Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 31 Ogos 2013

BEBASKAN DARI DI JAJAH




Merdeka muncul lagi. Memperingati 31hb Ogos tarikh keramat bagi rakyat Malaysia mengenangkan bagaimana negara kita telah bebas dari dijajah oleh pihak British. Perjuangan membebaskan kuasa besar dilakukan dengan sebaik yang mungkin sehingga kini dikenang sampai bila-bila. Sememangnya tarikh 31hb Ogos merupakan satu tarikh keramat yang perlu diingati oleh semua lapis masyarakat betapa bukan satu tugas mudah dan senang untuk melakukannya. Di mana ada kemahuan pasti di situ ada jalannya.

Merdeka bermakna bebas dari segala cengkaman tanpa dikongkong oleh sesiapapun juga. Bebas untuk melakukannya tanpa perlu ditentukan apa yang perlu dilakukan mengikut apa yang bersesuaian dengan kita. Inilah yang perlu dilakukan oleh kita dalam kita melakukan jualan. Bebas kah kita selama ini dari dijajah dalam pemikiran kita sendiri sehinggakan untuk melakukan jualan pun masih terasa sukar dan susah selama ini? Masih adakah lagi kah unsur-unsur negatif berada dalam diri kita dari dijajah lagi sehinggakan untuk melakukannya masih payah sungguh melakukannya.

Mungkin perkara-perkara berikut kita merasakan tiada lagi kebebasan untuk melakukan jualan apabila

i.             Terasa sangat takutnya untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui. Seolah-olah ada sahaja batu penghalangnya merasa seram sejuk dan gementar yang amat sangat.

ii.           Terasa amat kerdil diri kita menganggap semua yang ditemui lebih pandai, tahu, hebat, memahami dan terror lagi dari kita.

iii.          Tiada perubahan langsung untuk memajukan diri setingkat demi setingkat lagi. Hanya memadai melakukannya dengan kebiasaan sahaja. Sebagai contoh mungkin hanya memadai membuat temu janji setakat 2 orang sahaja sehari dikira sudah memadai yang sepatutnya boleh dipertingkatkan lagi kepada 4 atau 5 orang pula.

iv.          Mudah merasa puas sekadar melakukan jualan hanya pada satu produk tanpa melakukan jualan berulang atau jualan bersilang.

v.            Sentiasa beralah walaupun peluang yang ada di hadapan mata tidak sama sekali dipergunakan dengan sebaik yang mungkin.

vi.          Memadai dengan apa yang ada tanpa menggunakan segala kreativiti yang sepatutnya bagi memperoleh penutupan jualan dapat ditambah lagi.

Bebaskanlah apa yang membelenggu diri kita selama ini. Jangan terlalu dibiarkan. Belajar membina jati diri, ideologi dan pegangan yang kuat untuk mencari peluang dan oportuniti membina kejayaan dalam melakukan jualan. Selagi ada kongkongan dan sekatan dalam diri kita sendiri selagi itulah kejayaan yang diidamkan tidak akan mudah untuk dicapai. Bertindaklah sekarang per tingkat kan lagi demi karier dan periuk nasi kita mengambil kesempatan dengan kehadiran hari Merdeka pada hari ini. Tiada siapa pun yang boleh mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri juga. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56. Merdeka.

Read more >>

Jumaat, 30 Ogos 2013

DARI KISAH NABI ADAM A.S




Mengambil iktibar dan pengajaran apa yang berlaku ketika Nabi Adam yang telah di jatuhi hukuman oleh Allah untuk turun ke bumi. Kisah menjadikan sebagai seorang manusia pertama dimuka bumi ini yang didapati bersalah yang akhirnya telah bertukar menjadi seorang manusia atau insan yang dimuliakan semula oleh Allah SWT. Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengampun, buat jahat macamana sekalipun hanya sekali sahaja kita bertaubat sebelum roh sampai ke halkum insyaAllah akan diterima juga taubat tersebut kerana Allah amat menyayangi akan hamba-hambanya yang suka melakukan kebaikan dan sedar untuk kembali semula ke jalan Nya. 

Sememangnya manusia tidak pernah dan sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Sama ada besar ataupun kecil pasti ada kerana manusia yang dijadikan Allah tidaklah sesempurna sepertimana yang diketahui. Allah telah berikan pada kita satu kisah bagaimana Nabi Adam yang diwujudkan dahulu telah melakukan kesalahan hanya dengan memakan buah yang dilarang dalam syurga. Nabi Allah Adam telah dihukum dan diturunkan ke muka bumi ini dipisahkan dengan isteri kesayangannya ditempat yang lain pula. Nabi Adam akur dengan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan dan telah merubah dirinya tidak berhenti-henti memohon kemaafan terhadap Allah sehinggakan pada akhirnya Allah telah memuliakan semula Nabi Adam ketempat yang sepatutnya.

Terdapat 5 tindakan yang Nabi Allah Adam lakukan sehingga Allah menerima taubatnya dan dimuliakan semula yang patut kita lakukan demi mencapai kemuliaan bukan sahaja di muka bumi ini tetapi juga bila berhadapan dengan Allah SWT nanti. Tindakan Nabi Adam amat relevan dengan tanggungjawab kita yang melakukan jualan semoga kita juga turut sama diterima amalan kita bukan sahaja didunia tapi juga diakhirat sama. Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Nabi Adam ini adalah

i.             Takut
Takut kepada Allah bukan pada yang lain. Inilah yang perlu kita lakukan dalam jualan. Takut pada hukuman Allah hanya kerana kita sanggup menipu dan permainkan orang lain bagi memastikan penutupan jualan boleh dan mudah diperoleh. Apa yang dilakukan semuanya dihalalkan walaupun perkara yang dilakukan bercanggah dengan jalan Allah. Kerana itu kena ada perasaan takut pada Allah disertai dengan tindakan yang jujur dan amanah pada siapapun juga kita menjual.

ii.           Tidak mengulangi
Nabi Adam as tidak berhenti-henti menyesali perbuatan yang dilakukan semasa di syurga. Kerap menangis dan berdukacita akan apa yang pernah beliau lakukan. Memohon keampunan dari Allah tidak berhenti-henti walaupun sedetik. Begitulah juga dengan kita, andai kata telah diketahui telah melakukan kesalahan dan kesilapan jangan sama sekali diulangi. Mohon kemaafan pada Allah dan pelanggan yang telah kita lakukan penipuan dan pembohongan keatasnya. Berjanji dengan bersungguh-sungguh agar tidak diulangi lagi di masa hadapan dan akan datang. Biarlah malu di dunia ini dari kita menanggung malu di akhirat kelak.

iii.          Lakukan dengan bersungguh-sungguh
Tidak mengenal erti putus asa dan kecewa, Nabi Adam terus memohon keampunannya kepada Allah tidak henti-henti tidak kira waktu siang ataupun malam. Walaupun dalam keadaan bersedih hati disebabkan hukuman yang diterima namun Nabi Adam tetap terus melakukan memohon keampunan  Nya dan rahmat dari Allah. Inilah juga yang perlu kita lakukan ketika dalam melakukan jualan, kena ada semangat untuk bersungguh-sungguh melakukannya bukan main separuh jalan sekejap bersemangat sekejap lagi layu pula. Elakkan ia sama sekali. Nak buat jualan buat bersungguh-sungguh seolah-olah kita seorang sahaja yang melakukan jualan dalam dunia ini. Bila diberikan masa gunakan sebaik yang mungkin apabila berehat supaya bila mula melakukan tugasan semula tetap bersemangat untuk melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan kegigihan yang ada.

iv.          Budaya ilmu diutamakan
Walaupun Nabi Allah di hukum namun Allah sentiasa mencurahkan ilmu pengetahuan kepadanya. Semua pergerakan, kehidupan dan amalan kehidupan di dunia telah pun diajar secara baik oleh Allah. Begitulah kita dalam menjalani tugasan dalam jualan, pencarian ilmu kena dilakukan. Jangan mudah berputus asa mencari ilmu kerana ilmu tidak akan datang bergolek ke arah kita. Nak lakukan apa juga bidang yang diceburi dan diminati perlukan ilmu. Tanpa ilmu sampai bila pun kita tidak akan ke mana.

v.            Jangan ada takabur dan riak
Hanya dengan merendah diri sahaja Nabi Adam memohon pada Allah dan jangan jadi seperti iblis yang tetap angkuh dan sombong sampai bila-bila merasakan apa yang ada pada dirinya adalah yang terbaik pernah dicipta oleh Allah. Pilihan di tangan kita sama ada mahu menjadi seperti apa yang telah dilakukan oleh Nabi Adam atau Iblis. Fikirlah dengan sebaik-baiknya.

Terlalu banyak pengajaran dan iktibarnya yang boleh kita jadikan pengajaran paling berguna buat kehidupan dan tugasan kerja di dunia ini. Sentiasa beringat mati itu sekali sahaja tapi hidup ini sebanyak dua kali. Buatlah sebaik yang mungkin dan jangan sama sekali diabaikan sama terutama sekali tentang amanah dan tanggungjawab kita sebagai seorang manusia kepada Allah dan manusia yang berada di sekeliling kita. Lakukan yang terbaik agar apa juga yang kita lakukan diberkati dan dirahmati sentiasa.


Read more >>

Khamis, 29 Ogos 2013

SUKARNYA UNTUK MENERIMA



Tiada siapa pun yang ingin kesukaran dan kepayahan dalam melakukan jualan. Semuanya kalau boleh nak yang senang-senang sahaja. Lagi mudah lagi bagus asalkan tidak memeningkan atau berserabutnya kepala itu sudah mencukupi dan memadai. Memang manusia dijadikan untuk tidak mudah menghadapi setiap masalah yang timbul dan berlaku. Mahu tidak mahu, suka ataupun tidak kena hadapi juga dengan hati dan perasaan yang terbuka.

Jualan akan menjadi lebih sukar, payah dan tidak memudahkan sama sekali andai kata kita tidak mengetahui apa yang bakal pembeli atau pelanggan mahu dan cari selama ini. Kena tahu  dan ambil berat apa yang bakal pembeli atau pelanggan hadapi masalah yang ditanggungnya selama ini. Antara yang menjadi halangan dan kesukaran buat bakal pembeli atau pelanggan adalah

i.             Belanjawan mereka yang lebih ketat
Kedudukan kewangan seseorang akan menjadi masalah utama dan penentu buat seseorang. Masa kan seseorang boleh hidup berlebih-lebihan andai kata terlalu mudah berbelanja tidak tentu hala dan fasal. Semuanya mesti ditentukan dengan sebaik yang termampu agar di hujung bulan nanti tidak kering kontang dibuatnya pula. Kerana itu setiap bakal pembeli atau pelanggan sudah pasti menjadikan kewangan sebagai masalah utama buat diri mereka sendiri tidak kita mereka itu hidup senang ataupun susah.

ii.           Masa yang ada pada mereka terlalu terhad
Mereka juga seperti mereka. Ada masanya mereka terlalu sibuk sehinggakan tidak mahu diganggu oleh sesiapa. Masing-masing ada masa yang telah diperuntukkan dalam diri mereka masing-masing. Pengurusan masa mengikut keperluan dan kemahuan diri mereka. Jangan terlalu difikirkan masa sibuk kita sahaja tapi mengambil tahu masa sibuk mereka. Kerana itu apabila terdapat masa untuk bertemu dengan mereka fikirkan tentang betapa terhadnya masa mereka untuk bersama dengan kita. Pergunakan dengan sebaik yang termampu tanpa adanya wujud pembaziran masa yang berlaku dan terjadi.

iii.          Terlalu banyak pilihan di pasaran yang ada
Walaupun persaingan itu sihat tapi kadang-kadang sesak nafas juga dibuatnya pada kita. Apa tidaknya bakal pembeli atau pelanggan mempunyai pelbagai pilihan dan opsyen untuk mereka pilih mengikut apa yang bersesuaian dengan mereka. Tiada siapa boleh melarangnya apa tah lagi mereka bebas sebebasnya untuk membuat keputusan. Siapa yang terbaik dengan tawaran yang mengagumkan  sudah pasti menjadi pemenangnya.

Itulah kekangan yang dihadapi oleh setiap bakal pembeli atau pelanggan yang mahu kita lakukan tawaran ke atas produk yang kita tawarkan kepada mereka. Mesti ada jalan penyelesaian atau solusi bagaimana untuk memberikan satu jawapan kepada permasalahan yang mereka tanggung selama ini. Tidak lain dan tidak bukan dalam menangani permasalahan ini jawapannya adalah satu sahaja iaitu dapatkan dan tarik perhatian mereka. Itulah tindakan sewajarnya dari kita.
Read more >>

Rabu, 28 Ogos 2013

PILIH KASIH




Musim bola meriah semula dengan semua liga-liga utama di Eropah telah bermula. Tidak dinafikan lagi tumpuan macam mana pun lebih terarah kepada Liga Perdana Bola sepak England. Masing-masing akan mengaku menjadi peminat setia kepada satu-satu kelab yang digemari dan disokong tanpa berbelah bagi. Majoriti penduduk di Malaysia amat menyokong kelab-kelab seperti Mancester United, Liverpool, Arsenal, Manchester City, Chelsea atau sebagainya. Kerana sokongan yang diberikan menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi sehingga ada yang sanggup memakai dan menyarung baju kelab yang diminatinya, meletakkan pelekat lambang kelab pada cermin kereta, memakai topi kelab kesukaan dan pelbagai ragam lagi asalkan orang yang melihatnya mengetahui bahawa mereka adalah peminat setia pada kelab yang disokongnya. 

Apabila menang apatah lagi kalau menjadi juara bukan main di sembang kan seolah-olah kelab yang ditewaskan tiada kehandalannya langsung. Tidak setara hebatnya untuk melawan dan menentang kelab yang dipuja-puja dan dipuji-puji. Mudah memandang rendah keupayaan kelab lain. Kalau menang itu dikira handal dan tiada istilah menang nasib. Tapi apabila kalah sahaja kelab yang disokongnya sudah pasti akan memberi jawapannya tidak mengapa, belum ada rezeki walaupun dah mencuba, bagi peluang pada kelab lain pula, mereka dah bermain bersungguh-sungguh tapi nasib tidak menyebelahi mereka dan pelbagai alasan dan ulasan yang diberikan oleh fanatik dan ekstremis peminat kelab tersebut.

Inilah yang ingin saya kaitkan dalam melakukan jualan, ini yang merisaukan andai kata amalan sebegini kita lakukan. Kita terlalu memilih pelanggan mungkin atas dasar dan status kekayaan, kedudukan atau keadaan diri seseorang. Kita merupakan seorang yang pilih kasih dan pilih bulu. Kita layan orang yang kita suka dan yang kita gemarkan sahaja seolah-olah bakal pembeli atau pelanggan tersebut bagaikan seorang VIP yang amat sangat. Manakala orang yang tidak digemari antara hendak tak hendak sahaja kita melayannya. Seolah-olah ada jurang dan ruang pula yang berlaku apabila kita melakukan jualan pada seseorang.

Sedangkan Rasulullah SAW, seorang pemimpin negara dan agama tidak mengira siapa pun yang ditemuinya sanggup melayannya siapa pun juga tanpa mengira darjat, kedudukan dan pangkat. Inilah contoh dan teladan yang perlu dijadikan satu iktibar dan pengajaran yang perlu kita lakukan dan serapkan dalam melakukan jualan. Jangan pilih bulu pada siapa pun juga asalkan seseorang bakal pembeli atau pelanggan yang disasarkan layanlah dengan sebaik yang mungkin. Kita orang yang menjual sebenarnya kita lah orang yang memerlukan mereka dan mereka sama sekali belum lagi hendak memerlukan kita lagi walaupun disedari produk yang ditawarkan terhangat di pasaran.

Layanlah dengan sepenuh hati dan berikan yang terbaik pada siapa pun yang kita temui. Jangan ada rasa mudah pilih kasih atas siapa pun kita tawarkan produk yang hendak kita berikan. Sekali kita pilih kasih pada orang-orang tertentu apabila orang lain ketahui sudah pasti kehadiran kita sama sekali tidak dilayan sama sekali. Berhati-hati dan ambil sikap yang terbuka agar dengan siapa sekalipun kita layan sama adil saksama tiada berat sebelah dalam memberikan layanan dan  mereka yang kita temui pasti merasa puas dengan apa yang telah kita berikan kepada mereka.


Read more >>