Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 9 Disember 2013

HILANG JUALAN




Melakukan jualan perlu kepada bermatlamatkan mendapatkan penutupan jualan. Kejayaan dalam melakukan jualan sudah pasti akan diukur melalui pencapaian dalam mendapatkan seberapa banyak yang termampu penutupan jualan. Selagi penutupan jualan tidak diperoleh selagi itu bermakna tugasan kita tidak ke mana hasilnya. Bukan sahaja akan menemui kegagalan tetapi juga pasti akan hilang punca pendapatan dan perolehan yang kita mahu-mahukan selama ini.

Perlu ada tindakan yang sewajarnya agar setiap apa yang kita lakukan ada hasilnya di kemudian hari. Jangan main hentam membabi buta kelak nanti yang menyesal. Padahnya nanti sudah pasti adalah untuk diri kita sendiri juga. Hilang dalam jualan amat memedihkan sama sekali. Melakukan jualan bukan semudah memetik jari di tangan, sekali petik 10 orang yang datang tau. Kena ada perancangan dan usaha bagi menghasilkan tindakan untuk mencapai kejayaan. Ambil tindakan yang sepatutnya agar ketahui perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita begitu mudah boleh kehilangan dalam jualan. Antaranya kehilangan jualan yang dimaksudkan ini adalah

i.             Kesetiaan pelanggan sedia ada boleh bertukar kepada pesaing

ii.           Tiada hubungan yang baik dan akrab dengan bakal pembeli atau pelanggan

iii.          Interaksi dan komunikasi yang gagal dilaksanakan

iv.          Tiada langsung nilai tambahan produk kita tawar dan maklumkan

v.            Gagal dalam membezakan produk dengan pesaing tawarkan

vi.          Mana yang sepatutnya dan menjadi keutamaan kita lakukan jualan

vii.        Sikap yang tiada etika dan berakhlak yang di abaikan

viii.       Presentasi yang hambar dan mendukacitakan

ix.         Tiada testimoni atau kenyataan yang menyokong penawaran kita
x.           Gagal lakukan yang terbaik dan boleh memikat 

xi.         Sering memberi anggapan, tanggapan dan andaian yang bukan-bukan

xii.        Mudah sangat memberikan solusi yang tidak bersesuaian dengan kehendak mereka

xiii.      Pelanggan yang sewajarnya masih gagal kita kesan dan sasarkan

xiv.      Terlalu membiarkan pesaing sewenang-wenangnya melakukan jualan melebihi dari kemampuan kita sendiri.

xv.        Mendapatkan keyakinan mereka masih lagi dirasakan satu masalah besar buat kita

Carilah penawarnya dan berikan solusi sewajarnya agar kehilangan jualan dapat kita hindarkan sebaik yang mungkin. Sekali dua kita kalah dan tertewas mungkin tidak mengapa. Tapi kalau sering dan acap kali dalam ketewasan bagaimana? Sesuatu perlu dilakukan agar kita ketahui kaedah terbaik untuk menghindarinya. Kawallah dia kerana dalam melakukan jualan bukan kehilangan jualan yang kita cari-carikan tapi penutupan jualan itulah matlamat utama dan sebenar kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan