Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. Tentu pelbagai azam dan
semangat baru telah terbina terlebih dahulu dalam mengharungi kehadiran tahun
baru 2014. Sesuatu tuah sahaja untuk hadir begitu sahaja sememangnya amat payah
untuk dijelmakan melainkan dengan usaha yang gigih dan bersungguh untuk
melakukannya. Jangan dikatakan ia nya sukar dan payah lagi sempena kehadiran
tahun baru ini tapi jadikan kehadirannya sebagai satu landasan buat kita
melangkah kaki terus mencipta kejutan dan kehebatan dalam melakukan tugasan
jualan.
Bukan satu omongan kosong atau untuk menyedapkan diri kita sahaja. Tanpa
usaha dan tindakan yang betul sudah pasti tidak ke mana juga hasilnya. Kenapa
perlu berangan dan syok sendiri yang kita cukup merasakan kita dapat dan mampu
untuk melakukannya? Sempena kehadiran tahun baru ini marilah kita bersama-sama
bina semula kuatkan semangat perkukuhkan dorongan motivasi diri agar kejayaan
yang kita idamkan dan mahukan boleh kita nikmati sepanjang tahun 2014 ini.
Antara tindakan-tindakan yang perlu dilakukan ini adalah
i.
Bekerja dengan gembira
Lakukan
jualan dengan sepenuh hati dengan perasaan gembira dan seronok untuk
melakukannya. Jangan di paksa-paksa tapi berikan yang terbaik mengikut
kemampuan dan kehendak dari dalam diri kita sendiri. Selagi kita memaksa untuk
menyukainya selagi itu kita tidak akan dapat keseronokan dalam melakukan
jualan. Cipta sesuatu yang menggembirakan agar apa juga yang mendatang walaupun
perit dan sukar tetap kita melakukannya dengan rela hati dan gembira.
ii.
Mencintai dan menghargai
Cinta
dengan apa yang kita lakukan dan hargai apa juga keputusan yang kita terima
hasil dari tindakan kita sendiri. Hargai kejayaan kita dengan lebih banyak
kesyukuran kita terhadap Allah. Jangan bila dah susah baru nak teringat pada
Allah. Bila temui kegagalan sentiasa muhasabah diri kita di mana silap dan
salahnya agar boleh kita perbetulkan dengan segera dan cepat serta tidak di
ulanginya di masa hadapan. Cinta tidak akan hadir pada kita sendiri jika tidak
melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Hargai apa juga tindakan kita agar kita
tahu bukan senang untuk menjadi senang.
iii.
Jangan berdendam dan bersedih
Elakkan
dari berperasaan dendam kesumat yang amat sangat kerana dengan adanya dendam
sudah pasti bara marah akan wujud selama-lamanya. Begitu juga dengan bersedih.
Setiap kali kita bersedih selagi itulah tindakan kita tidak ke mana. Sedih akan
membawa kepada kejatuhan prestasi dan tindakan kita. Mana mungkin melakukan
jualan kalau dendam dan sedih masih wujud dalam diri kita.
iv.
Jaga kesihatan
Anugerah
Allah yang amat penting sekali untuk kita jaga dan hargai sama sekali. Selagi
kita sihat selagi itulah kita akan terus melakukan jualan dengan baik sama
sekali. Tidak di nafikan setiap kesakitan itu adalah satu ujian Allah SWT
kepada kita namun kalau kita tidak berusaha untuk menjaga nya sudah pasti
segala penyakit akan mudah menghinggapi pada diri kita. Bayangkan kalau kita
sakit bagaimana agaknya untuk kita melakukan jualan.
v.
Rancang tugasan dengan baik
Tidak
salah setiap tahun baru kita melakukan perancangan dan penyusunan semula
tugasan jualan kita agar lebih baik dan teratur lagi. Banyakkan melakukan
perancangan dari pengalaman yang telah kita lalui sendiri perbaiki agar
menjadikan setiap tindakan kita adalah terbaik sama sekali bermula dari awal
tahun lagi. Selagi kita tidak berusaha untuk melakukan perancangan yang baik
sudah tentu dan sudah pasti tindakan kita tidak akan ke mana-mana.
vi.
Hidup bukan sempurna
Terima
hakikat yang hidup kita tidak sempurna mana. Sudah pasti ada cacat dan celanya
sama sekali. Sekali air berubah selagi itulah pantai akan berubah sama. Setiap
manusia pasti akan ada kelemahannya sendiri. Kenal pasti kelemahan kita untuk
kita perbaiki dan per elokkannya semula. Beriltizam untuk melakukan yang terbaik
agar setiap kelemahan yang ada dapat kita tutup tanpa ada seorang pun yang
mengetahuinya. Bertindak dengan lebih sesempurna yang termampu agar hasil yang
kita mahukan akan lebih mudah kita peroleh.
vii.
Elakkan memberi pelbagai alasan dan ulasan
Tidak siapa pun
suka kalau tugasan kita dalam melakukan jualan lebih banyak memberi alasan dan
ulasan sahaja. Pelanggan sudah pasti pedih telinga dan kalau kita bekerja
dengan majikan sudah pasti akan di copnya kita kaki pemberi sebab dan tak
habis-habis nak lari dari tugasan. Kita akan mudah menjadi seorang yang gemar
kelentong dan menipu yang bukan-bukan. Elakkan sama sekali agar kita tahu bukan
jenis manusia yang sebegini perlu ada dalam diri kita sendiri.
Disiplin tunjang kepada kejayaan. Kalau kita tidak disiplin diri kita
sendiri macam mana kita hendak lakukan dengan yang terbaik. Tanpa ada disiplin
sudah tentu setiap apa juga perancangan kita agar sukar untuk kita ikuti dan
lakukan. Berikan fokus yang sewajarnya agar bermula dengan tahun yang baru ini
kita sudah bermula dengan langkah kejayaan. Kejayaan yang diingini bukannya
boleh dinikmati dengan semudah membaca ABC sahaja tetapi perlu dilakukan dengan
kesungguhan dan kegigihan selari dengan setiap perancangan yang kita aturkan.
Jangan mudah putus asa dan kecewa tapi telanlah setiap cabaran, dugaan,
rintangan dan masalah yang timbul sebagai satu ujian yang perlu untuk kita
tempuhi. Mulalah langkahan pertama dengan langkah kanan agar pintu rezeki yang
kita idam-idamkan sentiasa berada di sisi kita sampai bila-bila.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan