Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 15 Ogos 2013

MEMBINA SENARAI PROSPEK YANG TERBAIK




Sememangnya dalam melakukan jualan prospek amat diperlukan sama sekali. Semuanya boleh didapati hasil dari pengumpulan leads yang kita peroleh. Tanpa melakukan saringan dan tapisan yang betul tentu amat sukar bagi memilih prospek yang kita mahukan dan perlukan sama sekali. Jangan mendabik dada terlalu awal mengatakan semuanya begitu mudah untuk dilakukan. Semuanya perlu kesabaran dan ketekunan dalam memilih sasaran yang betul yang mana satu prospek ataupun pen ganggu.

Elakkan pen ganggu menghuni dalam senarai prospek untuk kita sasarkan sama sekali. Bagi mendapatkan senarai prospek yang diingini dan dimahukan terdapat tip yang boleh dipergunakan bagi membolehkan kita mendapatkan satu senarai prospek yang diingini agar mudah mendapatkan temu janji dan seterusnya mampu penutupan jualan di hasilkan. Tip yang dimaksudkan ini adalah

i.             Fokus apa yang mahu disasarkan
Beri tumpuan kepada senarai leads yang ada memilih, menapis dan menyusun atur leads tersebut menjadi prospek yang disasarkan mengikut apa yang diperlukan bersesuaian dengan produk yang ditawarkan. Sasaran lagi tepat lagi bagus tapi tidak dinafikan bukannya senang. Sekurang-kurangnya kita mengetahui yang mana boleh dijadikan prospek ataupun tidak kiralah mengikut demografi, geografi, kedudukan kewangan, lokasi, pekerjaan dan sebagainya.

ii.           Sentiasa di kemas kini
Bila sudah ada senarai prospek yang dimahukan sentiasa di kemas kini dan jangan sama sekali dibiarkan rajinnya sekali malasnya berkali-kali. Kena berdisiplin dan jadikan sebagai satu tabiat yang mesti dilakukan secara wajib. Apa juga yang berlaku sama ada dapat atau tidak temu janji kena di kemas kini akan apa yang berlaku dan terjadi. Dikhuatiri nanti jika tiada kemas kini dilakukan apabila di saat kita memerlukan semula akan bermula sekali lagi melakukannya. Bukankah ini dinamakan buang masa sahaja.

iii.          Mudah di rujuk semula
Tidak kira menyimpan senarai prospek dalam sistem buku register atau dalam sistem komputer sama ada hanya dalam bentuk excel atau perisian yang sedia ada di pasaran semuanya boleh digunakan asalkan dirasakan mudah membuat rujukan untuk diri kita melakukannya semula. Simpan di tempat selamat dan mudah untuk ditemui semula. Jangan sampai punya nak berahsia sampai tak ingat pula dekat mana pula yang disimpannya. Lagi haru lagi leceh kalau begini jadinya. Oleh itu simpanlah di tempat selamat yang sudah semesti cukup mudah untuk kita menemuinya semula

Banyak tugasan perlu dilakukan dalam melakukan jualan. Lakukan secara sistematik dan teratur agar memudahkan tugasan kita semula. Bila dah menjadi kelam kabut nanti habis semua panik dibuatnya pula. Berikan tumpuan dan fokus akan apa yang kita lakukan. Nescaya apa yang kita mahukan pasti akan dipermudahkan sama sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan