Tidak dinafikan sesiapapun boleh menjual tidak kira peringkat umur mahupun
latar belakang pendidikannya. Asalkan ada minat walaupun terpaksa sememangnya
boleh dilakukan. Walaupun begitu mesti ada beberapa perkara asas dalam
memastikan seseorang itu boleh berjaya dalam melakukan jualan. Umpama seseorang
yang ingin memandu kereta, mesti ada pengetahuan asas dahulu sebelum boleh
memandu. Tanpa adanya perkara-perkara asas tentu sukar sama sekali untuk
mengendalikannya.
Begitulah perkara-perkara yang berlaku dalam menjual, mesti ada
perkara-perkara asas yang boleh mendorong seseorang bagi mencapai kejayaan
dalam melakukannya. Setakat minat dan suka-suka sahaja belum tentu boleh
menjamin kejayaannya. Perkara-perkara asas yang dimaksudkan ini adalah
i.
Menceburi bidang ini adakah ia nya sesuatu
yang menguntungkan?
Kita
tentukan sendiri tanpa paksaan dan tekanan. Adakah bidang jualan ini boleh
menjamin kesenangan dan kemewahan seperti mana yang diharapkan? Timbang cara
dan fikirkan betul-betul adakah bidang ini mampu menampung kehidupan diri dan
keluarga kita. Jangan terlalu terpengaruh dengan apa yang orang lain perkatakan
kerana segala onak duri, cabaran, dugaan, masalah dan kesenangan melakukannya
adalah terletak pada diri kita sendiri jua. Mampu kah kita menghadapi
kesemuanya ini? Tepuk dada tanyalah selera. Kalau ia nya menguntungkan kenapa
perlu berfikir lagi? Teruskan sahaja pasti kejayaan yang diingini menjelma juga
akhirnya.
ii.
Pertahankan apakah yang memberikan tindakan
dan pulangan terbaik untuk dikekalkan sentiasa
Telah
dicuba dan dilakukan membuahkan hasil yang terbaik malah tidak menyangka sama
sekali boleh peroleh di luar jangkaan kita. Lakukan tindakan kejayaan ini
walaupun berulang kali sehingga menjadi seorang yang mahir dan pakar. Kekalkan
dan jangan sama sekali berpatah balik kembali kepada asal yang pastinya tidak
diketahui keberkesanannya pula. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke
pangkal lengan.
iii. Capai apa yang
kita mahukan bukan apa yang ditetapkan
Berusaha
dengan kreativiti yang ada dan termampu. Menguasai dunia jualan berdasarkan
kemahuan untuk berjaya dengan lebih cemerlang dan gemilang lagi. Melakukan
jualan bukan setakat disuruh, dituntut atau ditetapkan tetapi tindakan
melakukannya kena lebih dari itu. Kepuasan melakukan jualan pasti diperoleh
andai kata penutupan jualan, membantu seramai yang mampu dan mendapat
pendapatan dari luar jangkaan mampu dilakukan dengan baik dan sempurna asalkan tetap
merasakan yakin dengan apa yang dilakukan.
iv. Fahami strategi
yang memberikan keberkesanan dalam menjual
Apa yang
hendak dilakukan dan bagaimana untuk bertindak telah diketahui dengan berkesannya.
Bagaimana cara dan kaedah terbaik mendapatkan penutupan jualan boleh dilakukan dengan
berkesan melalui pengalaman yang dilalui. Cuma penambah baiki sahaja yang mampu
memperelok kan lagi tindakan yang telah dilakukan agar bertambah tertambat lagi
hati bakal pembeli atau pelanggan yang berada di hadapan. Beri kefahaman dan keyakinan
terhadap mereka agar menerima dengan hati yang terbuka.
v.
Berkeinginan untuk memajukan setiap hari
Tidak memandang
ke belakang lagi meneruskan usaha secara bersungguh-sungguh. Jangan mudah terpedaya
pada apa yang orang lain perkatakan tapi digunakan segala pengalaman yang telah
dilalui. Merasa kekurangan masih segar untuk mendapatkan ilmu di mana sahaja asalkan
ilmu yang dipelajari boleh dimanfaatkan demi kemajuan karier dan tugasan. Apa yang
penting bagaimana menggunakan sumber yang ada demi menaikkan lagi prestasi dan kepuasan
dalam melakukan jualan.
Jangan sesekali merasa sukar dan memayahkan kerana ia nya boleh
mempengaruhi pemikiran sama ada kita mahu atau tidak untuk meneruskan bidang
ini. Anggaplah sebagai satu cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh. Tiada jalan
mudah untuk berjaya melainkan Manjadda Wajada siapa berusaha pasti akan
berjaya. Teruskan sahaja perjuangan yang ada agar segala ganjaran dan perolehan
dapat dinikmati seperti mana yang dimahukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan