Sememangnya melakukan jualan keyakinan diri amat-amat diperlukan. Tanpa
keyakinan diri bagaimana kita mahu yakin dalam melakukan jualan. Masalahnya apa
yang berlaku adalah sebaliknya di mana perasaan tinggi diri cukup mudah berlaku
dan terjadi terutamanya jika prestasi kita sering dipuji-puji dan mampu untuk
mengalahkan pesaing-pesaing yang lain.
Ini lah yang membimbangkan kita. Tak fasal-fasal boleh menjadikan diri kita menjadi
seorang yang mudah lupa diri dan mudah menjadi seorang yang bongkak pula.
Firman Allah bermaksud "Dan janganlah Engkau
memalingkan muka mu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah
Engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan
sederhanakanlah langkah mu semasa berjalan, juga rendahkanlah suara mu (semasa
berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (Surah
Al-Lukman Ayat 18-19).
Dalam jualan pembinaan keyakinan diri amat dituntut. Tanpa diri merasa
yakin sudah pasti tidak ke mana hasilnya. Sanggup kah kita melakukan jualan
dalam perasaan takut, gerun, menggelabah dan sebagainya yang boleh dan mampu
menggugat karier kita dalam jualan. Bagi mendapatkan keyakinan diri dalam
melakukan jualan, tindak tanduk kita amat diperlukan terutamanya ketika
i.
Lakukan dengan ketenangan
Biasakan
dengan muka yang selamba dan bersahaja. Cari ketenangan ketika melakukan
jualan. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang boleh kita amalkan untuk mencari
ketenangan. Amalkan sebaik mungkin. Latih diri kita untuk berkomunikasi dan
berinteraksi di hadapan cermin atau di hadapan rakan setugas kita. Terima
dengan hati yang terbuka segala teguran mereka dan perbaiki sebaik yang
mungkin. Tiada istilah gementar atau gemuruh selagi kita berkehendakkan untuk
melakukannya.
ii.
Menyampai secara bersahaja
Diri yang
tenang pasti memberikan kesan dan impak yang baik untuk kita melakukan jualan.
Muka kena bersahaja, relak dan jangan difikirkan yang bukan-bukan. Kalau inilah
yang dapat kita lakukan sudah pasti komunikasi dan interaksi kita di hadapan
bakal pelanggan dan pembeli pasti berjalan lancar. Sampai dengan baik walaupun
kita bukanlah seorang yang handal dalam berpidato. Asalkan mereka mudah yakin,
jelas dan memahami apa yang kita sampaikan terhadap mereka itu sudah dikira
amat memadai.
iii.
Sentiasa berhemah
Lakukan
apa juga kena berhemah dan bersopan. Jangan kurang ajar. Ini lah yang telah
diajar oleh agama dan adab resam kita. Selagi kita merendah diri selagi itu
kita akan dihormati baik oleh rakan taulan ataupun musuh ke atas kita. Yakin
apa yang kita lakukan bukan menjual untuk membanggakan diri. Semakin mereka
menghormati kehadiran kita semakin meningkat keyakinan kita untuk lebih
berinteraksi dan berkomunikasi.
iv.
Berinteraksi mencari apa masalahnya.
Biarlah apa
orang nak per katakan kepada kita. Meskipun berinteraksi dengan bijak dan
berjaya menarik perhatian diri mereka. Sebaik-baik tindakan per banyakkan
bertanya kenal pasti apa masalah yang ditanggungnya selama ini. Selagi kita
gagal ketahui masalahnya sudah tentu kita tidak akan dapat mengesan apa yang
dimahukan. Berinteraksilah dengan keyakinan diri yang ada dan pastikan jangan
meninggi diri pula ketika pencarian masalah sedang berlaku.
Penting dalam diri kita ada keyakinan yang sewajarnya. Elakkan menjadi OVER
CONFIDENT pula nanti
sikap begini yang mudah menghancurkan diri dan karier kita. Berfikir dahulu
sebelum bertindak. Fikiran yang waras pasti memberikan tindakan terbaik untuk
dilakukan. Untuk mendapatkan tindakan terbaik pasti memerlukan keyakinan diri
bukan tinggi diri untuk melakukannya. Yang penting sebelum redah melakukan
jualan pastikan keyakinan diri dapat dicipta terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan