Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 22 Ogos 2013

BERSYUKUR DAHULU




Amat mengecewakan apabila dengan mudah dan senang kita kehilangan apa yang kita hajati dalam melakukan jualan. Hilang dan amat terasa ruginya kalau ia nya benar-benar berlaku dan terjadi. Terasa sungguh meyakinkan untuk mendapatinya dengan begitu mudah dan senang tapi malangnya begitu mudah pula hilang sebegitu sahaja. Inilah yang menyukarkan tugasan kita dalam melakukan jualan. Apa yang dikhuatiri boleh senang dan mudah diperoleh tapi sebenarnya hilang dan tidak mudah untuk di peroleh dalam melakukan jualan adalah seperti

i.             Gagal dalam mendapatkan penutupan jualan

ii.           Gagal dalam mendapatkan temu janji

iii.          Gagal untuk bertemu dengan prospek walaupun temu janji telah ditetapkan

iv.          Gagal memberikan harapan dan sinar kepada bakal pembeli atau pelanggan ketika presentasi dilakukan

v.            Gagal di atas kehilangan pelanggan yang telah setia berurusan dengan kita

Memang mengecewakan tapi secara jujurnya terimalah dengan hati yang terbuka dengan rela hati. Menyedihkan tapi kena sedar bukan penghujung jalan atau penamat karier kita dalam jualan. Dah nak hilang dan tak boleh nak buat apa-apa pun. Ada hikmah nya dan mungkin satu pengajaran dan iktibar buat diri kita. Kerana itu sebaik-baik tindakan apabila kita telah kehilangan dalam melakukan jualan perlu lakukan perkara-perkara seperti berikut iaitu

i.             Redha atas apa yang berlaku dan terjadi
Tak perlu bersedih memikirkan apa yang berlaku dan terjadi. Terima seadanya. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah nya yang pasti tidak kita ketahui. Sekali gagal bukan gagal selama-lamanya. Teruskan sahaja usaha yang ada yang pasti ada kejayaan yang menanti tanpa kita ketahui. Yang penting teruskan saja usaha yang ada tanpa mengenal erti putus asa dan kecewa.

ii.           Set kan dalam fikiran
Tetapkan dahulu dalam diri kita bahawa setiap kegagalan yang berlaku adalah satu cabaran yang perlu ditempuh dengan hati yang terbuka tanpa adanya rasa kecewa dan putus asa. Apa yang kita lakukan, lakukan dengan sebaik yang mungkin. Bukan angan-angan kosong tapi penuh matlamat untuk mencapai kejayaan. Fikir yang positif agar tindakan juga akan turut positif.

iii.          Muhasabah diri
Berfikir semula bermuhasabah di mana salah dan silap kita di atas kegagalan yang dilalui. Sentiasa mengesan dan ketahui agar di masa hadapan tidak sama sekali diulangi apa yang telah kita lakukan di masa salah dan silapnya. Nak berjaya kenalah laku bedah siasat sentiasa agar apa yang kita lakukan sentiasa sempurna di hadapan bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui.

iv.          Berdoa sentiasa
Mintalah pada Allah. Sentiasa dilakukan sama ada berjaya ataupun tidak. Minta pada Allah sentiasa per mudahkan segala tugasan kita dan minta juga pada Allah agar setiap bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui terbuka hati mereka menerima produk yang ditawarkan dengan senang dan mudah sama sekali. Hanya pada Allah tempat kita meminta dan hanya pada Allah sahaja tempat kita menyerahkan diri kita. Tapi kena ingat doa sahaja kalau usaha tidak ke mana sudah pasti hasilnya tak ada apa pun.

Yang penting jangan mudah putus asa dan kecewa. Kena cuba dan cuba lagi. Sekali gagal bukan bermakna gagal segala-galanya. Mesti ada jalan penyelesaiannya mesti ada jalan menyinari harapan buat diri kita.  Kadang-kadang kena bersedia untuk gagal pula kerana bukan boleh sentiasa berada dalam kejayaan. Ada masa nya di atas tidak mustahil pula berada di bawah. Semuanya ketentuan Allah asalkan hati sentiasa terbuka dan usaha berterusan dilakukan secara konsisten. Jangan kalut, resah dan berserabut kepala dibuatnya. Lakukan sebaik yang mungkin agar sinar kejayaan boleh kita peroleh lagi dan selamanya.

1 ulasan:

  1. amkasih ya infonya , aku akan sellau sabara dan tetap focus kerja

    BalasPadam