurahkan ilmu pengetahuan kepadanya. Semua pergerakan,
kehidupan dan amalan kehidupan di dunia telah pun diajar secara baik oleh
Allah. Begitulah kita dalam menjalani tugasan dalam jualan, pencarian ilmu kena
dilakukan. Jangan mudah berputus asa mencari ilmu kerana ilmu tidak akan datang
bergolek ke arah kita. Nak lakukan apa juga bidang yang diceburi dan diminati
perlukan ilmu. Tanpa ilmu sampai bila pun kita tidak akan ke mana.
v.
Jangan
ada takabur dan riak
Hanya dengan merendah diri sahaja Nabi
Adam memohon pada Allah dan jangan jadi seperti iblis yang tetap angkuh dan
sombong sampai bila-bila merasakan apa yang ada pada dirinya adalah yang
terbaik pernah dicipta oleh Allah. Pilihan di tangan kita sama ada mahu menjadi
seperti apa yang telah dilakukan oleh Nabi Adam atau Iblis. Fikirlah dengan sebaik-baiknya.
Terlalu banyak
pengajaran dan iktibarnya yang boleh kita jadikan pengajaran paling berguna
buat kehidupan dan tugasan kerja di dunia ini. Sentiasa beringat mati itu
sekali sahaja tapi hidup ini sebanyak dua kali. Buatlah sebaik yang mungkin dan
jangan sama sekali diabaikan sama terutama sekali tentang amanah dan
tanggungjawab kita sebagai seorang manusia kepada Allah dan manusia yang berada
di sekeliling kita. Lakukan yang terbaik agar apa juga yang kita lakukan
diberkati dan dirahmati sentiasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan