Masih berterusan berlaku dan terus dialami. Inilah ketakutan yang
sewajarnya perlu diatasi dengan sebaik yang mungkin. Walaupun ketakutan adalah
normal dalam diri manusia namun jangan diikutkan sangat. Kemudaratan pasti
terhasil kalau terlalu dilayan ketakutan yang dilalui ini. Dahlah takut pada
hantu tak kan dalam jualan pun nak kena takut juga.
Inilah masalah yang sering dihantui oleh mereka yang melakukan jualan. Kena
ada keberanian dalam melakukannya kerana ini adalah periuk nasi kita.
Tanggungjawab untuk mendapatkan penutupan jualan perlu ada agar kita tahu apa
yang perlu untuk dilakukan. Melayan ketakutan yang ada dalam diri kita sudah
pasti kita tidak ke mana dan masih terkial-kial dalam melakukan jualan yang
sewajarnya. Kena ada keteguhan dan keberanian dalam melakukannya. Apa yang
dimaksudkan dengan ketakutan yang di alami adalah
i.
Memohon
komitmen
Segala
persembahan dan presentasi telah pun dipersembahkan. Perbincangan demi
perbincangan telah diadakan. Perundingan secara berhemah telah diwujudkan tapi
masalahnya kenapa masih takut untuk meminta komitmen dari mereka. Dapatkan
persetujuan awal dahulu sebelum penutupan jualan boleh berlaku. Komitmen mereka
mengatakan ‘YA’ perlu kita peroleh sebagai tanda awal kita mampu peroleh
penutupan sebenarnya. Selagi gagal mendapatkan komitmen mereka selagi itulah
penutupan jualan menjadi satu kempunan sampai bila-bila.
ii.
Membincangkan
harga
Bakal
pembeli atau pelanggan pasti di peringkat awal ingin mengetahui berapa harga
yang boleh kita tawarkan. Harga mainan utama dalam jualan tapi tidak semestinya
harga penentu untuk mereka boleh terpikat ataupun tidak. Semuanya bergantung
sepenuhnya kepada keupayaan diri kita memberikan segala manfaat, kelebihan dan
nilai tambah pada produk yang ditawarkan. Keupayaan kita memaklumkan segala
kelebihan produk dari harga terlebih dahulu amat dituntut sama sekali. Dapatkan
keyakinan dan kepercayaan mereka. Mereka biasanya akan membandingkan harga
terlebih dahulu dari manfaat yang mereka boleh terima. Pergunakan kemahiran
yang ada bagi menunjukkan harga yang ditawarkan bersesuaian dengan nilai dan
manfaat yang bakal mereka peroleh nanti.
iii.
Takut
meminta rujukan
Nak minta
nama kawan-kawan pelanggan kita pun masih di peringkat yang menakutkan. Minta
secara baik dan berhemah. Kenapa perlu takut? Bukannya kita mencari kemarahan
orang tapi meminta jasa baik mereka dapatkan nama kawan-kawannya agar mereka
juga dapat memiliki produk yang sama dengan pelanggan tersebut. Sebaik-baiknya
perkenalkan mereka kepada kita. Lagi mudah tugasan jualan kita nanti. Buang
rasa takut dan gerun kepada mereka demi mendapatkan penutupan jualan dengan
lebih mudah lagi.
iv.
Tidak
berani memberikan penyelesaian
Sebarang
rekomen dan kenyataan balas kepada penyelesaian masalah mereka langsung tidak
berani kita berikan. Selagi pengetahuan produk tidak kita dalami selagi itulah
kita tidak akan ke mana. Pentingnya ada pengetahuan produk yang mendalam agar kita
tahu memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi atasi masalah yang mereka
tanggung selama ini. Bukan suka-suka hati nak meneka atau umpama membuang buah
dadu tapi berikan satu penyelesaian terbaik buat mereka bagi memberikan
keyakinan mereka terhadap apa yang kita telah tawarkan kepada mereka.
v.
Takut
untuk bertanya
Selagi tidak
kemukakan soalan yang terbaik selagi itulah kita tidak akan mengetahui apa yang
mereka mahukan dan carikan selama ini. Kena ada kreativiti dalam mengemukakan
soalan-soalan yang boleh memberikan jawapan yang kita mahukan. Kalau takut juga
untuk bertanya sampai bila-bila pun pasti tidak akan kita ketahui apa yang
mereka cari dan mahukan. Berfikirlah sejenak dapatkan dan wujudkan
soalan-soalan yang dimahukan agar semakin mudah kita lakukan jualan terhadap
mereka.
Perbaiki diri kita agar tidak mudah merasa sangsi akan apa yang kita
mahukan. Ketakutan yang melampau akan membinasakan karier kita dalam jualan.
Fikir yang baik dan positif. Kalau orang lain boleh melakukannya kenapa tidak
kita? Wujudkan keyakinan bukan ketakutan dalam mengharungi karier jualan ini.
Takut hanyalah mainan minda. Semakin di layan semakin gerun pula untuk
melakukannya. Atasi dengan sebaik mungkin dengan per banyakkan lagi pertemuan
kita dengan mereka agar semakin mudah kita berinteraksi dan berkomunikasi dalam
melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan