Cukup menghairankan jika jualan yang semakin lama dilakukan semakin menjadi
negatif pula tanggapan dan anggapan dalam melakukan jualan. Seolah-olah tugasan
dan keseronokan melakukan jualan langsung tidak boleh untuk di kecapi. Membuang
masa sahaja dirasakan. Pada permulaan disangka boleh menambahkan pendapatan
tetapi langsung tiada perolehan pula untuk dinikmati. Tengok orang lain
melakukannya macam hebat sahaja namun apa yang kita alami menjadi sebaliknya
pula.
Muhasabah segera kenapa boleh berlaku begini. Mesti ada punca dan penyebabnya
tiba-tiba layu tidak ketahuan. Bagaimana mantari yang diharapkan tapi hujan
lebat selebat-lebatnya pula di waktu tengah hari. Inilah yang perlu dielakkan.
Jangan mudah merasa kecewa, menyampah dan putus asa yang bukan-bukan. Antara
yang perlu diketahui akan apa yang berlaku mungkin perkara-perkara berikut ada kita
lakukan iaitu
i.
Salah berkawan
Memilih
kawan biarlah yang boleh berjasa kepada kita. Segala pandangan dan tanggapan
mereka perlu kita nilai kan semula. Jangan main terima bulat-bulat begitu
sahaja. Bukan semua yang mereka perkatakan adalah betul semata-mata mengikut
landasan yang kita lakukan selama ini. Pilihlah kawan yang baik yang mampu
memberikan kita dorongan, penaik semangat dan mengajar erti kehidupan untuk
mencapai apa yang kita cari selama ini.
ii.
Tiada penasihat peribadi
Penasihat
yang baik adalah seorang yang mampu menghulurkan bantuan dan pertolongan tidak
kita masa dan ketikanya kepada kita. Sentiasa memberikan impak yang positif kepada
kita tanpa mengharapkan sebarang pulangan dan kepentingan buat dirinya.
Penasihat yang baik bukan bermakna menjadi hamba kepada kita. Seseorang di mana
sanggup mengorbankan masanya sedikit untuk kita bertukar fikiran dan memberikan
nasihat yang baik demi kemajuan karier kita dalam bidang jualan. Belajar berlapang
dada menerima segala teguran dan kritikan yang membina demi masa depan karier jualan
kita.
iii.
Gagal mengawal perasaan
Mudah
putus asa dan kecewa. Gagal sahaja kecewa. Tak dapat yang di kehendaki putus
asa yang bukan-bukan. Langsung tak mahu belajar dari kegagalan. Lebih banyak
ambil mudah dari melakukannya secara bersungguh-sungguh. Hilang keyakinan diri
dan mudah kecewa tak tentu hala. Kena berubah segera kalau begini terdapat
dalam diri kita. Jangan tunggu lagi kalau kejayaan dimahukan.
iv.
Kurangnya keyakinan
Keyakinan
mudah luntur. Ada bangkangan dan bantahan langsung dianggap satu adegan paling
memeritkan dalam jualan. Sentiasa DOWN tak tentu hala yang perlu diperbaiki
segera. Jangan dilayan terlalu sangat nanti yang merana kita juga. Nak mudah mendapatkan
keyakinan kena dapatkan penutupan jualan sebanyak yang termampu. Bila penutupan
jualan diperoleh secara tidak langsung kita semakin berminat melakukan jualan. Bila
dah berminat melakukan jualan sudah pasti
keyakinan diri akan tersemat dengan begitu kukuh sama sekali.
v.
Pengalaman yang ada tidak dipertingkatkan
Setiap
kali melakukan jualan sudah pasti secara tidak kita sedari pengalaman baru
pasti ditempuh. Lagi banyak melakukan jualan dan berinteraksi dengan orang
ramai lagi banyak yang boleh kita peroleh dengan sebaik yang mungkin.
Pengalaman adalah sifu sebenar kita dalam kita mengharungi detik-detik
melakukan jualan. Jangan dipersiakan sewenang-wenangnya. Kutip sebanyak yang
mungkin agar kita benar-benar menjadi seorang yang berpengalaman penuh dalam
melakukan jualan.
vi.
Kelemahan mem perkasa kan diri
Per kasakan
diri. Bukan bermakna menjadi kuat seperti seorang ‘BODY BUILDER’ dan boleh
mengangkat barangan berat. Per kasakan diri yang dimaksudkan di sini adalah
bagaimana ketabahan dan kekuatan dalaman kita boleh disemai memberikan kekuatan
diri dalam menghadapi apa juga rintangan dan masalah yang ditanggung. Bukan
main terjah begitu sahaja tetapi pembentukan dalaman dan luaran perlu seimbang
agar apabila melakukan jualan kita tetap dapat untuk melakukannya.
vii.
Lemahnya hubungan dengan Allah
Tolong jangan
diabaikan hubungan kita dengan Allah. Mintalah apa juga kepada Allah sudah
pasti akan diperkenankan. Memudahkan tugasan, orang yang berada di hadapan kita
cukup senang dengan kehadiran kita dan mereka sanggup mendengar akan apa yang
mahu kita sampaikan. Semuanya dengan izin Allah. Jangan pula kita tidak
berusaha kerana tanpa usaha walaupun berdoa berjela-jela sekalipun hasil tidak
ke mana juga. Biarlah Allah membantu kita bersesuaian dengan usaha yang telah
kita lakukan. Barulah betul.
Bila dah menjadi negatif jangan dibiarkan berpanjangan. Pasti akan memberi
kesan dan impak kepada tugasan kita dalam melakukan jualan. Tiada jalan mudah
dan pintas untuk mendapatkan kejayaan dalam jualan. Semuanya kena ditempuh
dengan hati yang terbuka bergantung kepada kesanggupan kita melakukan tugasan.
Biar putih mata jangan putih tulang. Lakukan sebaik mungkin kerana ada ganjaran
yang bakal kita peroleh kalau kita lakukan dengan bersungguh dan gigih. Mana
yang salah perbaiki segera dan jangan sama sekali diulangi. Berakit-rakit ke
hulu berenang-renang di tepian, bersakit-sakit dahulu agar dapat bersenang
lenang di kemudian pula. Teruskan perjuangan agar perjuangan yang dilakukan
menjadi nadi dan teras dalam kita melakukan jualan peroleh kejayaan yang
dimahukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan