Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 11 Disember 2013

PENYEBAB KEGAGALAN KEPUTUSAN AKHIR




Melakukan jualan setiap hari namun hasil yang diperoleh tidak ke mana pun. Kita merasakan telah memberikan yang terbaik pada diri kita sendiri dalam melakukan jualan tapi malangnya masih belum mampu mencapainya lagi. Mengharapkan banyak penutupan jualan tapi apa yang berlaku adalah kadang-kadang ada kadang-kadang tiada pula. Tak ubah seperti iklan biskut chips more sekejap ada sekejap tiada. Inilah yang membimbangkan.

Perhatian perlu diberikan agar keberkesanan dalam menghasilkan keputusan akhir tercapai juga. Tak guna rasanya jika kita rajin melakukan jualan tapi hasil yang dimahukan masih gagal untuk dijanakan sama sekali. Pasti kepincangan terjadi dan berlaku terjadinya penyebab dalam kegagalan melakukan jualan. Mungkin perkara-perkara seperti berikut perlu kita ambil perhatian semula agar pembetulan dapat kita lakukan dengan secepat yang mungkin iaitu

i.             Kurangnya aktiviti
Perhebat dan per banyakkan lagi aktiviti jualan kita. Per banyakkan edaran risalah, pembukaan kaunter, menghubungi pelanggan dan perletakkan kain rentang di lokasi yang berstrategik. Gandakan apa yang telah kita lakukan agar hasilnya boleh kita peroleh. Tingkatkan lagi keupayaan kita lebih rajin dan mahu untuk menambahkan lagi aktiviti yang sedia ada. Lakukan aktiviti yang boleh mendatangkan pulangan dari melakukan semua aktiviti yang hanya penat badan sahaja yang boleh di peroleh. Bertindak bijak uruskan masa yang ada asalkan kemampuan mendapatkan penutupan jualan boleh dilakukan.

ii.           Tidak konsisten
Tugasan melakukan jualan kena berterusan dalam melakukannya. Jangan sekejap bersemangat sekejap lagi murung tak tentu hala. Rasa malas akan terbiar begitu sahaja tapi bila datang masa rajinnya bukan main lagi jualan dilakukan. Kerana itu dalam Islam apabila hendak membaca Al-Quran kena ada konsisten dan lakukan secara berterusan. Begitulah juga dalam melakukan jualan kena ada konsistennya juga. Lakukan setiap hari agar apa yang kita lakukan menjadi tabiat dan merasa mudah dengan apa yang kita lakukan.

iii.          Hanya merasakan apa yang telah kita lakukan adalah terbaik
Jangan main rasa-rasa dalam melakukan jualan. Andaian dan tanggapan akan memudahkan lagi kita merasakan betapa sempurnanya kita telah melakukan jualan. Kita merasakan telah memberikan yang terbaik, dapat mengambil hati dan keyakinan bakal pembeli atau pelanggan. Masalah yang timbul adalah kenapa masih lagi boleh gagal dalam mendapatkan penutupan jualan. Inilah yang harus difikirkan bersama agar kita tahu meletakkan kepentingan tugasan melakukan jualan bukanlah hanya dengan syok sendiri sahaja.

Fikirlah sebaik-baiknya kenapa perkara yang sebegini masih lagi boleh berlaku dan terjadi. Mendapatkan hasil yang kita mahukan kena fikirkan tindakan dari kita sendiri untuk melakukannya. Jangan mudah memikirkan sahaja membuat andaian dan anggapan semata-mata. Selagi bakal pembeli atau pelanggan tidak dicari dengan bersungguh-sungguh selagi itulah kita tidak akan ke mana hasilnya. Rancang dan susun semula apa tindakan sewajarnya agar keputusan akhir mampu semula untuk kita peroleh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan