Sesuatu pekerjaan kalau dilakukan secara konsisten dan berterusan pasti
akan memberikan pulangan yang paling kita mahukan. Melakukan tugasan secara
tidak putus-putus sudah pasti kesan dan impaknya boleh kita rasakan tatkala
kita tidak melakukannya. Seolah-olah ada yang tidak kena dan merasa ada
kekurangannya pula. Bila ini dapat kita rasanya bermakna apa yang telah kita
lakukan telah menjadi satu tabiat yang perlu dan mesti kita laksanakan secara
tidak langsung.
Umpama menggosok gigi setiap kali bangun tidur di pagi hari. Mahu tidak
mahu kerana sudah kebiasaan pasti kita akan menggosok gigi. Kalau tidak
dilakukan sememangnya kita akan merasakan ada yang tidak kena dengan diri kita.
Kerana itu tabiat yang baik perlu di kekalkan agar kita tidak sering kali
terlupa dan menjadi malas pula jadinya. Antara penyebab utama kenapa melakukan
jualan perlu dijadikan satu tabiat yang mesti dilakukan adalah kerana
i.
Biasa dengan apa
yang kita lakukan
Perkara
yang telah biasa kita lakukan sudah semestinya kita mesti melakukannya. Tidak
kira ada halangan, cabaran dan rintangannya sudah pasti akan kita lakukan
dengan sebaik yang mungkin. Bak kata orang tua-tua sudah menjadi darah daging
mahu tak mahu sudah pasti akan dilakukannya.
ii.
Yakin dengan apa
yang dilakukan
Berkeyakinan
apa yang dilakukan hanya kerana satu kebiasaan dalam kita melakukannya. Tabiat yang
menjadi kekal sudah pasti yang kita amat yakin dalam melakukannya. Bukan untuk berlakon
tapi sememangnya kita pasti lakukan. Tidak boleh lari kerana keyakinan kita
akan mengatasi segala-galanya membolehkan kita tahu bagaimana untuk
melakukannya.
iii.
Satu tanggungjawab
menunaikan apa yang dihajatkan
Fikirkan
sentiasa bagaimana untuk tunaikan apa yang kita hajati. Kita berhajat pada
sesuatu sudah pasti kita akan bersungguh untuk melakukannya mencapai apa yang
kita inginkan. Keazaman kalau tidak difikirkan tentang tanggungjawab yang perlu
dilakukan sudah pasti tidak ke mana. Kerana itu penting menjadikan karier
jualan sebagai satu tabiat agar lebih mudah untuk melakukan jualan. Bila dah
jadi tabiat sudah semestinya kita akan merasakan satu tanggungjawab yang mahu
tidak mahu perlu dilakukan juga.
iv.
Tahu apa yang perlu
untuk dilakukan
Bila dah
menjadi tabiat sudah pasti secara automatiknya kita tahu apa dan bagaimana
untuk melakukannya dengan lebih baik setiap hari. Perkara yang sudah kita
ketahui, pasti akan memberikan hasil pulangan yang baik untuk kita
melakukannya. Biarlah apa orang lain nak perkatakan dan memberi komen
sekurang-kurangnya kita dah ketahui bagaimana melakukannya yang terbaik.
Tanamkan azam agar melakukan jualan juga perlu kepada satu tabiat yang
mesti kita lakukan. Di samping melakukannya sebagai satu minat dan hobi kita
juga boleh menjadikan karier jualan sebagai satu karier yang boleh per tingkatkan
lagi profesionalismenya. Selagi kita berminat untuk membantu dan menghulurkan
bantuan kepada orang menerusi produk yang ditawarkan selagi itulah kita akan
mampu menjana perolehan ganjaran bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat sama.
Lakukan yang terbaik jadikan sebagai satu tabiat agar sikap malas kita dapat
dihindari dengan sebaik yang mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan