Amat merugikan pada apa yang kita lakukan menjadi hilang begitu sahaja.
Segala usaha dan kesungguhan dalam melakukan jualan akan hilang begitu sahaja.
Segala tindakan perlu dilakukan dengan berwaspada dan cukup berhati-hati agar
keputusan akhir yang dimahukan tidak kempunan hilang begitu sahaja. Kalau gagal
bukan bermakna bakal pembeli atau pelanggan yang akan merasa kecewa tetapi
sebenarnya adalah diri kita sendiri yang menanggungnya. Terasa diri terlalu
penat, membuang masa dan wang begitu sahaja. Inilah jadinya kalau setiap
halangan yang kita lalui tidak kita perbetulkan lagi tindakan kita. Pengalaman
adalah guru terbaik dalam kita mempelajari sesuatu perkara yang telah berlaku
untuk dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar paling berguna.
Atasi segala kehilangan yang berlaku. Jangan mudah putus asa dan kecewa.
Tiada maknanya jika kita berterusan merasakan setiap halangan yang ada dan
mendatang menjadi satu bebanan dan mimpi ngeri yang tiada solusi nya. Ketahui
dengan segera. Selagi kita biarkan selagi itulah kejayaan yang kita impikan
tidak ke mana jua. Antara kehilangan-kehilangan yang perlu kita atasi dengan efektif
lagi dengan melakukan tindakan sewajarnya adalah
i.
Realiti
Sememangnya
harga memainkan peranan penting. Tidak mustahil kalau segala manfaat dan
kelebihan produk menjadi penentu utama asalkan persembahan dan presentasi
diberikan dengan sebaik yang mungkin. Biar ringkas, jelas dan mudah di fahami
agar harga bukannya menjadi pilihan utama buat mereka.
ii.
Strategi
Tukar
kriteria mana yang patut asalkan boleh dan mudah untuk mereka menerima dengan
keyakinan yang tinggi. Bukan semua halangan tiada jalan penyelesaiannya.
Strategi biar betul dan kena pada tempatnya. Jangan main hentam nanti yang
menyesal kita juga. Ambil tindakan yang berhati-hati.
iii.
Berikan idea untuk difahami
Kefahaman
mereka matlamat utama kita. Dengan kefahaman pasti memberikan keyakinan untuk
lebih terdorong menerima tawaran yang ditawarkan. Jual idea biar mereka faham. Berikan
kenyataan yang memberikan kefahaman dan keyakinan mereka terhadap apa yang kita
tawarkan.
iv.
Buktikan apa yang dikatakan itu betul dan
benar
Keikhlasan
dan kejujuran adalah peranan penting dalam menjual. Besar macam mana pun
halangan yang ditempuh pasti boleh diatasi asalkan kita berkata benar dan jujur
terhadap mereka.
v.
Realiti untuk menyalahkan
Sememangnya
sesiapapun akan mencari kambing hitam untuk disalahkan termasuklah kita yang
menjual. Tabah dan tenang. Sabar dalam setiap tindakan agar apa yang kita
lakukan berikan yang terbaik agar tiada siapa pun boleh menyalahkan kita dalam
melakukan penawaran kepada mereka.
vi.
Tanyalah diri sendiri
Apa juga
halangan tanya pada diri kita dahulu apa tindakan terbaik untuk kita atasinya.
Jangan gubra atau gusar. Jalan penyelesaian tetap ada asalkan kita tahu apa
tindakan terbaik untuk kita berikannya.
vii.
Hadapi halangan dan rintangan
Sabar, tenang
dan tabah sentiasa. Bukan main hayun tak tentu hala. Fikirkan dahulu sebelum
melakukan apa-apa tindakan sepatutnya. Jangan timbulkan kemarahan atau
meributkan lagi keadaan dan suasana. Kawal situasi yang sedang dihadapi.
Fikir positif dan bersangka baik. Jangan fikir yang bukan-bukan. Setiap
halangan pasti ada jalan penyelesaiannya. Cari solusi nya dan tempuh dengan
hati yang terbuka. Jangan fikirkan yang bukan-bukan. Layan kehendak bakal
pembeli atau pelanggan yang ditemui. Kita yang mencarinya dan kita jugalah yang
menawarkan produk kenapa kita pula yang perlu bersedih hati dan kecewa.
Bertenang sentiasa agar apa juga halangan yang di hadapi sekurang-kurangnya
kita tahu juga bagaimana untuk mengatasinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan