Umpama dalam kita mengharungi kehidupan sehari-hari sudah pasti ada yang
akan kita lakukan secara tetap dan konsisten setiap hari. Apa yang dimaksudkan
dilakukan dengan tetap dan konsisten adalah berkenaan kebiasaan pada apa yang
kita lakukan menjadi satu tabiat. Tanpa kita sedar atau tidak sudah pasti akan
kita lakukan dengan sebaik yang mungkin seperti makan, minum, menggosok baju,
bersenam dan sebagainya. Semuanya kita lakukan dengan hati yang seronok untuk dilakukan
dan merasa susah hati kalau perkara kebiasaan tidak dapat kita laksanakannya pula.
Menjadikan karier jualan memang menyeronokkan. Apatah lagi kalau dapat
dijadikan sebagai satu kebiasaan dalam diri kita. Bila dah biasa dengan apa
yang kita lakukan sudah pasti ia nya menjadi satu tabiat yang berkekalan dalam
diri kita. Biarlah apa orang lain boleh perkatakan yang penting kita merasa
seronok dan gembira untuk melakukannya. Biar apa juga cabaran dan rintangannya
kalau sudah menjadi tabiat untuk melakukannya sudah pasti akan kita tempoh
dengan hati yang terbuka dan redha dengan ketentuan Allah. Bila sudah menjadi
kebiasaan dan tabiat dalam diri kita sudah pasti impak yang positif dan yang
diperlukan akan kita lakukan dengan bersungguh-sungguh dan gigih. Kesan yang di
maksudkan ini adalah
i.
Pilihan yang betul
Nak dapat
yang menyeronokkan sudah pasti kita akan memilih perkara yang boleh
mendatangkan minat yang mendalam dalam diri kita. Bila dah minat sudah pasti
kita kan menjadikan satu tabiat dan kebiasaan buat kita untuk melakukannya.
Menjadikan karier jualan dalam diri kita perlu ditanamkan rasa seronok untuk
melakukannya agar bila rasa seronok hadir bertambah bersemangat dan memberikan
satu keyakinan yang jitu pada karier. Perkara yang telah menjadi satu kebiasaan
bagi kita sudah pasti akan menjadikan kita seorang yang penuh dengan pengalaman
dan tahu bagaimana untuk melakukannya.
ii.
Keputusan yang tepat
Apa yang
telah kita tetapkan dan mahukan perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin bagi
mendapatkan satu keputusan yang tepat dan mantap. Mendapatkan satu keputusan
yang tepat dan dikehendaki perlu kepada tabiat kebiasaan kita untuk
melakukannya. Adanya tabiat sudah pasti apa yang kita lakukan lebih konsisten
dan berterusan. Semuanya bagi memastikan satu keputusan akhir yang perlu di
capai seperti mana yang di mahukan.
iii.
Lebih efektif
Keberkesanan
dalam melakukannya semua bergantung pada keupayaan dan kebiasaan kita
melakukannya. Apabila telah biasa dilakukan sudah tentu kita dengan sendirinya
lebih efektif dalam melakukannya. Bukan sekadar bercakap kosong tapi
kesungguhan dan kegigihan pasti memberikan hasil seperti mana yang kita
mahukan. Perkara yang sudah di biasakan diri kita melakukannya sudah pasti
hasil yang diperoleh akan menjadikan kita lebih cemerlang dan hebat setiap masa
melakukan jualan.
iv.
Memegang amanah
Bila dah
menjadi tabiat sudah pasti tugasan kita dalam melakukan jualan akan dirasakan
satu amanah yang perlu dipikul sebagai satu tanggungjawab yang mesti dibuat.
Bila merasakan satu amanah dengan sendirinya andai kata kita gagal melakukannya
sudah pasti kita merasa amat bersalah yang amat sangat. Makin di rasa kesalahan
kita pasti akan lebih mendorong kebiasaan untuk lebih bersungguh dan
berhati-hati dalam melakukan jualan agar lebih berjaya di masa hadapan.
v.
Keyakinan
Yakin perlu
ada. Setakat tahu dan boleh buat tapi kalau tiada keyakinan untuk melakukannya
sudah pasti tidak ke mana pun perginya. Mesti ada satu unsur penolakan dalam
diri kita melakukannya. Tapi kalau dah biasa dengan apa yang kita lakukan sudah
pasti tanda kesungguhan dan kegigihan dalam melakukannya akan terbukti juga.
Berikan yang terbaik kalau keyakinan kita telah tersemat dalam sanubari kita.
Cipta kesungguhan dan kegigihan kita dalam melakukan jualan bermula sebagai
satu minat atau hobi yang perlu dilakukan. Bila kita mula melakukannya secara
konsisten dan berterusan lama kelamaan pasti akan apa yang kita lakukan telah
menjadi satu kebiasaan dan tabiat kekal dalam diri kita. Mahu atau tidak sudah
pasti kita akan melakukannya walaupun terdapat halangan dan rintangan yang
perlu ditempuh. Biasakan diri apa yang kita lakukan agar apa juga yang
ditempuhi dapat dilakukan dengan lebih baik dan bersemangat lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan