Memang
sesuatu yang memenatkan dan meletihkan diri kita dalam melakukan jualan. Lagi teras
penat andai kata penutupan jualan tidak dapat diperoleh seperti mana yang
dimahukan. Rasa penat yang amat sangat pasti memberikan impak dan kesan dalam melakukan jualan yang
membolehkan produktiviti seseorang tersebut menurun dan tidak bermaya dalam
melakukan jualan. Pasti akan menimbulkan kerisauan dan berasa susah hati yang
amat sangat jika perkara yang sebegini berlaku dengan sewenang-wenangnya.
Bagi mengelakkan rasa letih
dan tidak berdaya ketika melakukan jualan, mungkin beberapa perkara di bawah ini
perlu dilakukan agar rasa letih dan penat ini tidak sewenang-wenangnya mengawal
diri kita dalam melakukan jualan iaitu
i.
Pastikan tidur yang mencukupi agar badan dapat berehat
sepenuhnya dan tidak merasa lesu apabila bangun dari tidur
ii.
Mengambil suplemen-suplemen tambahan untuk badan. Sebaik-baiknya
dapat nasihat dari yang pakar terutamanya dari doktor-doktor perubatan atau
mereka-mereka yang mahir. Tolong elakkan dari mendengar dari kata-kata orang
yang tiada kelayakan walaupun dari kawan-kawan yang kita boleh percayai.
iii.
Perancangan yang teratur dan teliti agar apabila tindakan
dilakukan sudah pasti tiada yang akan menjadi kelam kabut dan penyebab
keletihan kerana dari perancangan yang kita sendiri lakukan
iv.
Lakukan jualan mengikut kesesuaian dan kemampuan badan
diri kita sendiri agar kita boleh bertahan melakukan jualan dari pagi sampai ke
petang walaupun sampai ke malam.
v.
Mengambil makanan yang memadai dan ikut peraturan masa
makan bagi semasa bersarapan, makan tengah hari ataupun minum petang. Elakkan makan
yang terlalu kenyang kerana boleh mengakibatkan kita merasa mengantuk dan malas
vi.
Jaga waktu solat. Kita lakukan solat sebenarnya
merehatkan rohani dan jasmani kita bila berhadapan dengan Allah. Sebaik-baiknya
lakukan secara solat berjemaah dan di awal waktu. Yang pasti jiwa tenang akan
membawa tindakan yang terbaik.
vii.
Jangan berhenti berdoa kepada Allah minta dipermudahkan
jangan disukarkan setiap pekerjaan kita, bantuan Allah dalam setiap masa kita
lakukan pekerjaan dan beri kesihatan yang sewajarnya untuk kita melakukan
jualan
Kawal
fikiran kita agar kita tidak mudah merasa penat dan letih sepanjang kita
melakukan jualan. Teruskan sahaja tindakan kita agar kita lebih mudah
melakukannya dengan sebaik yang mungkin tanpa perlu kita menghadapi rasa penat
dan letih yang amat sangat. Bina keriangan dan keceriaan agar kepenatan dalam
melakukan tugasan boleh kita hindari dan elakkan dengan sebaik yang mungkin.
lagi banyak penutupan jualan boleh dilakukan sudah semestinya lagi banyak
semangat yang boleh didapati bagi mengatasi segala kepenatan dan keletihan yang
dialami sehari-hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan