Bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan perlu memberikan implikasi riak
muka yang ceria dan menggembirakan. Jangan ada yang berkerut dan riak sedih
apabila melakukan jualan. Jauhi dan elaklah sama sekali. Kita tidak gembira
bagaimana bakal pembeli atau pelanggan mahu gembira apabila mereka melihat
kita. Tukarkan sama sekali. Keceriaan perlu diwujudkan agar lebih mudah dan
menyenangkan diri kita semasa melakukan jualan.
Ambil tindakan yang bijak. Apa salahnya jika kita abaikan seketika
i.
Segala masalah yang dihadapi. Demi karier
dan sesuap nasi kita lupakan seketika apa juga masalah yang dihadapi. Tak
kiralah mungkin ada pertengkaran dengan pasangan kita, kerosakan kereta, putus
cinta atau kena marah dengan bos semuanya kena dilupakan seketika. Jangan
dilayan masalah tersebut tatkala bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan.
Wujudkan keceriaan yang sewajarnya agar mereka juga merasa seronok dengan apa
yang kita tampilkan.
ii.
Segala kesukaran dan kesusahan kita dalam
melakukan jualan perlu di lupakan seketika. Jangan ditunjukkan apatah lagi
dimaklumkan kepada mereka tentang apa juga kesukaran kita kepada mereka. Lupakan
seketika beri fokus sepatutnya. Berikan presentasi dan penerangan yang terbaik
kepada mereka agar mereka tahu apa yang kita inginkan dari mereka. Dapatkan
keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap kita agar jualan yang dilakukan lebih
mudah untuk dilaksanakan.
iii.
Ragam dan tabiat tak elok mereka perlu
diberikan sangka baik. Berfikiran positif agar interaksi dan komunikasi kita
terhadap mereka boleh diwujudkan secara harmoni dan menyeronokkan. Bersangka
baik boleh mendatangkan banyak keuntungan dan kelebihan kita dalam melakukan
jualan. Berikan yang terbaik pikat hati dan perasaan mereka agar jualan kita
pada akhirnya boleh diterima juga oleh mereka.
iv.
Demi jualan hilangkan seketika perasaan
malu dan segan. Kerana ada perasaan malu dan segan tidak bertempat ini sampai
bila pun kita akan gagal untuk mendapatkan pelanggan apatah lagi penutupan
jualan. Fikirlah sebaik-baiknya agar segala malu dan segan yang ada dalam diri
kita perlu kita tinggalkan seketika. Dalam jualan tidak perlu ada perasaan
begini. Yang perlu ada rasa segan malu adalah apabila kita asyik gagal dalam
peroleh penutupan jualan setiap masa.
v.
Kenapa perlu di bangga dengan jawatan yang
ada. Melakukan jualan perlu ada perasaan merendah diri dan tawaduk kepada bakal
pembeli atau pelanggan. Rasa hormat dan menghormati perlu ada dan jangan sama
sekali ada perasaan riak atau takbur. Jualan hendak diterima tapi rasa tinggi
diri dan sombong bukan main lagi lagaknya. Bagaimana mereka nak hormati diri
kita andai kata kita masih tetap dengan lagak dan tinggi dirinya kita. Kita
yang berkehendakkan mereka dan bukannya mereka yang berkehendakkan mereka.
Tak salah kalau kita lakukan tindakan lupakan seketika akan perkara-perkara
di atas. Demi melariskan jualan lakukan apa sahaja. Bukannya kita meminta
sedekah. Kita hanya menjual dan tak perlu kita bawa sekali perkara-perkara yang
dinyatakan apabila melakukan jualan. Memastikan penutupan jualan boleh
diperoleh itulah matlamat utama kita untuk melakukannya. Jangan fikir yang lain
tapi fokus dan tajamkan lagi pandangan kita konsentrasi apa yang mahu kita
lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan