Penyakit yang perlu diubati segera. Jangan di tangguh dan ditunggu-tunggu
lagi. Semakin dibiarkan semakin merebak kesan tidak baik dan negatif yang akan
ditanggung. Sikap malas dan berserah pada nasib akan berlaku jika ini kita
masih amalkan lagi. Selagi khayalan bertapak dalam memori selagi itulah kejayaan
juga masih dikhayalkan juga. Alangkah malangnya jika ini kita biarkan dan berterusan
setiap masa.
Berubahlah kepada realiti. Ketahui apa yang sebenarnya perlu kita lakukan.
Selagi kita biarkan jangan haraplah untuk kita mencapai kejayaan seperti mana
yang kita mahukan. Antara khayalan-khayalan yang perlu kita elakkan dalam melakukan
jualan adalah
i.
Asyik
andaian sahaja tanpa sebarang tindakan
Buang
sikap dan karenah suka melakukan andaian bila tugasan jualan perlu dilakukan.
Buat dahulu lakukan tindakannya agar kita sendiri ketahui bagaimana hasilnya
terlebih dahulu. Jangan main logik akal terlebih dahulu menentang yang bukan-bukan
tetapi kena tempuh dahulu ketahui apa masalah dan rintangannya. Hanya mereka
yang malas untuk mencuba pasti akan memberikan pelbagai alasan dan ulasan
mengatakan itu susah ini sukar.
ii.
Dah
berjaya, lakukan hasil yang sama
Suatu yang
pasti bila dah berjaya sememangnya kita tidak mahu melakukan perkara lain dalam
melakukan jualan. Asyik-asyik nak berada dalam zon selesa sahaja. Nak buat apa
lagi, pasti mendatangkan hasil kenapa perlu cara lain pula. Inilah khayalan
yang perlu kita hindari. Kerana setiap produk yang dikeluarkan sudah pasti ada
jangka hayatnya tidak boleh bertahan lama. Kitaran hidup pasti ada turun
naiknya. Kerana itu setiap kemahiran dan skil yang ada perlu dipertingkatkan
dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman. Kenapa perlu takut pada perubahan?
iii.
Mereka
pasti terima
Menghampakan
jika sikap terlalu yakin (OVER CONFIDENT) terlalu tersemat di dalam dada. Produk
terbaik dan terlaris di pasaran pun kalau tahap jualan dan perkhidmatan tidak
dijaga sudah pasti akan terkulai juga produk tersebut. Jangan sampai kita
terlalu berkhayal yang pasti mereka boleh terima begitu sahaja apa yang
ditawarkan. Hati manusia di dalamnya bukannya boleh ketahui sewenang-wenangnya.
Kerana itu kita disarankan berusaha keras dan gigih dalam melakukan jualan agar
produk yang ditawarkan sentiasa mendapat sambutan.
iv.
Produk
hebat
Sehebat
produk mana sekalipun pasti ada kitaran untuk mengalami kejatuhannya pula.
Jangan mudah berangan dan berkhayal produk kita sentiasa hebat dan mendapat sambutan
dalam pasaran. Hari ini dan esok mungkin hebat tapi lusa dan tulat tak tahu
lagi bagaimana. Ketahui sebaik mungkin produk kita apabila melakukan jualan.
Jangan hanya mengharapkan produk yang hebat sahaja tapi skil jualan kita tidak
ke mana. Seimbangkan antara kemahiran menjual dengan kehebatan produk agar
nanti tiada rasa kecewa yang amat sangat di kemudian hari.
v.
Usaha
sahaja tak perlu untuk berdoa
Cam bagus
sahaja. Kita terlalu mudah membelakangi bantuan dan pertolongan Allah. Patutnya
inilah masa yang terbaik untuk kita memohon bantuan kepada Allah. Berjalan
seiringan antara usaha dan berdoa. Jangan abaikan kerana kita sebagai seorang
yang Muslim sudah pasti Allah tidak akan kita abaikan sama sekali. Firman Allah bermaksud
‘dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku
perkenan kan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur
daripada beribadat dan berdoa kepada ku, akan masuk neraka jahanam Dalam
keadaan hina’ (Surah Al-Mukmin Ayat 60).
Bertindak bijak. Jangan khayalan menguasai kita. Cukup dengan khayalan kita
selama ini. Kuasai khayalan kita sendiri agar usaha tetap juga kita lakukan
dengan sebaik yang mungkin. Nak berjaya kena usaha bukan kena berkhayal. Yakinlah diri dengan apa yang kita usahakan. Jangan
mudah memandang rendah dengan keupayaan kita sendiri. Bersangka baik dan berfikiran
positif akan kejayaan yang dimahukan segera kita miliki dengan sebaik yang mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan