Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 27 Disember 2013

PERLUKAH BANTUAN BOMOH ATAU PAWANG




Tidak dinafikan bahawa berada dalam ketewasan atau tidak tahan dengan melihat kejayaan orang lain mulalah mencari jalan bagaimana untuk memperbaiki dan mengatasinya. Bagi yang berusaha dengan lebih melipatkan lagi usaha yang ada amat dialu-alukan. Masalahnya adalah apabila menggunakan perkara lain di luar dari apa yang manusia lakukan. Tanpa berfikir panjang dan pendek akal maka mulalah episod dengan menggunakan khidmat bomoh atau pawang. Seolah-olah mereka adalah jalan terbaik menyelesaikan masalah yang mereka tanggung selama ini. 

Biarlah orang lain jatuh dari kejayaannya. Tidak kiralah di sihirkan atau di santau kan kepada mereka yang berjaya asalkan mereka jatuh berdentum dan merudum. Kalau boleh biar mereka keluar terus dari bidang yang mereka ceburi ini. Biar jangan nampak muka mahupun bayang mereka lagi buat selama-lamanya. Sememangnya orang kita sungguh kuat dengan hasad dengki, iri hati dan ketidakpuasan hati tidak mahu melihat kejayaan pada orang lain. Kalau boleh biarlah dirinya sahaja yang berjaya dibandingkan dengan yang lain. Biasa terjadi dan berlaku pada mereka yang menceburi bidang perniagaan dan jualan.

Tidakkah kita terfikir akan logik akal. Kenapa memilih manusia untuk meminta bantuan yang sepatutnya kita lakukan hanya memilih Allah sebagai tempat kita bergantung 100% sepenuhnya. Sebagai seorang Muslim yang sejati perbuatan tersebut seolah-olah kita telah mengetepikan Allah dan dikhuatiri nanti boleh berlaku syirik pula kepada Allah. Aisyah berkata, beliau mendengar Rasulullah bersabda ‘ Malaikat turun ke awan dan menyebut keputusan yang dibuat di langit. Syaitan mencuri dengar dan memberitahu kepada bomoh. Bomoh itu pun menipu dengan menokok tambah sendiri pula dengan 100 dusta’ (Hadis Riwayat Bukhari). Kena ingat sama akan dosa pahala. Kita di dunia ini hidup sementara sahaja dibandingkan dengan hidup di akhirat nanti. Rasulullah sendiri telah memaklumkan bahawa pergantungan kita kepada bomoh atau pawang hanyalah satu sumber yang menipu sahaja. Kalau berlaku pun mungkin secara kebetulan sahaja sebagai satu ujian Allah pada orang yang menghendaki dan pada orang yang terkena pula.

Aisyah berkata ‘Ada orang bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan bomoh’ Baginda menjawab ‘Mereka tidak mampu buat apa-apa pun’ Sahabat baginda berkata ‘Wahai utusan Allah, tetapi kadang-kadang mereka beritahu sesuatu kepada kami dan ia benar-benar berlaku’ Rasulullah bersabda ‘ Itulah perkataan benar yang dicuri oleh jin, dibisikkannya pada telinga bomoh itu, dan mereka menokok tambah dengan 100 dusta’ (Riwayat Bikhari dan Muslim).

Demi memuaskan hawa nafsu dan kepentingan diri kita sendiri dengan sanggup melihat orang yang berjaya kita jatuhkan dengan sewenang-wenangnya. Habis segala waktu kita pergunakan dengan bertemu dan bersua dengan pawang dan bomoh asalkan hati dan perasaan kita merasa cukup puas dengan apa yang kita dengki kan. Biar dia merana biar dia sengsara asalkan kita merasa puas itu sudah cukup dengan apa yang kita lakukan. Berapa lama kepuasan itu akan menjelma? Adakah kita akan puas di dunia dan akhirat nanti? Memadai kah tindakan kita? Selagi kita hamba Allah beringatlah sentiasa yang Allah itu Maha Berkuasa Maha Adil dan Maha Mengetahui. Kembalilah semula ke pangkal jalan agar kita mampu untuk hidup bukan setakat di dunia sahaja tetapi di akhirat sama dengan rasa tenang, bahagia dan sentiasa mengharapkan keredaan Allah hendaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan