Setiap kali kedatangan tahun baru pasti membuatkan kita
akan lebih melakukan satu keazaman yang baru setiap kali awal tahun. Berbaloi
kah dengan keazaman yang baru sedang kan azam kita yang lama tah tertunai ke
tidak lagi. Dalam melakukan jualan
mempunyai satu azam yang kuat amat diperlukan bagi memastikan bukan setakat
segala sasaran yang diberikan dapat dicapai dan di perolehi tetapi juga impian
dan harapan dalam diri kita juga amat dimahukan juga tercapai bagi mendorong
apa yang kita mahukan dan kehendaki dicapai juga.
Daripada kamus Dewan DBP perkataan azam membawa maksud
kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg
sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan
~nya hendak menambah penghasilan sawah;
berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat
(utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan
pembangunan;
mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai
cita-cita yg diazamkan;
keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana
Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara.
Dari sini dapat disimpulkan bahawa azam adalah berkait rapat dengan cita-cita, kecekalan, semangat, ketabahan yang mendalam, ketentuan diri
sendiri yang lebih meyakinkan bagi masa depan sendiri di samping mencapai
kebahagiaan dan keceriaan dalam kehidupan.
Menurut Marti Hope
Gouzales dari Universiti Minnesota Amerika Syarikat mengatakan bahawa 80% azam yang dibentuk dan dimahukan pada
setiap awal tahun baru akan menemui kegagalan tidak sampai pun sehingga
Disember hujung tahun tetapi hanya setakat bulan Mac atau April sahaja sudah
terkulai dan terbantut begitu sahaja. Kenapa hanya menjadi hangat-hangat
tahi ayam sahaja? Tiada kesungguhan? Sudah berpuas hati dengan apa yang kita
kecapi selama ini atau hanya suka-suka sahaja hanya kerana mengikuti cara
kawan-kawan yang lain juga sibuk memberikan keazaman juga sehingga mempengaruhi
diri kita?
Berazam amat diperlukan kerana dengan azam akan mendorong
diri kita melakukan tugasan dan pekerjaan dengan lebih fokus dan bersungguh
lagi tanpa merasa ragu dan susah hati. Dengan azam kita akan lebih tahu dan pemangkin
kepada menaikkan semangat kita melakukannya agar segala keazaman diri akan
lebih tercapai dan mudah terlaksana mengikut acuan dan resipi yang telah kita
tetapkan dari awal lagi. Sememangnya ada halangan, cabaran dan dugaan yang
bakal dilalui dan ditempuhi, tetapi kalau semangat dan kecekalan hati dapat
dibina asalkan kita berazam kuat sudah pasti ia nya akan tercapai juga.
Bagi memastikan apa yang kita azamkan nanti bakal kita
capai dan perolehi nanti, perkara-perkara berikut perlu kita lakukan iaitu
i.
Niat kerana Allah SWT
Nak buat apa pun mesti kerana Allah SWT dan bukannya
kepada yang lain. Buatlah supaya apa
juga keazaman kita diberkati oleh Allah SWT. Tidak yang mengarut apatah lagi
untuk aniaya orang lain. bila dah berkat semuanya akan berjalan dengan lancar
dan Allah pasti akan permudahkan apa yang kita niatkan dan lakukan demi
memastikan apa yang kita azamkan pasti akan kita perolehi nanti di hujung waktu
nanti.
ii.
Jadikan sebagai satu ibadah
Selagi ia nya tidak bercanggah dengan apa yang dituntut
dan disuruh oleh Allah SWT pasti ia menjadi bekalan sebagai satu ibadah bukan
sahaja di dunia sahaja tetapi di akhirat sekali. Bukan setakat solat dan puasa
sahaja sebagai satu ibadah tetapi menjadikan juga pekerjaan yang kita lakukan
sebagai satu ibadah yang perlu kita semai dan buat setiap masa.
iii.
Bukan kepentingan peribadi
Bantulah seramai yang boleh dalam azam diri kita apabila
menawarkan produk yang kita tawarkan kepada orang ramai. Apabila kita tunjukkan
yang produk kita mampu memberikan jalan penyelesaian yang terbaik kepada mereka
apabila menggunakan produk yang ditawarkan bukan sahaja pendapatan yang
berterusan yang mampu kita perolehi tetapi juga keberkatan dan pahala ganjaran
dari Allah SWT juga menjadi imbuhan untuk kita sama sekali.
iv.
Jangan cepat putus asa dan kecewa
Apabila melakukan jualan berazam juga agak kita jangan
sama sekali mudah terkulai dan terbantut hanya disebabkan tiada kekukuhan
pendirian dalam diri kita sendiri. Elakkan dari cepat merasa putus asa dan
kecewa yang bukan-bukan walaupun sebesar mana pun masalah, dugaan dan cabaran
yang mendatang. Kuatkan semangat dan kemahuan agar apa yang berlaku dan terjadi
sudah pasti boleh ditempuhi dengan tenang dan bersabar sentiasa.
v.
Elak tinggi diri dan ego
Jangan berlagak, ego dan tinggi diri kelak akan memakan
diri. Berazam kalau ada perkara negatif ini sudah pasti akan membunuh semula
diri kita. Kita mudah lupa dan alpa dengan apa yang sebenarnya kita azamkan
terlebih dahulu. Biarlah kita hidup dengan merendah diri dan bersopan santun asalkan
tiada siapa pun boleh kita sakiti hatinya apa tah lagi kita disakiti. Berhemah
sentiasa terutama dalam melakukan jualan dengan sebaik yang mungkin.
vi.
Realistik
Jangan main berazam sahaja tetapi ia perlu dilakukan
secara lebih realistik dan logik akal supaya lebih mudah dicapai dan di
perolehi. Ditakuti nanti apabila terlalu besar walaupun dirasakan cukup hebat
keazaman tersebut akhirnya terkulai begitu sahaja hanya disebabkan kesukaran
pula dirasakan pula sebaliknya. Nyatakan secara ikhlas dan berkemampuan agar
setiap azam yang diazamkan tidak terbantut dan terkulai di tengah jalan sahaja.
vii.
Boleh diukur
Sebaik-baiknya biarlah ada faktanya dan bukan sama sekali
khayalan semata-mata. Perlu dilakukan dengan azam yang mudah diukur agar boleh
diketahui sejauh mana kejayaan yang telah berjaya di perolehi dan dinikmati.
Berapa banyak lagi yang perlu diusahakan supaya apa yang telah kita azamkan
boleh di perolehi seperti mana yang kita kehendaki.
viii.
Perlu secara lengkap dan perincian
Perincian amat diperlukan agar kita lebih memahami
keazaman kita. Apa tindakan yang perlu dan seterusnya kita lakukan agar kita
tidak goyang sama sekali apabila dan masalah atau musibah yang mendatang.
ix.
Maklumkan kepada orang lain
Memang sukar nak maklumkan kepada orang lain tetapi kalau
dapat maklumkan kepada orang lain tidak kiralah pasangan kita, rakan sekerja
kita ataupun sahabat handai itu adalah tanda paling baik. Ini adalah kerana
apabila seseorang telah ketahui apa azam kita andai kata kita masih gagal untuk
perolehi keazaman kita paling tidaknya masih ada orang yang sanggup untuk
menegur dan peringat kan semula tentang azam kita di awal tahun ini. Ingat
mengingati bukankah satu amalan mulia yang dituntut dalam Islam?
Lakukan sebaik mungkin agar azam tahun baru kita ini
selari dengan tugasan kita melakukan jualan seperti mana yang dikehendaki.
Tidak perlu merasa malu dan segan andai kata azam di tahun-tahun sebelumnya
sudah terbengkalai ataupun asyik azam yang sama sahaja setiap tahun. Mulakan
satu tindakan yang baru supaya kita lebih bersungguh untuk melakukannya dengan
seribu langkah yang positif untuk mencapainya. Ingat sentiasa Allah yang pasti
akan sentiasa membantu dan menolong hambanya yang benar-benar telus dan suci
hati untuk melakukannya asalkan ia tidak bercanggah sama sekali dengan Islam.
Semoga berjaya.