Tidak dinafikan ada kalanya kemerosotan jualan pasti berlaku. Setinggi dan
sehebat mana sekalipun sampai waktu dan ketikanya pasti akan merudum jatuh.
Berlaku tanpa kita sedari. Berlari sekuat mana sekalipun pasti akan berhenti
seketika mencari untuk menarik nafas. Begitulah dalam juala. Harap hujan sampai
ke petang rupanya panas mantari di tengah hari. Bukan semua keadaan boleh
dikawal begitu sahaja.
Mungkin banyak faktor-faktor yang perlu kita ketahui. Semuanya bergantung
kepada sama ada boleh di kawal ataupun tidak. Mana yang boleh di kawal kita
perbetulkan segera. Manakala yang sukar pula di luar perlu tindakan yang
berhati-hati untuk mengatasinya. Jangan mudah mengalah tapi bersedia menghadapi
cabaran yang ada. Mungkin kemerosotan jualan tersebut adalah disebabkan
i.
Persaingan pasaran yang tinggi
ii.
Pelanggan sudah tidak mempercayai dan
menerima lagi
iii.
Pasaran merudum
iv.
Produk yang dikeluarkan tidak relevan lagi
v.
Merasakan produk pesaing sememangnya
memenuhi permintaan pasaran
Firman Allah bermaksud ‘Patut kah manusia menyangka Bahawa mereka
akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka
tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji
orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian),
nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya
beriman, dan nyata pula apa Yang diketahui Nya tentang orang-orang Yang
berdusta’. (Surah Al-Ankabut Ayat 2-3).
Inilah yang perlu kita lakukan. Jangan mudah mengeluh dan mengalah. Atasi
segera dengan sebaik mungkin. Setiap masalah pasti ada solusi nya. Kena
berfikir sedikit lakukan penyelidikan dan kenal pasti apa tindakan sewajarnya.
Bukan mudah untuk menjadi mudah. Semuanya bermula dari diri kita sendiri sama
ada mahu atau tidak untuk perbetulkannya. Antara perkara-perkara yang boleh di
atasi adalah
i.
Lihat semula diri kita
Kenal
pasti dahulu apa kekurangan yang ada pada kita. Jangan menyalahkan yang lain
dahulu. Kena periksa dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Lakukan perancangan
segera berdasarkan kepada
a. Muhasabah diri
Tindakan
terbaik muhasabah diri kita dengan secepat yang mungkin. Tak perlu bertapa
dalam gua untuk mengetahuinya. Cukuplah sekadar kita relak sebentar fikirkan
semula apa yang telah dilakukan selama ini. Adakah tindakan kita ini betul atau
salah? Bagaimana persepsi mereka terhadap kita? Masih relevan kah perkhidmatan
kita semasa dan selepas jualan? Semua perlu dilakukan dengan tenang dan sabar
mencari titik pertemuan antara kenyataan dan khayalan kita untuk diperbetulkan
dengan segera.
b. Salah dan silap
Mana-mana
yang silap dan salah kena perbetulkan segera. Jangan mudah merasakan apa yang
kita lakukan betul dan benar sahaja. Terima dengan hati terbuka mungkin ada
yang kita lakukan tidak dapat diterima oleh orang lain. Kalau yang menegurnya
terima sahaja walaupun kadang kala ia nya mungkin menyakitkan hati kita.
Berubah sebaik mungkin perbaiki kelemahan yang ada. Dah tahu membawa kepada
kesilapan dan kesalahan akui terlebih dahulu dan jangan sama sekali diulang
lagi tindakan tidak betul kita itu. Perbaiki segera atasi kelemahan dan segala
kesilapan dengan cepat dan segera.
ii.
Sasaran pelanggan
Merudum
hanya disebabkan salah sasaran pelanggan. Bukan satu yang mustahil tapi sesuatu
yang perlu difikirkan bersama. Kena periksa semula dan kenal pasti sepatutnya.
Jangan mudah merasakan apa yang kita sasarkan adalah betul dan tepat. Lakukan
pemilihan dan saringan tanpa merasa jemu dan mudah putus asa. Pilih dan saring
yang terbaik berdasarkan produk yang kita ingin tawarkan agar boleh disesuaikan
dengan kehendak mereka. Memang ambil masa sedikit tapi lama-lama sudah pasti
kita mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk melakukannya.
iii.
Hidupkan aktiviti-aktiviti jualan
Bertindak
pantas lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang orang ramai mengetahui
semula produk kita. Dengan pembukaan kaunter, pengedaran flyers, perletakkan
kain-kain rentang dan sebagainya boleh
menaikkan semula kesedaran orang ramai di atas kewujudan produk kita. Jangan
malas dan merasakan
iv.
Semak pasaran semula
Lakukan secara
bersepadu semula kenal pasti kehendak pasaran yang bagaimana boleh membantu
kita per tingkat dan penaik kan semula produk kita. Apa yang mereka mahukan dan
apa yang mereka carikan. Kalau pesaing boleh melakukannya kenapa tidak kepada
kita? Mesti ada jalan penyelesaiannya. Banyakkan bertanya kepada orang ramai
apa yang mereka cari. Paling tidak pun tanyakan pada pelanggan-pelanggan kita
adakah produk kita masih relevan ataupun tidak. Jangan main semberono sahaja
dikhuatiri tidak ke mana pula tindakan dan langkah kita. Bertindak dengan bijak
agar boleh menghasilkan keputusan seperti mana yang dikehendaki.
Berikan kelainan cari minat mereka apa yang mereka cari dan mahukan selama
ini. Cuba dahulu perbetulkan diri melakukan jualan. Lain padang lain
belalangnya, lain orang lain ragamnya. Jangan ada sikap putus asa dan mudah
kecewa. Terima dengan hati terbuka apa yang berlaku dan perbetulkan segera.
Setiap yang berlaku ada hikmah dan hikmatnya. Berikan yang terbaik dengan
keikhlasan hati agar apa juga yang berlaku boleh diatasi dengan sebaik yang
mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan