Ingatlah, setiap apa yang kita perkatakan perlu di kotakan.
Pendirian kena tetap dan yakin apa yang telah diperkatakan dan disampaikan.
Jangan sama sekali bila jumpa seseorang kita perkatakan sesuatu perkara untuk
kita tawarkan produk tapi apabila bertemu dengan orang lain perkhabaran yang
lain pula kita maklumkan. Kena bagi sama, dan pastikan apa juga yang kita
janjikan kepada prospek/pelanggan kita baik semasa menghubungi telefon, temu
janji dan mendapatkan penutupan jualan ia nya benar-benar dilakukan. Elakkan
sama sekali memberikan sebarang alasan dan masalah kepada mereka. Kerana ini
semuanya adalah kredibiliti dan komitmen kita kepada mereka.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu
Abbas r.a berkata, Rasulullah bersabda ‘ Ketika malam di israk kan aku mencium
satu bau-bauan yang sangat wangi baunya, lalu aku bertanya’ Wahai Jibrail, bau
apakah ini? Lalu Jibrail menjawab ‘ini adalah bau wangi tukang sikat anak
Firaun dan anak laki-laki tukang sikat tersebut’ Rasulullah bertanya lagi ‘
bagaimana boleh berlaku demikian? ‘ Jibrail menjawab ‘Ketika dia menyikat
rambut puteri Firaun tiba-tiba penyikatnya terjatuh dan ketika beliau
mengambilnya kembali sikat tersebut dengan membaca Bismillah (dengan nama
Allah).’
Lantas anak puteri Firaun berkata ‘ Kenapa tidak
menyebut nama bapa ku?’ Wanita tukang sikat tersebut menjawab ‘Tidak, Allah
ialah Tuhan ku dan Tuhan mu demikian juga Tuhan ayah mu’. Puteri Firaun
bertanya lagi ‘Kalau begitu kamu beriman dengan kepada Tuhan selain Ayah ku?’
Wanita tukang sikat menjawab ‘ya’. Lantas Puteri Firaun berkata ‘ Kalau begitu
akan aku adukan hal ini kepada ayah ku sendiri’ Wanita tukang sikat menjawab
’Silakan’.
Tanpa membuang waktu Puteri Raja Firaun tersebut
terus memaklumkan akan apa yang telah berlaku kepada ayahandanya. Mendengar apa
yang telah diberitahu oleh anaknya. Firaun dengan segera memanggil tukang sikat
tersebut lalu ditanya pula oleh Firaun. Wanita tersebut menjawab ’Ya benar,
Tuhan ku adalah tuhan mu juga iaitu Allah’. Marah dengan apa yang diperkatakan
oleh wanita tersebut lalu Firaun mengarahkan tentera istana beliau menangkap
wanita tersebut untuk menjalani hukuman mati.
Firaun memerintahkan agar disediakan satu periuk
yang besar daripada buatan tembaga untuk dipanaskan. Panas sahaja periuk
tersebut, seorang demi seorang anak wanita tukang sikat tersebut mula
dicampakkan ke dalam periuk yang sedang mendidih tersebut. Kini tibalah giliran
wanita tersebut untuk dicampakkan lalu tukang sikat tersebut memohon kepada
Firaun sebagai permintaan terakhirnya dapat dikumpulkan semua tulang-tulang
dirinya dan anak-anaknya dapat dibungkus di dalam satu kain untuk memudahkan
dikuburkan dalam satu tempat sahaja. Firaun bersetuju dengan permintaan wanita
tersebut.
Ketika giliran wanita tersebut, tiba-tiba hatinya
menjadi gementar dan ragu-ragu namun bayi yang didakapnya ketika itu lantas
bersuara kepada nya ‘Wahai ibu ku, campakkanlah diri Ibu ke dalam periuk yang
mendidih tersebut kerana sesungguhnya seksa dunia ini jauh lebih ringan jika
dibandingkan dengan seksa akhirat nanti’. Akhirnya wanita tersebut terjun
bersama anak yang di kendungnya mati bersama dalam periuk tembaga yang sedang
mendidih tersebut. (Hadir Riwayat Ahmad)
Begitulah pengajaran yang perlu kita ambil dan
kutip sebagai satu iktibar buat diri kita yang melakukan jualan. Walau apa pun
yang terjadi dan berlaku dengan apa yang telah kita perkatakan dan sampaikan
dengan maksud untuk memberikan pengetahuan kepada mereka, jangan sama sekali
kita menarik balik akan apa yang telah kita perkatakan. Pertahankan dan
kukuhkan apa yang telah diberikan kepada mereka. Jangan senang-senang mudah
menarik semula dengan apa yang kita telah perkatakan. Kerana itu pendirian kita
kena kukuh dan stabil tidak kira apa juga yang mendatang. Tunjukkan apa yang
kita cakap adalah betul sama sekali dengan tindakan. Pastikan dan jadikan
tabiat bahawa bukan satu perkara yang mudah dan senang untuk di kelentong.
Kalau kita tidak
tunjukkan apa yang kita perkatakan adalah benar dan betul sampai bila-bila
prospek/pelanggan akan perkatakan bahawa kita ini adalah
i.
Seorang yang kuat kelentong dan
menipu
ii.
Suka mengambil kesempatan di
atas apa yang mereka tidak tahu dan mengerti
iii.
Prospek/pelanggan tidak mudah
percaya andai kata kita menawarkan produk kepada mereka di masa hadapan pula
iv.
Pendirian yang goncang
bermakna kita tiada keyakinan dalam melakukan jualan
v.
Keyakinan diri juga akan
bergoncang dan tidak selamat untuk menawarkan produk
vi.
Bagaimana kita boleh
mempengaruhi orang terutama sekali ketika penutupan jualan boleh berlaku.
Lakukan sebaik mungkin. Tetapkan pendirian. Apa
yang dikatakan pasti dikotakan. Ini bukan zaman kanak-kanak yang tiada langsung
pendirian untuk diberikan. Tunjukkan komitmen kita agar prospek/pelanggan
fahami yang kita benar-benar datang bersua dengan mereka adalah semata-mata untuk
menjual dan bukannya memberikan harapan kosong kepada mereka. Per mudahkan
jangan disukarkan sama sekali. Jaga pendirian kita semasa kita sedang melakukan
jualan kerana ia nya benar-benar menunjukkan imej dan komitmen kita di hadapan
prospek/pelanggan yang ditemui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan