Lagi
ramai kita bertemu bakal pembeli atau pelanggan lakukan jualan itulah tindakan
terbaik bagi per banyakkan lagi kemungkinan peluang peroleh penutupan jualan.
Itulah realitinya tetapi seramai mana yang boleh dan mampu untuk memudahkan kita
bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan yang berkualiti tinggi untuk kita
kemukakan tawaran yang terbaik buat diri mereka? Inilah jalan yang harus kita
ketahui dengan lebih mendalam lagi. Adalah lebih baik dengan cara yang agak
mudah dan tidak perlu menunggu lama adalah hanya dengan meminta atau memohon
dari pelanggan atau siapa sahaja untuk membantu kita diperkenalkan kepada
teman-teman atau kenalan mereka.
Sebaik-baik
tindakan adalah dengan perkenalkan diri kita agar setiap referral yang diberikan
oleh mereka yang kita tanyakan memberikan seseorang yang nyata kewujudannya dan
berminat pula untuk mengetahui akan produk yang ditawarkan. Semuanya kena
bermula dari diri kita dahulu. Tindakan penting terlebih dahulu perlu dilakukan
adalah dengan menghilangkan perasaan takut dan malu untuk bertanya kepada
siapa juga yang kita temui. Tidak dinafikan pasti akan ada perasaan takut
mahupun malu apabila berhadapan dengan pelanggan bagi meminta di perkenalkan,
namun jika ia nya sudah menjadi satu tabiat asyik meminta untuk di perkenalkan
diri terlebih dahulu semuanya tidak menjadi masalah yang besar di kemudian
hari. Yang penting sentiasa yakin dan bersemangat untuk melakukannya.
Tidak
salah memohon bantuan seseorang, yang salahnya jika sampai bila-bila kita tidak
pergunakan sebarang peluang yang ada walaupun sedang berhadapan mata. Satu
kerugian yang perlu dielakkan sama sekali. Kita bukannya mencuri dan orang yang
kita tanyakan itu pula bukannya ada sebarang caj yang akan dikenakan kepada
kita. Selagi kita memohon secara berhemah, bersopan dan merendah diri secara
jujur dan bertoleransi sudah tentu mereka yang turut sama membantu diri
kita yang memerlukan. Jangan putus asa dan mudah kecewa kerana jika berlaku jua
hajat kita untuk orang perkenalkan diri kita kepada orang lain sudah pasti
tidak akan sampai ke mana pun jua.
Bagi
mendapatkan bantuan orang kepada kita, pastikan apa yang telah kita hulurkan
bantuan dan pertolongan kepada orang lain kita lakukan terlebih dahulu.
Hulurkan bantuan berikan pertolongan bahawa produk yang ditawarkan benar-benar
dapat memberi satu solusi atas masalah yang dihadapinya. Tiada siapa yang akan
menolaknya andai kata produk yang ditawarkan benar-benar dilihat mampu dan
boleh selesaikan masalah yang ditanggungnya selama ini. Hanya harga yang
mungkin menjadi halangan tapi kalau kelebihan dan keuntungan sememangnya mampu
boleh menyelesaikan masalah yang ditanggungnya selama ini mustahil penolakan
jualan boleh terjadi dan berlaku.
Kerana
itu bagi memenuhi idaman hati untuk mudah mendapatkan penutupan jualan tindakan
mendapatkan kesudian orang untuk perkenalkan kepada rakan taulan dan saudara
maranya secara terus berhadapan dengan diri mereka amat diperlukan. Tidak perlu
lagi menyaring dan menapis senarai-senarai referral yang ada tapi menjimatkan
masa dan tenaga tanpa temu janji boleh bertemu terus begitu sahaja. Bukankah
hebahan mulut merupakan hebahan yang cukup hebat impak dan sangat efektif dalam
jualan? Pergunakan dengan sebaik yang mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan