Selagi ia nya buatan manusia selagi itu Allah akan beri kita peluang untuk
menghidu dan mengesan dari awal lagi sebelum parah pula yang mendatang. Kuatkan
keyakinan bertawakal kepada Allah agar kita sentiasa dilindungi dari
perkara-perkara yang khurafat jauh dari apa yang kita sangka kan. Menurut Ustaz
Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam yang terkenal di Malaysia ini berikut
adalah cara-cara untuk mengenali tukar sihir
i.
Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa
yang pernah dipakai oleh pesakit seperti kain, baju, sapu tangan dan sebagainya
ii.
Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan
sifat-sifat tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah; Ada kalanya
melumurkan darahnya ke bahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan
sembelihan ke tempat yang sunyi.
iii.
Memberi azimat-azimat tertentu
iv.
Membaca jampi serapah ke atas azimat itu
dan menggunakan bahasa yang tidak difahami
v.
Menggunakan kain yang berbentuk empat segi
di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor
vi.
Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air
selama masa tertentu biasanya selama empat puluh hari. Tanda ini menunjukkan
bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama Kristian
vii.
Menyuruh pesakit supaya menghindari orang
atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak di masuki sinar mantari
viii. Menyuruh
pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah
ix.
Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan
disuruh berasap dengannya
x.
Dia membaca sesuatu yang tidak difahami
xi.
Memberi tahu pesakit tentang namanya,
negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan
xii.
Menulis huruf-huruf pada potongan kertas
atau pada tembikar berwarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam
air dan meminumnya.
Jangan mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan syaitan. Tiada gunanya
kalau kita turutkan apa yang syaitan mahukan. Kepuasan yang diperoleh hanya
seketika dan bukannya kekal selama-lamanya. Bagi yang telah melakukannya
bertaubatlah segera manakala yang baru
bercadang untuk melakukannya eloklah ditinggalkan sahaja niat tersebut. Tidak
pergi ke mana pun. Carilah kepuasan yang kekal abadi di jalan Allah itu yang
sepatutnya. Jangan ambil jalan mudah tapi berusahalah dengan bersungguh-sungguh
dan gigih. Jangan hiraukan apa yang orang lain perkatakan tapi lakukan tanpa
ada nya rasa putus asa dan kecewa. Selagi hayat di kandung badan selagi itulah
kejayaan perlu dicari sampai bila-bila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan