Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 15 Disember 2013

BERINTERAKSI SECARA BERHEMAH





Amat dituntut apabila bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan interaksi kita dengan mereka perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Lakukan secara berhemah dan bersopan perlu ditonjolkan dengan keberanian menerangkan produk kepada mereka. Berkomunikasi secara berinteraksi amat-amat dituntut agar pertemuan dengan mereka pasti tidak akan mengecewakan bukan setakat kita tetapi mereka juga jangan sama sekali dikecewakan juga. Berikan tindakan yang tidak menyakiti hati mereka agar apa juga interaksi kita pada mereka dapat memikat hati dan perasaan mereka sama sekali.

Ada beberapa tindakan yang perlu dan patut kita lakukan apabila kita berinteraksi dengan mereka iaitu dengan memastikan

i.             Elakkan dari merapu dan bercerita yang bukan-bukan

ii.           Lakukan secara berhemah dan bersopan

iii.          Pikat dan ambil hati mereka secara bersahaja bukan secara memaksa atau menekan

iv.          Ambil hati mereka untuk meneruskan perbualan seterusnya kefahaman mereka kepada produk

v.            Dapatkan maklumat dan informasi yang diperlukan sebanyak yang termampu agar dapat kita menyesuaikan produk dengan masalah mereka

vi.          Letakkan diri mereka seperti pelanggan sedia ada kita agar interaksi kita nampak kesungguhannya

vii.        Tidak mengira siapa pun mereka di hadapan kita kerana kita lakukan untuk menjual tanpa mengira pangkat, darjat dan kuasa. Layanan dan interaksi semuanya sama rata sahaja dilakukan. Tiada konsep pilih kasih atau pilih bulu boleh berlaku

viii.       Fokus dengan apa yang kita lakukan

Berikan yang terbaik. Layanlah dengan penuh kemesraan dan keceriaan yang sepatutnya. Umpama menatang minyak yang penuh jangan sama sekali dibiarkan menitik mahupun tumpah dengan mudah begitu sahaja. Sekali kita menghormati orang sudah pasti di masa akan datang mereka pula yang akan menghormati diri kita. Berinteraksilah secara berhemah dan disukai oleh mereka. Selagi kita tidak berkasar dan mementingkan diri selagi itulah mereka cukup senang dengan kehadiran diri kita dan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Lakukan dengan hati yang terbuka dan seronok untuk melakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan