Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 27 Ogos 2013

KETUA JUALAN YANG BERJAYA



Dalam tim jualan sememangnya ketua memainkan peranan yang penting dalam memastikan hidup matinya tim tersebut dalam menghadapi tugasan yang diamanahkan. Apa yang berlaku semuanya adalah atas kebijaksanaan ketuanya dalam merencanakan dan mencipta pelbagai resipi memastikan kejayaan demi kejayaan boleh diperoleh dengan jayanya. Sememangnya terdapat pelbagai cabaran dan dugaan tapi semuanya boleh dihadapi dengan tenang dan sabar atasi dengan sebaik yang mungkin.

Sebagai seorang ketua yang mempunyai bilangan beberapa orang ahli dalam timnya berikut adalah petua-petua yang diamalkan bagi memastikan tim yang dipimpinnya sentiasa mampu dan boleh berjaya, berkembang dan terus menerus disegani oleh tim jualan yang lain iaitu dengan cara

i.             Memastikan semangat bekerjasama, bantu-membantu dan bekerja dalam satu kumpulan, pasukan atau keluarga yang perlu ditempuh secara bersama. Senang sama senang bersusah susah pun sama-sama dilalui.

ii.           Sentiasa tidak menganggap apa yang berjaya dilakukan semasa beliau melakukan jualan boleh juga berjaya dilakukan pada ahli-ahli yang lain dalam tim jualan

iii.          Jangan sama sekali menjadikan tim jualan sebagai satu bahan pentadbiran sahaja tapi selami dan fahami apa tugasan dan cabaran yang mereka hadapi dalam melakukan jualan

iv.          Sentiasa ingat bahawa kita adalah ketua yang di lantik untuk menjalankan tugas bukannya jawatan yang ada boleh dibangga-banggakan

v.            Apa juga yang kita perkatakan pasti akan dipegang oleh tim jualan

vi.          Banyakkan melakukan strategi dan bukannya taktik dalam melakukan jualan. Sentiasa berikan pengalaman yang ada dan pernah dilalui.

vii.        Bantu mereka lakukan jualan dan bukannya lakukan jualan untuk mereka

viii.       Sentiasa tanyakan soalan-soalan yang betul dan relatif dengan tugasan mereka. Elakkan dari merapu dan mengawal pergerakan mereka

ix.         Berikan motivasi dan dorongan yang sewajarnya kerana semua ini adalah sebahagian daripada tugasan sebagai ketua.

x.           Katakan sahaja kita tidak mengetahui andai kata kita benar-benar tidak mengetahuinya. Jangan berpura-pura kerana mereka mudah memerangkap kita di kemudian hari pula.

Berusaha dengan sebaik mungkin dan jangan sama sekali amalkan sikap pilih kasih sesama ahli dalam tim jualan. Bantu dan tolong mereka agar mereka juga akan membantu kita memberikan sasaran mudah dicapai. Segala permasalahan perlu diselesaikan dan beri tumpuan dan motivasi yang terbaik agar mereka sentiasa bersemangat dalam melakukan tugasan jualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan