Hebat kalau dinyatakan bahawa dalam melakukan jualan sudah pasti cukup
mudah untuk peroleh penutupan jualan. Itulah matlamat utama dalam melakukan
jualan. Penutupan jualan adalah satu kayu ukur bagi menandakan keupayaan kita
dalam melakukan jualan. Sememangnya dalam bidang jualan, perkara akhir ini yang
diambil kira tentang prestasi seseorang. Cukup penting dan bermakna andai kata
penutupan jualan terlalu mudah dan senang untuk diperoleh.
Tidak mustahil dan bukan satu perkara tidak masuk akal bila dinyatakan
bahawa setiap jualan yang dilakukan pasti akan berlaku dan terjadi halangan.
Halangan yang berlaku mungkin kita sedar ataupun tidak. Semuanya bergantung
bagaimana kita melakukan jualan. Kalau baik apa yang kita lakukan sudah pasti
halangan-halangan yang ada boleh kita tempuhi dengan begitu senang dan mudah untuk
diatasi sama sekali. Kena ambil tahu dan fahami segera apa bentuk halangan yang
bakal kita tempuhi. Bila kita ketahui sudah pasti dari awal-awal lagi kita
telah bersiap sedia untuk menghadapi.
Antara halangan-halangan dalam jualan yang sering diberikan pelbagai alasan
dan ulasan mereka kepada kita memang banyak. Semuanya mengikut kesesuaian
mereka bagaimana untuk kita atasinya secara berbaik sangka dan berhemah. Jangan
mudah melalut apa tah lagi kecewa yang bukan-bukan. Antara ungkapan-ungkapan
yang biasa didengari adalah
i.
Nanti saya fikirkan dahulu
ii.
Harga tinggi sangat
iii.
Nanti saya pusing dahulu
iv.
Saya mahukan lebih maklumat
v.
Dah ada dah penjual lain
vi.
Bukan saya seorang sahaja yang lakukan
keputusan
vii.
Bajet tiada
viii. Tak berminat
langsung
ix.
Bukan tanggungjawab saya seorang sahaja
boleh berikan keputusan
x.
Tidak bersesuaian langsung
xi.
Betul kah apa yang awak tawarkan ini
xii.
Apa bukti yang awak perkatakan ini betul
dan benar
xiii. Sama macam
produk lain langsung tiada perbezaannya
Inilah apa yang dimaksudkan dengan halangan dari apa yang disebut-sebut
orang bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui. Bukan mudah dan senang namun
tidak mustahil untuk dilakukan. Berikan yang terbaik dari segi penerangan dan
presentasi yang diberikan. Setiap halangan sudah pasti ada solusi nya. Jangan
mudah mengeluh dan merasa putus asa. Cari jalan penyelesaiannya kerana setiap
apa juga halangan , bangkangan dan bantahan sudah pasti di situ ada jalan mudah
untuk mendapatkan penutupan jualan. Tak buat pasti tak tahu dah buat pasti nak
lakukan berkali-kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan