Semua orang mahukan produktif dalam melakukan tugasan. Tidak kira siapa pun
juga pasti perkataan produktif digunakan bagi menggambarkan seolah-olah rajin,
menguntungkan sesebuah organisasi dan boleh diharap dalam melakukan tugasan
kerja yang di amanahkan. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka produktif
bermaksud kepada ‘berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yang banyak; mencapai
banyak hasil yang dikehendaki’. Inilah satu perkara yang perlu diketahui oleh
mereka yang melakukan jualan agar sentiasa produktif dalam melakukan tugasan.
Bagi mencapai tingkat produktif yang diperlukan berikut adalah
perkara-perkara yang perlu dilakukan iaitu
i.
Tingkatkan penyerahan diri kepada Allah. Hanya pada Allah
tempat kita bergantung dan hanya pada Nya tempat kita memohon bantuan dan
pertolongan Nya. Lakukan secara bersungguh-sungguh tanpa berbelah bagi.
ii.
Mengecilkan tugasan jualan dengan cara mengenal pasti
produk apa yang ditawarkan cukup mudah mendapatkan sambutan dan bukan semua
perlu ditawarkan. Lakukan produk-produk yang kurang keutamaan menjualnya secara
jualan bersilang.
iii.
Rehat seketika dan jangan terus-terusan melakukan jualan
umpama seseorang yang memandu kereta sampai satu ketika kena berehat juga
menenangkan fikiran.
iv.
Menggunakan konsep 80/20 dengan sepenuhnya. 20% tugasan
jualan yang boleh menghasilkan 80% hasil yang dikehendaki dengan penuh
kebijaksanaan dan berstrategi.
v.
Fokus dengan bermula pada diri kita sendiri supaya bakal
pembeli atau pelanggan yang kita temui juga akan fokus dengan apa yang kita
berikan kepada mereka.
vi.
Mulakan jualan dengan yang senang dan mudah. Elakkan
bermula dengan kesukaran dan kepayahan kerana sekali kita merasa sukar sampai
penamat hari nanti tetap akan merasa sukar untuk melakukannya. Satu bebanan
yang harus dielakkan sama sekali.
vii.
Punyai sistem tugasan jualan yang tersusun dan mudah
diikuti yang pasti boleh mencapai kejayaan mendapatkan pelanggan dan penutupan
jualan.
viii. Jangan sama sekali mudah merasa malas dan boring
dalam melakukan jualan.
ix.
Cintai produk yang kita tawarkan dan yakin dengan apa yang
kita lakukan.
x.
Sentiasa bersangka baik dalam apa juga keadaan sekalipun
Sepuluh tindakan yang perlu dilakukan untuk memastikan produktif dapat dibina
dengan lebih baik dan cemerlang sekali. Bila kita produktif bermakna kita telah
berjaya melakukannya dengan membantu dan menolong seramai yang mampu bagi menghasilkan
jumlah pendapatan seperti mana yang kita idam-idamkan. Jangan dipandang pada kerisauan
tapi pandanglah pada kejayaan yang boleh diraih agar diri kita sentiasa bersemangat
dan bersungguh untuk melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan