Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 31 Disember 2011

BERAZAM UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN


Setiap kali kedatangan tahun baru pasti membuatkan kita akan lebih melakukan satu keazaman yang baru setiap kali awal tahun. Berbaloi kah dengan keazaman yang baru sedang kan azam kita yang lama tah tertunai ke tidak lagi.  Dalam melakukan jualan mempunyai satu azam yang kuat amat diperlukan bagi memastikan bukan setakat segala sasaran yang diberikan dapat dicapai dan di perolehi tetapi juga impian dan harapan dalam diri kita juga amat dimahukan juga tercapai bagi mendorong apa yang kita mahukan dan kehendaki dicapai juga.

Daripada kamus Dewan DBP perkataan azam membawa maksud 

kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;
                               
berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat (utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;
               
mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan;

keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara.

Dari sini dapat disimpulkan bahawa azam adalah berkait rapat dengan cita-cita, kecekalan, semangat, ketabahan yang mendalam, ketentuan diri sendiri yang lebih meyakinkan bagi masa depan sendiri di samping mencapai kebahagiaan dan keceriaan dalam kehidupan.

Menurut Marti Hope Gouzales dari Universiti Minnesota Amerika Syarikat mengatakan bahawa 80% azam yang dibentuk dan dimahukan pada setiap awal tahun baru akan menemui kegagalan tidak sampai pun sehingga Disember hujung tahun tetapi hanya setakat bulan Mac atau April sahaja sudah terkulai dan terbantut begitu sahaja. Kenapa hanya menjadi hangat-hangat tahi ayam sahaja? Tiada kesungguhan? Sudah berpuas hati dengan apa yang kita kecapi selama ini atau hanya suka-suka sahaja hanya kerana mengikuti cara kawan-kawan yang lain juga sibuk memberikan keazaman juga sehingga mempengaruhi diri kita?

Berazam amat diperlukan kerana dengan azam akan mendorong diri kita melakukan tugasan dan pekerjaan dengan lebih fokus dan bersungguh lagi tanpa merasa ragu dan susah hati. Dengan azam kita akan lebih tahu dan pemangkin kepada menaikkan semangat kita melakukannya agar segala keazaman diri akan lebih tercapai dan mudah terlaksana mengikut acuan dan resipi yang telah kita tetapkan dari awal lagi. Sememangnya ada halangan, cabaran dan dugaan yang bakal dilalui dan ditempuhi, tetapi kalau semangat dan kecekalan hati dapat dibina asalkan kita berazam kuat sudah pasti ia nya akan tercapai juga.

Bagi memastikan apa yang kita azamkan nanti bakal kita capai dan perolehi nanti, perkara-perkara berikut perlu kita lakukan iaitu

i.                    Niat kerana Allah SWT
Nak buat apa pun mesti kerana Allah SWT dan bukannya kepada yang lain.  Buatlah supaya apa juga keazaman kita diberkati oleh Allah SWT. Tidak yang mengarut apatah lagi untuk aniaya orang lain. bila dah berkat semuanya akan berjalan dengan lancar dan Allah pasti akan permudahkan apa yang kita niatkan dan lakukan demi memastikan apa yang kita azamkan pasti akan kita perolehi nanti di hujung waktu nanti.

ii.                  Jadikan sebagai satu ibadah
Selagi ia nya tidak bercanggah dengan apa yang dituntut dan disuruh oleh Allah SWT pasti ia menjadi bekalan sebagai satu ibadah bukan sahaja di dunia sahaja tetapi di akhirat sekali. Bukan setakat solat dan puasa sahaja sebagai satu ibadah tetapi menjadikan juga pekerjaan yang kita lakukan sebagai satu ibadah yang perlu kita semai dan buat setiap masa.

iii.                Bukan kepentingan peribadi
Bantulah seramai yang boleh dalam azam diri kita apabila menawarkan produk yang kita tawarkan kepada orang ramai. Apabila kita tunjukkan yang produk kita mampu memberikan jalan penyelesaian yang terbaik kepada mereka apabila menggunakan produk yang ditawarkan bukan sahaja pendapatan yang berterusan yang mampu kita perolehi tetapi juga keberkatan dan pahala ganjaran dari Allah SWT juga menjadi imbuhan untuk kita sama sekali.

iv.                 Jangan cepat putus asa dan kecewa
Apabila melakukan jualan berazam juga agak kita jangan sama sekali mudah terkulai dan terbantut hanya disebabkan tiada kekukuhan pendirian dalam diri kita sendiri. Elakkan dari cepat merasa putus asa dan kecewa yang bukan-bukan walaupun sebesar mana pun masalah, dugaan dan cabaran yang mendatang. Kuatkan semangat dan kemahuan agar apa yang berlaku dan terjadi sudah pasti boleh ditempuhi dengan tenang dan bersabar sentiasa.

v.                   Elak tinggi diri dan ego
Jangan berlagak, ego dan tinggi diri kelak akan memakan diri. Berazam kalau ada perkara negatif ini sudah pasti akan membunuh semula diri kita. Kita mudah lupa dan alpa dengan apa yang sebenarnya kita azamkan terlebih dahulu. Biarlah kita hidup dengan merendah diri dan bersopan santun asalkan tiada siapa pun boleh kita sakiti hatinya apa tah lagi kita disakiti. Berhemah sentiasa terutama dalam melakukan jualan dengan sebaik yang mungkin.

vi.                 Realistik
Jangan main berazam sahaja tetapi ia perlu dilakukan secara lebih realistik dan logik akal supaya lebih mudah dicapai dan di perolehi. Ditakuti nanti apabila terlalu besar walaupun dirasakan cukup hebat keazaman tersebut akhirnya terkulai begitu sahaja hanya disebabkan kesukaran pula dirasakan pula sebaliknya. Nyatakan secara ikhlas dan berkemampuan agar setiap azam yang diazamkan tidak terbantut dan terkulai di tengah jalan sahaja.

vii.               Boleh diukur
Sebaik-baiknya biarlah ada faktanya dan bukan sama sekali khayalan semata-mata. Perlu dilakukan dengan azam yang mudah diukur agar boleh diketahui sejauh mana kejayaan yang telah berjaya di perolehi dan dinikmati. Berapa banyak lagi yang perlu diusahakan supaya apa yang telah kita azamkan boleh di perolehi seperti mana yang kita kehendaki.

viii.             Perlu secara lengkap dan perincian
Perincian amat diperlukan agar kita lebih memahami keazaman kita. Apa tindakan yang perlu dan seterusnya kita lakukan agar kita tidak goyang sama sekali apabila dan masalah atau musibah yang mendatang.

ix.                 Maklumkan kepada orang lain
Memang sukar nak maklumkan kepada orang lain tetapi kalau dapat maklumkan kepada orang lain tidak kiralah pasangan kita, rakan sekerja kita ataupun sahabat handai itu adalah tanda paling baik. Ini adalah kerana apabila seseorang telah ketahui apa azam kita andai kata kita masih gagal untuk perolehi keazaman kita paling tidaknya masih ada orang yang sanggup untuk menegur dan peringat kan semula tentang azam kita di awal tahun ini. Ingat mengingati bukankah satu amalan mulia yang dituntut dalam Islam?

Lakukan sebaik mungkin agar azam tahun baru kita ini selari dengan tugasan kita melakukan jualan seperti mana yang dikehendaki. Tidak perlu merasa malu dan segan andai kata azam di tahun-tahun sebelumnya sudah terbengkalai ataupun asyik azam yang sama sahaja setiap tahun. Mulakan satu tindakan yang baru supaya kita lebih bersungguh untuk melakukannya dengan seribu langkah yang positif untuk mencapainya. Ingat sentiasa Allah yang pasti akan sentiasa membantu dan menolong hambanya yang benar-benar telus dan suci hati untuk melakukannya asalkan ia tidak bercanggah sama sekali dengan Islam. Semoga berjaya.

Read more >>

Jumaat, 30 Disember 2011

BERHADAPAN DENGAN AUDIENS YANG RAMAI



Biasanya kita melakukan jualan sudah di biasakan diri kita bertemu dan menyampaikan tawaran kita antara seorang atau dua orang prospek/pelanggan kita yang kita temui. Mungkin tanpa kita sedar atau tidak di sengajakan dari seseorang yang kita ingin bertemu rupa-rupanya kita sebenarnya di jemput untuk memberi taklimat mungkin di hadapan lebih dari lima orang prospek/pelanggan. Tanpa persediaan yang rapi walaupun kita sebenarnya telah pun melakukan persediaan yang baik dan sempurna hanya untuk setakat seorang dua sahaja tetapi apabila berlaku situasi sebegini kita seharusnya jangan dilepaskan peluang yang mendatang begitu sahaja kerana di khuatiri peluang yang datang sekali ini mungkin tiada lagi buat kali keduanya. Dah biasa memancing sekali sekala kena gunakan pula jala untuk mendapatkan hasil pula.

Apa tindakan yang perlu kita lakukan? Mungkin perkara-perkara sebegini jangan sama sekali di lepaskan begitu sahaja. Antara latihan yang perlu kita lakukan supaya perkara seperti begini tidak berlaku di luar dugaan dan perancangan kita adalah dengan

i.                    Sentiasa berlatih bercakap dengan jelas dan mudah di fahami

ii.                  Jangan cepat panik, terkejut dan marah apatah lagi mengelabah

iii.                Pengetahuan produk

iv.                 Tahu untuk mengambil kesempatan

v.                   Keyakinan diri

Jangan lepaskan peluang dan ambil kesempatan yang ada. Hanya kerana kita malu, segan, tidak yakin dan terkejut kita telah melepaskan peluang begitu sahaja. Jangan sama sekali berlaku perkara ini berlaku dalam karier kita. Orang yang berjaya adalah orang yang penuh dengan iltizam dan semangat juang yang tinggi, cukup pandai mencari dan mendapatkan oportuniti dan peluang yang ada di hadapan mata.  Jangan sia-siakan sama sekali kerana yang rugi adalah kita sendiri dan bukannya orang lain.
Read more >>

Khamis, 29 Disember 2011

SALING BERGANTUNGAN DALAM TEAM JUALAN


Adalah di nasihatkan agar bagi merangsang kejayaan untuk diri kita bagi memperolehi sumber pendapatan yang banyakkan dan se maksima yang boleh di samping menjaga karier kita, adalah disarankan agar dapat melakukan dua matlamat serentak buat diri kita dengan cara

i.                    Secara berkumpulan – selari dengan sasaran ketua kita

·         Mesti capai bantu membantu kerana bukan angka dari kita seorang sahaja

·         Ada kemahuan untuk capai 150% dari fokus kita walaupun di anggap tidak realistik tapi tidak mustahil di lakukan

·         Fahami untuk tugasan jangan hanya capai sasaran sahaja tetapi kena atasi dan melebihi dari sasaran yang di tetapkan

ii.                  Secara persendirian – perolehi komisen dan sumber motivasi kita

·         Kepuasan diri

·         Tahu kedudukan prestasi kita sendiri

·         Berkongsi dengan rakan sekerja kita atau yang rapat dengan kita

Kesimpulannya, bekerja dalam kumpulan jualan seperti kita ini adalah di harapkan agar kita lebih memahami

i.                     Konsep tolong menolong dan bantu membantu dalam satu kumpulan jualan terjalin

ii.                   Menjaga nama dan maruah dalam kumpulan kita apatah lagi karier kita, rakan sekerja kita dan ketua kita sekali

iii.                  Kita bantu dan tolong ketua bermakna dengan sendirinya ketua kita akan membantu kita juga. Tiada sama sekali sikap penting mementingkan diri sendiri berlaku di sini

iv.                 Jika kumpulan berjaya bermakna dengan sendirinya motivasi kita turut meningkat, gerak tugas kita juga meningkat, saling menghormati dan bantu membantu antara satu sama yang lain terjalin dengan kuat dan kukuh

Sama-sama kita hayati dan bertindak dalam satu kumpulan bukan setakat menjaga karier kita sahaja tetapi juga menjaga nama ketua kita, menjaga nama organisasi tempat kita di tugaskan dan berlindung. Kerja kita dan semua rakan sekerja sebenarnya adalah saling bergantungan antara satu sama yang lain, saling perlu memerlukan antara satu yang lain yang pastinya tidak dapat di pisahkan demi menjaga karier, amanah, kebolehan dan maruah kita semua.
Read more >>

Rabu, 28 Disember 2011

SASARAN DI PERLUKAN?


Melakukan jualan mesti ada sasarannya. Kalau tiada sasaran bermakna melakukan jualan pasti tiada matlamatnya. Kalau dah tiada matlamatnya sudah pasti motivasi diri sendiri tidak dapat di bina. Motivasi diri sendiri perlu di terap dan di serapkan agar ia menjadi satu kekuatan dalaman untuk diri kita sendiri sebagai satu pemangkin dan penggerak dalam melakukan jualan sepertimana yang di kehendaki.

Tugasan dalam melakukan jualan di mana-mana organisasi pasti akan di bekalkan dan di berikan sasaran untuk di capai. Hendak menjadi orang yang berjaya sekurang-kurangnya pasti mencapai sasaran yang di berikan tidak kira berapa banyak yang dibekalkan sudah pasti boleh melakukannya.

Antara matlamat sasaran di berikan adalah kerana

  • ·         Di cipta untuk satu alat yang direka bagi tujuan mengukur prestasi setiap kakitangan jualan yang di ambil samada mereka boleh melakukannya ataupun tidak bergerak dalam satu kumpulan bagi mencapai sasaran oleh pihak atasan secara perseorangan ataupun berkumpulan

  • ·         Memastikan organisasi tersebut mendapat keuntungan sepertimana yang di harapkan

Ini bermakna kerja jualan yang di tentukan sudah pasti ada saling bergantungan dan kerjasama yang perlu di jalin dan diberi perhatian oleh setiap anggota perseorangan jualan kepada semua anggota kumpulan kecil bergabung kepada satu kumpulan yang sederhana yang penyudahnya bergabung pula dalam satu kumpulan yang besar bagi sama-sama memastikan kerja yang di lakukan boleh menghasilkan keuntungan yang besar dan di kehendaki oleh pihak pengurusan atasan.

Supaya senang di fahami, ini bermakna tindakan seorang yang melakukan jualan untuk organisasi yang di pilihnya dan di naunginya adalah seperti berikut
  • ·         Memerlukan kesungguhan untuk mencapai sebanyak yang boleh
  • ·         Membantu ketua kita juga mencapai sasarannya
  • ·         Kita berjasa kepada rakan sekerja, kumpulan dan ketua serta organisasi
  • ·         Prestasi kita akan meningkat begitu juga dengan pendapatan kita sebagai sumber motivasi terbaik kita
Read more >>

Selasa, 27 Disember 2011

PENUTUPAN JUALAN DISAAT AKHIR


Pelbagai halangan dan dugaan akan di tempuhi terutamanya sekali di peringkat hujung penutupan jualan. Mungkin setelah habis presentasi dan perbincangan untuk mendapatkan penutupan jualan, prospek/pelanggan tersebut tiba-tiba ingin menarik ‘hand break’nya seolah-olah sebagai tanda tidak jadi dan enggan untuk menerima tawaran yang di kemukakan.

Inilah tugasan kita untuk mendapatkan kepercayaan dan keinginan prospek/pelanggan tersebut untuk datang semula dan menerimanya. Bukan mudah tapi tidak mustahil untuk dilakukan. Teruskan usaha kita dan bina semula keyakinan prospek/pelanggan tersebut bagi menerima produk/perkhidmatan yang di tawarkan. Mungkin langkah-langkah di bawah boleh kita per gunakan iaitu

i.                    Ungkit semula penerimaan yang lepas
Bagi pelanggan-pelanggan kita yang telah sedia guna atau pakai produk/perkhidmatan kita, inilah masanya kita perlu menggunakan kelebihan yang ada untuk peringatan semula dengan cara mengungkit yang pelanggan tersebut tiada mempunyai masalah untuk menerima kembali tawaran yang di tawarkan memandangkan beliau pernah menggunakannya. Satu kelebihannya tidak sepatutnya dilepaskan

ii.                  Adakah harga menjadi satu isu
Sememangnya harga sentiasa menjadi satu isu yang besar dan di perbandingkan oleh semua orang. Boleh dikatakan penerangan sebagus mana sekalipun, harga memainkan peranan yang penting. Sebaik-baiknya tentang soalan kepada Prospek/pelanggan “Bolehkah saya mengetahui tanpa punca harga dalam menentukan keputusan, yang mana pilihan encik dan kenapa?”. Bila kita telah mengetahuinya sebab dan punca barulah kita boleh pengaruhi prospek/pelanggan dengan memaklumkan kesemua perkara yang di nyatakan hanya merupakan perbezaan kecil dan tidak ketara jauhnya jika di bezakan antara produk kita dan pesaing

iii.                Paradigma fokus selain harga
Tugasan kita adalah menyatakan segala kelebihan dan kebaikan produk/perkhidmatan kita sebaik yang mungkin dan berikan kefahaman yang mendalam kepadanya

iv.                 Gunakan testimoni
Pergunakan pengalaman-pengalaman orang lain yang telah menerima tawaran kita untuk di sampaikan atau di maklumkan kepada prospek/pelanggan tersebut terutamanya khidmat dan mudahnya apabila berurusan dengan kita

v.                   Apa yang di nyatakan buktikan
Pastikan apa juga kita perkatakan demi menunjukkan apa yang kita lakukan adalah betul dan memenuhi prospek/pelanggan kehendaki di tunaikan. Jangan sesekali hanya pkitai bercakap kosong sahaja

vi.                 Nyatakan asas kelebihan yang di tawarkan
Sebaik-baiknya di hadapan prospek/pelanggan tersebut lakukan penerangan dengan lebih baik dan jelas lagi tentang perbezaan dengan pesaing dan kelebihan-kelebihan yang mungkin tiada pada pesaing

vii.               Jangan putu asa
Sikap yang negatif jangan sama sekali di terapkan nanti timbul kesukaran dan kepayahan untuk kita bertindak lagi di masa hadapan. Sekali kita gagal jangan di layan kegagalan tersebut takut nanti keyakinan diri akan hilang begitu sahaja apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan yang lain.

Nyata, harapan masih ada dan tidak semestinya penolakan kali pertama bermakna kita telah gagal manakala prospek/pelanggan langsung tidak memberi peluang kedua, ketiga atau keempat buat diri kita. Selagi kita mahu prospek/pelanggan tersebut menerima tawaran kita selagi itu kita perlu ada keazaman dan keras hati untuk mendapatkan penutupan jualan darinya.
Read more >>