Ingat
kah lagi pada Thomas Edison yang telah mencipta lampu mentol bagi kegunaan kita
semua sehingga ke hari ini. Sebelum terciptanya mentol tersebut beliau telah mencuba
sehingga 1,000 kali terlebih dahulu sebelum kejayaan boleh di capai. Lihat pula
bagaimana JK Rowling penulis terhebat novel bersiri Harry Potter di mana pada
peringkat awal penerbitan bukunya telah ditolak oleh 12 syarikat penerbitan
buku yang mana pada akhirnya telah diterima oleh Bloomsbury Publishing.
Lihatlah
pula bagaimana pemain-pemain Golf profesional seperti Jack Nickalus, Greg
Norman dan Tiger Woods akan berlatih memukul setiap hari sebanyak paling kurang
pun sebanyak 1,000 pukulan bagi memperkemaskan lagi pukulan mereka. Kejayaan
bukanlah mengira apa status anda sama ada anda seorang yang telah berjaya
mencapai kejayaan, menempa nama yang hebat atau telah cukup di kenali ramai.
Semuanya kena ada pendirian, keras hati dan sanggup untuk melakukannya. Inilah
yang dinamakan sebagai satu disiplin diri.
Mengikut
pengertian yang mudah faham, disiplin diri adalah sama ada suka ataupun tidak
kena dan terpaksa lakukan. Biarlah dalam apa keadaan atau situasi kena tempuhi
juga. Di paksa atau rela hati, kemahuan untuk melakukan kena ada biarlah terdapat
pelbagai rintangan, dugaan, cabaran, dugaan atau masalah yang menimpa. Disiplin
adalah satu tanggungjawab dalam melakukan sesuatu. Tabiat melakukan itu adalah
sebagai satu alat untuk mencapai kejayaan. Disiplin adalah seperti sebuah
jambatan penghubung antara matlamat dan penyudah tindakan.
Firman Allah bermaksud ‘Katakanlah (Wahai Muhammad):
"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah
mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani’ (Surah Ali-Imran Ayat 31). Inilah disiplin utama yang perlu kita lakukan dengan
sebaik yang mungkin tanpa adanya rasa ragu-ragu dan syak wasangka. Sebagai seorang
Muslim mendisiplinkan diri melakukan ke arah apa yang dituntut dan meninggalkan
apa yang dilarang perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Tiada alasan untuk
tidak melakukannya sama sekali.
Begitulah
pentingnya disiplin dalam kehidupan mahupun dalam pekerjaan. Tanpa adanya
disiplin diri sudah pasti diri tidak ke mana dan kemajuan karier pasti tersekat
hanya kerana kelemahan diri yang tiada disiplinnya sama sekali. Bagi mengujudkan
disiplin seperti mana yang dikehendaki disarankan untuk berbuat seperti berikut
i.
Per banyakkan solat dan membaca Al-Quran bagi memenangkan
jiwa dan raga kita
ii.
Per banyakkan berdoa kerana Allah sebaik-baik penolong
yang akan membantu mengabulkan segala permintaan
iii.
Banyakkan bersabar, tenang, cekal dan tabah
iv.
Menjadikan disiplin sebagai satu tabiat yang perlu dan
mesti dilakukan
v.
Berkawan dengan mereka-mereka yang berdisiplin tinggi
dalam tugasan
vi.
Elakkan perkara-perkara negatif yang boleh terpengaruh
seperti malas, suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain,
mengemukakan alasan dan pelbagai lagi
vii.
Jangan malu untuk perbetulkan diri lagi walaupun ada
kawan-kawan yang akan mengutuk tindakan perubahan kita
Berdisiplinlah
agar kita lebih terkawal per gerakkan kita melakukan tugasan. Banyak dah orang
perkatakan bahawa disiplin adalah segala-galanya untuk mencapai kejayaan. Tanpa
disiplin bagaimana untuk tentukan kejayaan yang dimahukan. Bentuklah diri agar disiplin
dapat diserapkan tidak kira dalam apa juga keadaan sekalipun. Yang nak capai
kejayaan pun kita sendiri, bukannya orang lain pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan