Terlalu ramai ketika ini orang-orang yang melakukan jualan terlalu kuat
menyimpan rasa iri hati dan berhasad dengki terhadap rakan setugas, pesaing dan
mereka yang terlibat dengan perniagaan yang berjaya dilakukan. Amat menyedihkan
jika mereka melayan dan mengikut hasad dengki tersebut sehingga sanggup
mendoakan kepada Allah yang bukan-bukan, biar orang lain jatuh merudum atau
melakukan sihir ke atas mereka. Inilah satu perkara yang menakutkan boleh
berlaku dalam jualan. Ramai yang mungkin terlupa akan kekuasaan Allah
sebagaimana firman Allah yang bermaksud ‘Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang
Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka)
melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau
pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari
apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa
Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan
limpah kurnia Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu’ (Surah
An-Nisa Ayat 32).
Tidak dinafikan hasad merupakan satu virus yang sangat
membahayakan hati tanpa kita sedari pun. Tatkala hasad telah merasuk dalam hati
dibiarkan sahaja tanpa sebarang pengubatan dan pencegahan sudah pasti boleh
merosakkan dan mematikan hati tersebut. Paling hebat virus hasad ini ternyata mampu menjangkiti sesiapapun juga tanpa mengira
kedudukan, taraf hidup, jawatan dan umur. Terbukti hasad dalam keadaan sejarah
manusia tidak akan berlaku yang lebih baik menjadi terlalu hasad kepada orang
yang di bawahnya. Apa yang di perkatakan adalah orang kaya hasad kepada orang
miskin, orang pintar hasad kepada orang bodoh, mereka yang rupawan hasad kepada
orang yang hodoh, orang yang berjaya dalam karier hasad kepada mereka yang
gagal dan sebagainya lagi.
Kerana hasad dan iri hati Iblis tersingkir dari neraka hanya disebabkan
Nabi Adam tercipta. Ini telah dimaklumkan oleh Allah seperti mana dalam firman
Nya yang bermaksud ‘Dan
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu,
kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada
Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk Dalam
golongan Yang sujud. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekat
mu daripada sujud ketika Aku perintah mu?" Iblis menjawab: "Aku lebih
baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia
Engkau jadikan dari tanah.’ (Surah Al Araf Ayat 11-12). Terbukti hasad dengki dan iri hati yang
berlaku ini telah di ajar dan dilakukan dahulu oleh Iblis kepada manusia.
Sanggup kah kita sebagai seorang mukmin yang taat kepada perintah Allah
menjadikan diri kita seperti Iblis? Tepuk dada tanyalah iman.
Ternyata hasad yang dinyatakan amat bahaya kalau ada dalam diri kita.
Ketahui apa penyebab hasad ini boleh berlaku dan terjadi. Antara
penyebab-penyebabnya adalah hanya disebabkan
i.
Permusuhan tidak berpuas hati dengan apa
yang orang lain nikmati dan terima
ii.
Sikap sombong lupa diri merasakan kitalah yang lebih hebat
iii.
Mudah rasa benci dan meluat jika terdapat orang lain boleh mengatasinya
iv.
Mudah merasa tamak dan lokek dengan apa yang diperoleh
v.
Jiwa tidak tenteram busuk hati atas kejayaan dan kehebatan orang lain
vi.
Menjadi seorang yang gila pangkat, kuasa dan jawatan yang mudah merasakan
hanya diri dia sahaja yang layak dan bukannya orang lain
Dari Nabi SAW, sabdanya ‘Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling
memutuskan silaturahim, dan janganlah kamu saling berdengki (hasad), dan
janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai
hamba-hamba Allah yang bersaudara.’ (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim). Inilah yang sepatutnya kita lakukan sebagaimana
yang Rasulullah perkatakan. Jangan mudah mengikut apa yang terlintas atau
berada dalam hati kita. Sesungguhnya bisikan dan tarikan Iblis sangat hebat
tanpa kita sedari pun.
Banyakkan berfikir sebelum melakukan
sesuatu terutama yang melibatkan orang lain. Sama-sama menjual dan mencari sesuap
nasi bagi kehidupan masing-masing. Apa salahnya kita berkongsi sama. Buang perasaan
inginkan ketamakan dan mementingkan diri sendiri. Bila menuai biarlah berpada. Fikirkan
orang lain sama. Belajar berkongsi sama hidup bermasyarakat. Membantu bukan setakat
pada bakal pembeli atau pelanggan sahaja tetapi semua orang walaupun pada pesaing.
Yakin dan percaya pada janji Allah kerana sekali kita melakukan kebaikan sudah pasti
Allah juga akan membantu sama kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan