Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 20 Ogos 2013

ADA SEBAB MEREKA MENERIMANYA




Bakal pembeli atau pelanggan adalah sasaran utama dalam mendapatkan penutupan jualan. Penawaran yang terbaik pasti mampu menghasilkan pendapatan dan perolehan yang terbaik juga hanya kerana persetujuan mereka menerima tawaran. Sememangnya orang-orang yang menjual pasti dan mesti bergantung harapan kepada mereka untuk menerima tawaran yang di kemukakan. Tanpa mereka siapalah kita sebagai seorang penjual.

Apa juga keadaan atau situasi ekonomi berlaku, terdapat tiga sebab utama kenapa mereka membeli dan menerima tawaran yang di kemukakan. Kebiasaannya mereka akan membeli dengan mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku ke atas mereka iaitu sama ada

i.             Kehidupan boleh ditukarkan dengan yang lebih baik lagi

ii.           Selesaikan masalah yang mereka tanggung selama ini

iii.          Mengurangkan beban atau kesakitan yang mereka bebani selama ini.

Nak mengetahui apa yang mereka mahukan dan carikan selama ini per banyakkan pertanyaan. Jangan main serkap jarang nati sampai ke sudah masih tak apa sebenarnya yang mereka mahu dan carikan selama ini. Elakkan mudah melakukan andaian kerana andaian adalah apa yang kita agak-agak sahaja dan bukannya satu realiti pada mereka. Ambil tindakan berhati-hati agar produk yang ditawarkan benar-benar boleh dan mampu untuk selesaikan apa juga permasalahan yang mereka tanggung selama ini.

Inilah satu solusi yang perlu kita kenal pasti kenapa mereka menerima tawaran yang dikemukakan. Apa yang berlaku semuanya hanyalah kerana kepentingan peribadi mereka dapat dipenuhi atau tidak oleh tindakan dari kita. Kerana itu dalam melakukan jualan keadaan risau sememangnya wujud pada diri kita kerana tidak semena-mena kita akan lebih terarah mengambil tindakan yang lebih berhati-hati dan mengharap agar segala usaha kita pada akhirnya akan tercapai juga kesudahannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan