Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 4 Ogos 2013

Kad Raya




Teringat saya di tahun 70an dan 80an di mana setiap kali menjelangnya Ramadhan salah satu tugasan yang tidak dilupakan sehingga hari ini adalah penghantaran Kad Ucapan Aidil Fitri. Sememangnya agak melecehkan kerana terpaksa ke kedai yang berdekatan mencari kad-kad ucapan yang cantik dan menarik pada penglihatan mata termasuk kata-kata yang tertulis yang boleh menusuk jiwa bila membaca di dalamnya. Membeli setem dan menampalnya untuk dihantar ke destinasi tempat yang dimahukan untuk menghantarnya. Paling menjadi ingatan apabila setiap kad yang dihantar memerlukan balasan semula dari penerima kad raya tersebut. Seperti mana dalam pantun yang di nyatakan ‘Kad Raya Sudah diterima, Sudah dibaca Balas Semula’. Itulah nostalgia yang masih tidak dapat di lupakan sama sekali.

Walaupun kini telah pun memasuki zaman millenium dengan kemudahan menghantar e-card atau mesej sms dan e-mel sahaja namun penggunaan kad Raya masih lagi boleh dipraktikkan dan  dengan sebaik yang mungkin. Walaupun kini harga pengiriman setem telah dinaikkan kepada enam puluh sen tapi sebenarnya masih relevan lagi untuk dihantar kepada kenalan atau sahabat handai mahupun pelanggan-pelanggan sedia ada. Apa yang dimaksudkan masih relevan lagi adalah kerana

i.             Merapatkan lagi silaturahim terutamanya dengan para-para pelanggan setia kita

ii.           Penerimaan yang tidak disangka-sangka oleh penerima kad akan memberikan satu kesan baik tanpa kita dan mereka sedari

iii.          Boleh melakukan promosi  sama ada dengan mencetak reka bentuk kad raya khas dan/atau menyertakan sekali risalah yang berkaitan

iv.          Sekurang-kurangnya kita tahu siapa pelanggan sebenarnya kita

v.            Jangan harapkan balasan kad dari mereka tapi sentiasa harapkan agar mereka sentiasa mahu berurusan lagi dan lagi di masa hadapan

vi.          Selagi mereka terasa diingati sudah pasti ingatan mereka terhadap kita tidak akan mudah luntur sama sekali

vii.        Hebahan mulut daripada mereka kepada kenalan mereka amat kita perlukan sama sekali. 

viii.       Ada kalanya kad yang dihantar dijadikan satu hiasan dinding pula kepada mereka yang boleh kita pergunakan agar promosi berterusan mungkin tanpa kita sedari

ix.         Kos terlibat masih dikira cukup rendah dan berbaloi untuk melakukannya

x.           Masa yang diperuntukkan tidaklah terlalu lama bergantung kepada berapa ramai pelanggan yang ingin kita hantarkan kad tersebut.

Jangan berputus harap. Gunakan dengan sebaik yang mungkin agar kita boleh manfaatkan apa yang kita mahukan. Memang ada keluar modal sedikit tapi cukup berbaloi dan menyeronokkan kalau perkara sebegini dapat dilakukan. Kena pandai ambil kesempatan dengan kehadiran Aidil Fitri yang tidak lama lagi akan kita sambut. Dahlah nak dapatkan pelanggan cukup susah kita peroleh takkan pelanggan yang sedia ada pun begitu mudah pula untuk kita lepaskan. Berikan sebaik yang mungkin agar keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap kita semakin utuh dan kuat sampai bila-bila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan