Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 26 Disember 2013

HINDARI HASAD DAN IRI HATI - Part 2




Kenapa masih perlu  berhasad dengki dan iri hati atas kejayaan orang lain? Jika virus yang dinyatakan ini masih menebal berubah demi kebaikan diri kita juga kerana umur kita masih panjang lagi kerana akan hidup di dunia yang satu lagi. Perlu kah kita menjadi penghuni di neraka nanti gara-gara terlalu ekstrem dengan virus iri hati dan berhasad dengki ini?

Lakukan perubahan segera. Jangan di tangguh lagi. Buat baik biar berpada buat jahat jangan sekali. Terdapat tiga tindakan bijak yang perlu kita lakukan apabila masih wujud lagi virus hasad dengki dan rasa iri hati yang kuat berada di dalam diri kita  iaitu

        Pertama
Pelajari bagaimana mereka lakukan. Dalami lagi ilmu tentang kejayaan mereka. Jadikan mereka seperti idola kita agar kita mampu juga berjaya seperti mereka. Pengalaman dan pengetahuan mereka menempa kejayaan perlu untuk kita ketahui lebih mendalam agar kita juga mampu melakukannya seperti mereka.

Kedua
Kita menginginkan nikmat seperti yang mereka peroleh. Bersangka baik dengan kita pastikan nikmat yang mereka peroleh selama ini tidak hilang dari mereka. Sifat ini adalah terpuji (mahmudah) dan sentiasa doakan kejayaan orang lain sama. Hindari dari sikap tamak dan pentingkan kejayaan untuk diri kita sendiri sahaja. Kalau orang lain boleh mendapatkan kejayaan kenapa tidak kepada kita dengan cara yang baik tanpa perlu melihat orang lain menanggung kekecewaan.

Ketiga
Adanya sikap persaingan dan kompetitif (Munaafasah). Kita berusaha keras dan gigih untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh mereka yang berjaya melakukannya. Hanya sikap ini yang mampu dilakukan dalam batas-batas kemampuan manusia. Kerana itu persaingan ini amat digalakkan dalam agama. Bersaing untuk berlumba-lumba melakukan jualan bagi mendapatkan kejayaan secara ikhlas dan telus. Memastikan semua orang boleh menikmati segala punca rezeki tanpa adanya hasad dan iri hati.

Melakukan jualan biarlah kita mampu peroleh keuntungan dan ganjaran bukan sahaja setakat di dunia tetapi juga di akhirat sama. Bak kata pepatah berat sama di pikul ringan sama di junjung. Inilah semangat yang perlu kita lakukan dan tanamkan dalam hati dan sanubari kita sehari-hari. Nak berdengki sekalipun biarlah berdengki bagaimana kita juga mampu untuk berjaya seperti mereka dan tidak sama sekalipun mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkannya. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik apa kaedah dan caranya agar bukan setakat kita mampu dan boleh berjaya di dunia tetapi juga di akhirat sama. Niat hati yang ikhlas dan telus sudah pasti Allah akan per mudahkan lagi apa yang kita mahukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan