Kredit kepada www.belawaifood.com.my
yang berjaya mempamerkan bahan-bahan jualan produknya dengan harga jualan yang
amat berpatutan dan mampu milik. Bukan untuk membodek (tak dapat komisenpun
promote blog ini) tapi terpegun dengan apa yang telah dipamerkan dalam blog nya.
Sememangnya cukup mudah untuk orang membeli dan mendapatinya memandangkan
tempahan boleh dilakukan dunia tanpa sempadan. Bukan dari Kedah tapi datangnya
dari Sarawak.
Apa yang menarik minat saya adalah
i.
Susunan blog yang simple, warna yang bersesuaian dan
mudah untuk dilayari.
ii.
Harga yang betul-betul mampu milik
iii.
Boleh menerima tempahan melaui on-line 24 jam sehari 365
hari tanpa cuti
iv.
Mudah untuk dihubungi oleh sesiapa sahaja yang berminat
v.
Dikeluarkan dari kawasan Halal hub di Sarawak
vi.
Pelbagai pilihan, rasa dan warna yang boleh didapati
Inilah konsep on-line yang ramai orang perkatakan. Menceburi perniagaan
On-Line kena ada produknya baru boleh dibuat perniagaan. Sebaik-baiknya ada
blog tentang produk yang ditawarkan dan tidak cukup hanya dengan FACEBOOK
sahaja. Kedua-duanya amat berperanan dalam menarik minat dan perhatian orang
untuk melakukan pembelian. Tahniah buat tuan punya blog yang begitu baik
presentasi dan penyaluran maklumat yang di sampaikan.
Antara contoh terbaik dalam melakukan jualan On-Line.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan