Merdeka
muncul lagi. Memperingati 31hb Ogos tarikh keramat bagi rakyat Malaysia
mengenangkan bagaimana negara kita telah bebas dari dijajah oleh pihak British.
Perjuangan membebaskan kuasa besar dilakukan dengan sebaik yang mungkin
sehingga kini dikenang sampai bila-bila. Sememangnya tarikh 31hb Ogos merupakan
satu tarikh keramat yang perlu diingati oleh semua lapis masyarakat betapa
bukan satu tugas mudah dan senang untuk melakukannya. Di mana ada kemahuan
pasti di situ ada jalannya.
Merdeka
bermakna bebas dari segala cengkaman tanpa dikongkong oleh sesiapapun juga.
Bebas untuk melakukannya tanpa perlu ditentukan apa yang perlu dilakukan
mengikut apa yang bersesuaian dengan kita. Inilah yang perlu dilakukan oleh
kita dalam kita melakukan jualan. Bebas kah kita selama ini dari dijajah dalam
pemikiran kita sendiri sehinggakan untuk melakukan jualan pun masih terasa
sukar dan susah selama ini? Masih adakah lagi kah unsur-unsur negatif berada
dalam diri kita dari dijajah lagi sehinggakan untuk melakukannya masih payah
sungguh melakukannya.
Mungkin
perkara-perkara berikut kita merasakan tiada lagi kebebasan untuk melakukan
jualan apabila
i.
Terasa sangat takutnya untuk berinteraksi dan
berkomunikasi dengan bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui. Seolah-olah ada
sahaja batu penghalangnya merasa seram sejuk dan gementar yang amat sangat.
ii.
Terasa amat kerdil diri kita menganggap semua yang
ditemui lebih pandai, tahu, hebat, memahami dan terror lagi dari kita.
iii.
Tiada perubahan langsung untuk memajukan diri setingkat
demi setingkat lagi. Hanya memadai melakukannya dengan kebiasaan sahaja. Sebagai
contoh mungkin hanya memadai membuat temu janji setakat 2 orang sahaja sehari dikira
sudah memadai yang sepatutnya boleh dipertingkatkan lagi kepada 4 atau 5 orang
pula.
iv.
Mudah merasa puas sekadar melakukan jualan hanya pada
satu produk tanpa melakukan jualan berulang atau jualan bersilang.
v.
Sentiasa beralah walaupun peluang yang ada di hadapan
mata tidak sama sekali dipergunakan dengan sebaik yang mungkin.
vi.
Memadai dengan apa yang ada tanpa menggunakan segala
kreativiti yang sepatutnya bagi memperoleh penutupan jualan dapat ditambah
lagi.
Bebaskanlah
apa yang membelenggu diri kita selama ini. Jangan terlalu dibiarkan. Belajar
membina jati diri, ideologi dan pegangan yang kuat untuk mencari peluang dan
oportuniti membina kejayaan dalam melakukan jualan. Selagi ada kongkongan dan
sekatan dalam diri kita sendiri selagi itulah kejayaan yang diidamkan tidak
akan mudah untuk dicapai. Bertindaklah sekarang per tingkat kan lagi demi
karier dan periuk nasi kita mengambil kesempatan dengan kehadiran hari Merdeka
pada hari ini. Tiada siapa pun yang boleh mengubah diri kita melainkan diri
kita sendiri juga. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56. Merdeka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan