Tidak
dinafikan melakukan jualan amat menyeronokkan terutama apabila penutupan jualan
diperoleh. Memang syok dibuatnya tidak terkata langsung betapa gembiranya kita
di kala tersebut. namun dari mula temu janji untuk bertemu sehinggalah di peringkat
penutupan jualan elok rasanya kita kena berhati-hati dengan segala tindakan dan
perbuatan dari diri kita sendiri. Jangan kerana terlalu ghairah atau syok
sendiri kita lupa dan alpa yang tindakan kita telah melukai dan menguris hati
dan perasaan prospek/pelanggan. Apa yang dimaksudkan jangan bermain dengan api
adalah apabila
i.
Dalam kelekaan melakukan jualan kita sibuk berlawak dan
sempat bergurau senda sehingga tanpa kita sedari yang jenaka kita tersebut
menyebabkan prospek/pelanggan cukup berasa hati kecewa dengan tindakan kita
walaupun dalam keadaan beliau tersenyum
ii.
Apabila isu-isu semasa seperti politik,agama atau budaya
seseorang kita per senda-senda kan tanpa kita sedari walaupun niat kita mungkin
untuk memaklumkan perkembangan semasa apa yang berlaku setakat dalam
pengetahuan kita
iii.
Kita menjadi lebih banyak bercerita dari memberikan
penerangan pada produk yang sepatutnya kita tawarkan kepada prospek/pelanggan
yang berada di hadapan kita
iv.
Kerana mahukan prospek/pelanggan terpengaruh dengan apa
yang kita nyatakan kita telah memburuk-burukkan pesaing kita secukup hati
walaupun niat kita ingin menunjukkan apa yang kita tawarkan adalah yang terbaik
di pasaran
v.
Bertanyakan kepada prospek/pelanggan tersebut tentang
kenalannya atau rakan sekerja yang bertugas di satu organisasi sama ada kenal
ataupun tidak. Dikhuatiri nanti nama
tersebut adalah orang yang paling beliau tidak suka mendengarnya
vi.
Memberikan janji-janji yang di luar dari kemampuan dan
kebolehan diri kita sendiri kepada prospek/pelanggan yang ditemui
Berhati-hatilah.
Jangan kerana terlalu ghairah kita lupa segala-galanya. Lakukan yang terbaik
dan jaga yang amat sangat hati dan perasaan prospek/pelanggan yang kita temui. Jangan
pentingkan diri kita sahaja apabila melakukan jualan tetapi pentingkan apa yang
patut dilakukan secara berhemah dan bersopan. Sesal dahulu pendapatan sesal
kemudian pasti tidak akan berguna lagi. Berwaspadalah sentiasa agar apa yang
kita lakukan sudah semestinya boleh menggembirakan hati dan perasaan mereka
terhadap diri kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan