Berada di dalam kelompok
atau pasukan tim jualan yang dianggotai lebih dari seorang kakitangan
sememangnya cukup mencabar. Terdapat banyak kerenah dan perangai yang perlu di
ambil tahu terlebih dahulu di samping merangka strategi dan memastikan tugasan
jualan mereka berjaya di laksanakan. Berurusan dengan manusia sememangnya
terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh dengan sebaik yang
mungkin.
Terdapat tanda-tanda
bagaimana untuk mengetahui kakitangan dalam tim jualan seseorang itu berjaya
atau tidak dalam melakukan tugasan jualannya yang perlu diketahui. Kebiasaannya
orang-orang yang berjaya dalam sesebuah kumpulan tim jualan itu adalah
i.
Sentiasa menjadikan
pendapatan tambahan seperti komisen dan ganjaran sebagai perkara yang lebih di
utamakan dari gaji yang diterima
ii.
Menjaga segala
prosedur dan tatacara kerja sebagai sesuatu yang perlu diikuti dan dipatuhi.
iii.
Tidak pernah
berhenti mencari prospek dalam apa juga keadaan sekalipun
iv.
Tahu apa
yang perlu mereka lakukan tanpa perlu pengawasan yang rapi
v.
Mengetahui
dengan lebih mendalam apa yang dikehendaki oleh bakal pembeli atau pelanggan
agar tidak mudah terlepas begitu sahaja
vi.
Bertanggungjawab
sepenuhnya pembelajaran diri mereka sendiri dan bukannya menunggu untuk diberi
latihan
vii.
Mencari jalan
penyelesaian yang terbaik bagi pelanggannya sebelum pelanggan beredar
meninggalkan dirinya
viii.
Elakkan prospek,
bakal pembeli atau pelanggan mengemukakan aduan dan komplen ke atas tugasan
mereka
ix.
Tidak sama
sekali menjadi satu-satu kegagalan sebagai satu alasan tapi sebagai satu
pengajaran paling berguna buat diri mereka
x.
Berusaha sebaik
mungkin untuk mengatasi pencapaian terbaik mereka setiap masa
xi.
Merasa tidak
puas dengan pencapaian yang telah dicapai dan dilakukan
xii.
Ramalan dan
jangkaan yang diberikan sentiasa tepat dan betul
xiii.
Sentiasa bersyukur
ke hadrat Allah atas segala yang telah dianugerahkan pada nya tanpa perlu
bersungut, merungut dan mudah merasa kecewa.
Jadilah pemimpin yang
sentiasa adil dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Jangan pilih kasih atas
seseorang kakitangan tim jualan. Lihat perangai dan kesungguhan mereka
melakukan tugasan. Perbaiki mana-mana kakitangan yang ada kekurangannya dan
beri dorongan serta semangat menaikkan lagi kesungguhan mereka dalam melakukan
tugasan. Kita manusia mereka juga manusia, kita ada perasaan mereka juga sama
jadi bertindak bijak, adil dan saksama agar tim jualan yang diamanahkan ini
bergerak dalam kecemerlangan dan kejayaan seperti mana yang diimpikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan